Sunday, October 2, 2011

Di Hatimu



Sesungguhnya di dalam hatimu ada 1 koyakkan yang tidak boleh dijahit melainkan bertemu ALLAH...

Di hatimu juga ada 1 kesunyian yang tidak dapat diubati melainkan bersendirian bersama ALLAH...

Di hatimu pun ada kesedihan yang tidak mampu dihapuskan kecuali dengan mengenali ALLAH....

Di hatimu ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kamu pergi kepada ALLAH....

Di hatimu juga ada gelodak api (marah) yang hanya dapat dipadamkan dengan redha kepada ALLAH...


~Ibnu Qayyim al-Jauziyyah~


Segalanya Allah,....indahnya bila hati utuh, kukuh dengan Maha Pencipta.....tidak tergambar kebahagiaan itu.....ada seorang rakan menegur,....'zati ni nampak bahagia jer,..ada taman la tue dalam hati'......aku hanya mengukirkan sebuah senyuman,......dalam hatiku berkata...."Allah,..hamba tak tahu nak ungkapkan macam mana bahagia dekat dengan Mu......"

wahai teman,,,andai kau tahu sesungguhnya taman dalam hatiku adalah Allah,....Pencipta kita......itu lah Hakikat Bahagia yang sebenar,......selepas itu, bahagia itu disebarkan kepada orang disekeliling dan disandarkan kepada seseorang daripada Allah.......

Namun begitu teman, awas dengan rasa bahagia atau awas dengan hati......selalu jaga, kawal, pagar hati dari asyik lalai dengan dunia, cinta manusia yang tidak pasti dan lain-lain lagi.

Ya Allah,....pimpinlah diriku ke jalan redha Mu....hamba yang lemah, yang hina ini sesungguhnya bergantung harap dengan Mu, kekalkanlah rasa kehambaan hamba pada mu Ya Rabbi......
amin 

Wednesday, September 28, 2011

Bersangka Baik Sesama Insan

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu
Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang cerdik sungguh., maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia cerdik sungguh. (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. 

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.

Andai dirimu teruji dengan ujian yang tak disangka-sangka, dahulukan dengan sangkaan baik. agar hatimu lapang dan terjaga. ikhlaskan segalanya dan maafilah mereka. Dengan memaafkan seseorang hati akan menjadi lapang dan tenang. Serahkan semua pada pemilik segala. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan mu.



"Ya Rahman, kuatkan diri ini hadapi ujian Mu,....mungkin ada hikmah yang tersembunyi dan hanya Engkau yang mengetahui,....bimbinglah hatiku ke jalan yang Kau redhai"

sumber : halaqah.net

Friday, September 16, 2011

JiWa Ku,...bErSaMa UTM

Assalamualaikum,...

alhamdulillah syukur,.....sudah hampir seminggu aku berada di bumi UTM ni,....bagi meneruskan perjuangan menuntut ilmu,...di bumi Allah ini,.....



Alhamdulillah semua subjek da dpt daftar dengan baik,....alhamdulillah walaupun agak serabut dengan jadual waktu kelas,..semua baik-baik insyaAllah,....cuma agak sedih sedikit tidak bersama sahabat-sahabat se seksyen (seksyen 04),..rindu dgn mereka,....walaupun tak sekelas,....kami masih jumpa kat kuliah besar,....terubat rindu bergurau dgn mereka,.....(^_^),...syukur juga bila dpt sekelas ngan seksyen lain,...dapat pengalaman baru,....bergaul dgn yang lebih dewasa,...
cuma terasa diri muda sedikit la,....hehe,..(^_^),....


~ kenangan bersama SPH 04~

rasa macam tak percaya diri ini kembali lagi untuk menuntut ilmu,....alhamdulillah Allah memberi peluang lagi untuk kita terus menimba ilmu dan memanfaatkannya sebaik mungkin,....insyaAllah semester ni ambil 8 subjek = 16 jam kredit,.....

SPP3042 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
SPE3002 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
SPE3022 INDUSTRI DAN PTV
SPL1022 ASAS ELEKTRIK
SPL3002 PERKHIDMATAN BANGUNAN: PERPAIPAN
SPL3212 HORTIKULTUR HIASAN
SPL3412 APLIKASI KOMPUTER GRAFIK
SPL3422 KAJIAN KONSUMER & AMALAN

Alhamdulillah semester ni ada dalam 2 , 3 orang pensyarah yang pertama kali,,...aku belajar dengan mereka,.....melihat mereka sangat bersemangat ketika mengajar,.....itulah satu semangat atau spirit yang wajar dicontohi,....sebagai bakal pendidik suatu hari nanti insyaAllah,......

Ya Rahman,.. rahmatilah guru-guru hamba, pensyarah-pensyarah hamba,..serta yang pernah mendidik hamba selama ini,....

alhamdulillah masuk ke Perpustakaan Sultanah Zanariah ,...PSZ singkatannya,..buat pertama kalinya bagi semester baru ni,......tetiba nak cari buku kat portal PSZ terlupa kata laluan pula,....kelakar pun ada,....huhu,.......macam mana boleh terlupa,....
recall,...

recall,...

recall lagi,...

alhamdulillah,...buku yang dicari berjaya dijumpai,...(^_^)


insyaAllah next entry cerita mengenai mini lanskap,...(salah satu projek jgk,..)

pesanan buat diri : siapkan assignment sebaiknya,...jangan suka menangguh kerja,...nanti padah,.....cekalkan hati dan bersungguh la dalam menutut ilmu,.....kerana ALLAH...

Tuesday, August 2, 2011

BukU LaGi,....

Bismillahirrahmanirrahim,....

Assalamualaikum,....

Alhamdulillah baru-baru ni berpeluang pergi ke kedai buku,...sebenarnya nampak kertas promotion,..20%.....excited nak pergi,.....!!



,.....namun,...buku yang dihajati tak dapat di beli,.....sedih la jgk,.....
walaupun tak jumpa buku yang diinginkan,...alhamdulillah dapat beli buku yang bermanfaat dan dari penulis yang sama,......iaitu Hilal Asyraf......first time beli buku dia,...alhamdulillah,......sebelum ni just pinjam ngan sahabat lain je,.....


Buku MATAHARI ini terkandung cerpen-cerpen tarbiah,.......penulis mengaitkan kehidupan sebagai hamba dengan penciptaan matahari dan fungsi matahari,......setiap sesuatu ciptaan Allah terkandung manfaat yang tersirat,.......pelbagai senario yang telah penulis kaitkan dengan kewujudan matahari serta kaitannya dengan dakwah Islam,.....indahnya ukhwah,......dan pelbagai lagi cerpen yang berkaitan dengan kehidupan sebagai hamba serta isu percintaan remaja,..... 


Pertama kalinya, ana membaca penulisan yang berkisarkan kehidupan lelaki iaitu sebagai remaja, guru....ini kerana penulisnya adalah kaum adam...sebelum ini, ana banyak membaca cerpen yang penulisnya wanita dan novel juga,.....buku ini telah membuka pandangan ana tentang lelaki serta kehidupan kaum adam ini,.....alhamdulillah serba sedikit dapat menimba ilmu tentang perbezaan gender dan pelbagai lagi ,....alhamdulillah,.....


BuKu ke-2,.....
actually bukan buku tetapi sebuah majalah yang memberi banyak ilmu serta bermanfaat bagi mengisi masa ,..insyaAllah,.....sebuah majalah edaran eksklusif dari STORMREADERS,....
majalah ini mengulas isi keikhlasan,....


"Ya Allah, berikanlah kepadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepadaMu atas segala perkara, aku memohon perlindunganMu daripada keadaan ahli neraka"
(Riwayat al-Tarmizi)

Friday, July 29, 2011

AdaKAh TerAkhir bUaT Ku

Bismillahirrahmanirrahim,….
Alhamdulillah syukur kehadratNya, diberi kesempatan untuk menghirup udaraNya lagi,..(^_^)…


Sabahat pembaca semua,…alhamdulillah kita bakal berjumpa dengan bulan yang penuh dengan rahmatNya,..iaitu Bulan Ramadhan,..insyaAllah,…..hanya beberapa hari lagi,…


Allah berfirman :Maksudnya :
Wahai orang yang beriman, diwajibkan keatasmu berpuasa sebagai mana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa.
(Surah al-Baqarah: 183)


Pembaca sekalian,…adakah ramadhan ini terakhir buat kita,…kalau ramadhan ini terakhir buat kita macam mana,……marilah kita bermuhasabah, melihat diri kita ini,….kehidupan yang Allah pinjamkan ini adakah berkekalan,…???....adakah kita telah lengkapkan diri kita untuk hadapi alam selepas dunia??....adakah solat kita sempurna atau kita tak pernah bersolat atau hanya bersolat pada hari jumaat sahaja??.....adakah hidup kita berpaksikan pada Allah,……marilah kita menilai diri kita bersama,……


Andai kita jauh dari Allah sebelum ini,…andai kita tidak pernah bersolat ,…andai kita menderhakai kedua ibu,…..andai kita sombong dengan Allah,….. .buangkan segala ego, kembalilah kepada fitrah beragama, kembalilah kepada Allah ,..Tuhan yang mencipta langit dan bumi,… mencari kebahagiaan yang hakiki pada bulan yang penuh dengan rahmat dari Allah,……





jom kita ulang kaji tentang ramadhan ini,...yang da ingat tu kita kukuh kan,...insyaAllah


APAKAH MAKNA PUASA


dari segi bahasa : menahan diri


dari segi syarak : menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat puasa, kerana mengharapkan keredhaan Allah


NIAT


mereka yang ingin berpuasa diwajibkan berniat di dalam hati pada setiap malam. tempohnya bermula sesudah temggelam matahari sehingga terbit fajar. 


"sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala"


APAKAH SYARAT WAJIB PUASA


1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
 (yang berdaya)
5. Bermukim 
(musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib menggantikan puasa selepas ramadhan)
6. Suci 
(daripada haid dan nifas bagi wanita)


APAKAH SYARAT SAH PUASA


1. Islam
2. Berakal dan mumayyiz
3. suci dari haid dan nifas
4. apabila nyata masuk bulan ramadhan


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA  


- makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit(jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa)
- memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka
- muntah dengan sengaja
- keluar hais dan nifas
- gila
- murtad (keluar Islam)
- mengeluarkan air mani dengan sengaja
- bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari bulan ramadhan)




berdasarkan rujukan MUTIARA IHYA' ULUMUDDIN puasa tidaklah batal kerana suntikan, pembedahan urat, bercelak, bersugi membersihkan telinga atau lubang kemaluan. puasa juga tidak batal kerana kemasukkan debu jalan tanpa disengajakan dalam tubuh atau masuknya lalat ke dalam mulut.


PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA BERPAUSA


- menyegerakan berbuka puasa
- berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis yang lain
- melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat
- memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan.
- sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yang kurang bernasib baik
- menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak bermanfaat.
- mandi junub lebih awal, sebelum masuknya waktu subuh.




PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA


bersuntik, berbekam, berkumur-kumur, memasukkan air ke rongga hidung secara berlebihan, mandi yang berlebihan begitu juga merasa makanan di hujung lidah.


Baiklah,...semua nak tahu tak,.....


menurut Imam al-Ghazali puasa dibahagikan kepada 3 tingkat





PUASA UMUM


puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan, minum dan menahan keinginan berjimak. 


PUASA ISTIMEWA (puasa khusus)


puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara di atas.


PUASA PALING ISTIMEWA(puasa khusus al-khusus)


merangkumi puasa umum dan puasa istimewa. disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. inilah puasa yang tertinggi kedudukannya disisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para rasul , nabi, para sahabat, para wali dan golongan ahli ibadah yang lain


Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW :
maksudnya: "sesiapa berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu"


marilah kita bersama-sama menanam azam untuk melakukan yang terbaik bagi ramadhan kali ini,.....


Daripada Abu Hurairah berkata, sabda Rasulullah SAW:maksudnya: 
"ramai orang berpuasa, tetapi ia tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga (yakni puasanya lenyap sama sekali)"


(Diriwayatkan oleh Nasa'i dan Ibnu Majah)


semoga kita sentiasa bergantung harap dan diberi taufik serta hidayah dari Allah,...


"Ya Allah, hamba memohon keampunan dari segala dosa-dosa yang telah hamba lakukan,...Ya Rahim bimbinglah diri ini kejalan redhaMu, Janganlah kau biarkan kami leka akan dunia yang sementara ini,.....jadikanlah ramadhan kali ini sebagai sebuah madrasah tarbiah yang menjadikan kami hambaMu yang engkau redhai"
amin Ya rab,....




sumber rujukan : 
Indahnya Hidup Bersyariat dan Mutiara IHYA' 'UMULUDDIN hak milik muslim IMAM AL-GHAZALI




Thursday, July 28, 2011

CeRitA KaU & aKu

Hadirnya kau
 tidak  boleh di duka
Secara tiba-tiba kau hadir 
Yang boleh aku istilahkan "mutiara"
membuatkan aku terkejut dalam lena
sakitnya tidak terkata
Maha Suci Allah yang menjadikan kau
mungkin hadirnya kau 
terkandung 1001 hikmah yang tidak aku tahu apa......

Namun begitu, 
kau tidak dapat untuk memasuki barisan sahabat-sahabat kau yang lain
disebabkan ada jurang antara 2 sahabat kau dalam barisan itu
rahang mulut aku menyekatmu dari keluar 
bagai mutiara yang aku istilahkan

Oleh itu, 
wujud lah bengkak disebelah bawah pipi kiri
doktor menasihatkan kau perlu dibuang
rasa sedih untuk membuang kau
kerana hadir kau mengajar aku erti sabar akan ujianNya
tetapi apa yang mampu aku buat
hanya berdoa pada Yang Maha Pencipta
memberikan aku yang terbaik

Pada hari yang ditentukan,
kau pergi meninggalkan aku
alhamdulillah aku dapat melihat kau
walaupun tak berjaya kau, aku miliki
'Subhanallah' kalimah itu yang pertama keluar melihat kau
kejadian kau sungguh sempurna
namun kau tidak aku lihat semasa kau di dalam mulut aku
kau tetap pergi jua,....

KAU adalah GERAHAM BONGSU AKU


Selepas kau pergi,
bengkak itu masih wujud dan aku
 terus memakan ubat yang dibekalkan oleh doktor

Selang beberapa minggu, 
ubat habis aku telan 
bengkak aku tidak juga pulih

Akhirnya, 
aku membuat pembedahan kecil untuk menyingkirkannya
itu lah kali pertama aku membuat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah
(dulu pernah lah masa aku dilahirkan,...masa tu belum jadi hospital pakar lagi,.)

alhamdulillah semua berjalan lancar 
6 jahitan aku dikenakan 
itulah pengalaman aku mendapat jahitan dari 2 orang doktor
kenangan pada 27 Julai 2011
insyaAllah 3 Ogas 2011 jahitan akan dibuka,...
Allah mudahkan segala urusan...amin...

Selepas pembedahan kecil,
aku menjadi tidak tentu arah kerana kesihatan aku tidak berapa baik
aku demam dan kesan luka jahitan teramatlah sakit
hanya pada Mu 
Ya Allah hamba berserah dan memohon dipermudahkan urusan,..
Ya Allah kuatkan diri hamba....


Tapi aku yakin setiap sesuatu ada hikmahnya....insyaAllah

p/s: hanya berkongsi rasa dengan semua,....moga geraham yang lain dapat tumbuh dengan baik,..dan tiada komplikasi....insyaAllah

jom baca info klik sini

dan artikal gigi geraham bongsu di bawah

PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.

Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).

Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.
Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.


Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.

Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.

Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.

Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!

Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.

Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.

Friday, July 1, 2011

NikMat Iman & IsLam

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...


Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....panjatkan lah rasa syukur kita pada Yang Maha Esa....yang telah memberi kita pelbagai nikmat di dalam kehidupan ini.....


Alhamdulillah semalam ana berkesempatan mengikuti ceramah sempena sambutan Israk Mikraj di surau A Kg Simpang 5 Darat,....(terlupa la plk nama surau tue,....hehehe..)...syukur sangat sebab Allah permudahkan ana untuk pergi ke majlis ilmu itu,..alhamdulillah syukur,...


Ustaz Hj. Imran yang telah memberi ceramah semalam,...bagi pandangan ana, penyampaiannya sangat bersemangat dan berbeza dengan penceramah yang pernah diundang sebelum ini....jika tidak silap Ustaz Imran adalah seorang mudir di sebuah madrasah di Muar....


Ana nak kongsi sedikit ilmu yang ana perolehi semasa ceramah.....pada permulaan penyampaiannya beliau menekankan tentang konsep syukur,.....
kehidupan ini perlu disyukuri, nikmat yang Allah berikan kepada kita,....nikmat yang paling besar adalah Nikmat Iman dan Islam......



persoalannya adalah bagaimana kita hendak menjaga iman dan Islam. Iman & Islam merupakan benda hidup. Daripada fikiran waras, akan menyatakan benda hidup perlu diberi makan.....seperti kita manusia, untuk hidup perlu makan supaya kita boleh beribadah, bekerja dan lain-lain.....samalah seperti iman dan Islam, bagaimana kita hendak mengekalkannya,.....


Allahuakbar...sifat iman manusia adalah turun naik,...adakala iman kita di atas dan adakala iman kita di bawah.......maka kita renungkanlah wahai sahabat dan diri ini,..dimanakah tahap iman kita,....iman umat akhir zaman adalah sangat nipis seperti buih di lautan.


Ustaz Hj Imran berkata hendak menjaga iman dan Islam adalah dengan menghampiri orang 'alim ulama. Bila kita 40 hari jauh dari orang 'alim, hati kita akan menjadi keras,....apabila hati kita menjadi keras,...maka kita akan lupa akan akhirat, azab Allah,......kita tak kan nampak kebajikan...kita tidak mudah menerima teguran dan nasihat.......Ya Allah minta dijauhkan,........maka kita perlulah mensyukurinya dengan beramal soleh (berbuat baik).

Apa itu amal soleh???....

amal soleh adalah perbuatan baik yang mengikut perintah Allah dan Rasulullah....iaitu dengan menuntut ilmu serta mengamalkan ilmu itu...ilmu perlulah dituntut dengan seorang guru.....Ustaz Hj Imran mengingatkan supaya kita jangan lupa akan jasa guru-guru, orang alim ulama yang telah memberi ilmu kepada kita......jika mereka tiada lagi di dunia ini, maka sedekahkan surah al-Fatihah kepada mereka....malah masih hidup juga digalakkan menyedekahkan al-Fatihah dan mendoakan mereka.

Berkaitan peristiwa israk dan mikraj  ini,...Ustaz Hj Imran menyatakan ia bukan difikir menggunakan akal tetapi  keyakinan terhadap Allah iaitu berkait dengan iman dan akidah kita. pemikiran kita tidak akan terjangkau untuk memikirkan perjalanan malam Rasulullah yang jauh itu hanya mengambil masa semalam sahaja.

Ustaz juga mengingatkan agar jika kita dilimpahi rezeki yang banyak ataupun tidak, berazamlah untuk menziarahi Rasulullah pada setiap tahun. Mengerjakan ibadah umrah atau haji.....

p/s : Semoga ilmu yang dikongsi ini dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabat semua,....sekiranya ada silap atau nak tambah,..jom kita bertukar-tukar ilmu,...supaya kita dapat mengamalkan ilmu yang kita perolehi insyaAllah,.....

Ya Allah ampunilah dosa kami. Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam. Pimpinlah kami ke jalan redhaMu Ya Allah. Berikanlah kami taufik dan hidayahMu. Serta peliharalah iman kami...
Amin Ya Rab.....





Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...