Tuesday, December 5, 2017

Perjuangan

Bismillah...

Semasa perjalananku ke universiti, sempat aku mendengar bicara seorang ilmuan.

Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2017, Ybhg Dato' Aidit bin Ghazali; Pengerusi Eksekutif, Akademi Aidit Sdn Bhd

Salah satu kata azimat yang dilontarkan berkaitan Perjuangan.

Kehidupan ini tidak terlepas dengan perjuangan menegakkan agama Allah. Rugilah dia sekiranya matinya tiada niat untuk berjuang. Tujuan kita diciptakan adalah sebagai seorang hamba dan khalifah. Fikir dan renung kembali adakah kita sudah melaksanakan amanah yang diberi Tuhan sebaiknya. Ingtan buat diri aku.

Selain itu, dalam mendepani golongan belia pada zaman sekarang kita perlu tahu apa latar belakang musuh kita itu, apa masalah yang dihadapai, dan bagaimana kita hendak mendepani musuh / mad'u kita. Dalam aspek psikologi pula, kita perlu mengenal dahulu kaedah atau cara bagaimana yang sesuai untuk mendekati mereka. Setiap individu berbeza pendekatan. Bukan mudah untuk mendekati para remaja sekarang. Mereka lebih terkehadapan dari kita. Jadi kita juga perlu bergerak lebih kehadapan dari mereka.

Akhir sekali, berkaitan pembaziran. Paling ketara sekali, kehidupan kita terbazir pada nikmat masa yang Allah berikan. ( tertunduk aku )....... Mujahadah ku tidak istiqamah....

Daripada perkongsian di Facebook : Nik Mohd Iznan

Ibnu al-Qayum al-Jauziah pernah menyenaraikan 9 bentuk pembaziran yang dilakukan oleh manusia.
1. Pembaziran ilmu. Iaitu ilmu yang tidak disalurkan dengan betul. Ramai orang berilmu yang kedekut dengan ilmu. Dan kalau beramal dengan ilmu, adalah amalan yang riak dan sombong.
2. Pembaziran amalan. Iaitu segala amalan yang dilakukan adalah bukan kerana Tuhan. Sebaliknya mengharapkan sesuatu yang tersembunyi dari manusia.
3. Pembaziran kekayaan. Iaitu menggunakan kekayaan yang ada pada jalan yang tidak betul sehingga menghabiskan harta yang ada dengan sia-sia.
4. Pembaziran hati. Iaitu sejenis pembaziran kerana kosong daripada mengisi hati kepada Tuhan dan Rasul.
5. Pembaziran tubuh badan. Iaitu membazir tubuh yang sihat dan kuat dengan tidak beribadat kepada-Nya.
6. Pembaziran cinta. Iaitu mencintai sesuatu melebihi cinta kepada Yang Esa.
7. Pembaziran masa. Iaitu menghabiskan masa dengan melakukan sesuatu yang sia-sia. Sehingga masa yang ada berlalu begitu sahaja.
8. Pembaziran akal. Iaitu menggunakan akan dengan memikirkan sesuatu yang tidak perlu.
9. Pembaziran zikir. Iaitu menghabiskan masa dengan berzikir, tapi langsung tidak memberi kesan kepada hati. Konsep asas zikir ialah supaya kita sentiasa dekat dengannya.

Rupa-rupanya pelbagai nikmat Allah yang telah kita bazirkan. Kita tahu tapi kita masih tidak sedar. tidak sedar Tuhan sentiasa memerhatikan setiap tindak tanduk manusia. Ingatan buat diri, terus dan teruslah bangkit mengenal siapa Tuhan mu dan siapa diri dan tujuan penciptaanmu.... 
Bangkit dan terus bangkit buat diri yang sering leka dan alpa. 
10.44 am
5 Disember 2017

Ujian Kehidupan

Bismillah....

Seawal pagi aku mendapat perkhabaran abang iparku kemalangan.
Agak teruk di bahagian kaki kananya.
Seorang wanita telah melanggarnya di kawasan lampu isyarat.

Ujian yang besar buat kami sekeluarga.
Semoga diberi kekautan dalam menempuh ujian Allah.

Setiap dari kita pasti diuji dengan pelbagai ujian.
Diberi nikmat yang berganda juga ujian.
Jangan silap mentafsir tetapi aturlah langkah berbekalkan semangat dariNya.


Semoga beliau sekeluarga dipermudahkan segala urusan. diluaskan pintu rezeki dan diberi kekuatan dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Kehidupan di dunia bersusah-susah moga kehidupan kekal abadi kita bersenang-senang. Amin.....

10.22 am
5 Disember 2017

Monday, December 4, 2017

Coretan Semangat

Kehidupan ini sukar di ramal.
Adakalanya kita memutuskan membuat itu ini tidak jadi.
Ada ketikanya ia menjadi.
Banyak sekali perkara yang ingin di kejar.
Dalam seminggu siap senarai yang kita mahukan.
Dan tidak semua yang tersenarai tercapai.

Seorang Doktor pernah menasihati aku.
Kehidupan ini perlukan pengurusan masa yang betul.
Allah berikan akal untuk kita sendiri memilih, menguruskan kehidupan kita dengan baik. 
Apa yang diutamakan dahulu dan apa perkara yang perlu dikemudiankan.

Tapi itu lah.... kita da merancang yang sendiri yang melanggarnya....

Cuma satu je kuasa yang boleh membantu kita dan mengawal setiap tindak tanduk kita.
siapa jika bukan pemilik diri kita Allah......

Untuk melangkah ke arah apa yang telah dirancang perlukan sebuah daya.....
apa daya itu....dari mana daya itu datang... dari Allah...
mohon dan pinta lah kekuatan dan keupayaan dari Allah. 
minta dan mohon lah padaNya taufik & hidayah dalam perjalanan kehidupan yang sementara ini.

Doktor itu juga berkongsi pengalaman.
Semasa beliau mengerjakan ibadah haji, beliau sesat di perkhemahan di Mina...
niatnya hendak mendapatkan air, laluan dari khemah nya ke tempat air itu hanya lurus sahaja.
Namun, setelah memperoleh air beliau sesat. Beliau cuba untuk berfikir dan bercakap dengan diri sendiri. 'aku kan doktor mesti aku boleh jumpa dengan khemah aku' . Beberapa ketika beliau masih tidak menjumpai khemah tempat beliau jemaah Malaysia. Kemudian, beliau terus meminta kepada Allah dan bergantung sepenuhnya pada Allah. Beberapa saat usai berdoa, berjalan kehadapan sedikit terus berjumpa dengan khemah jemaah Malaysia. Nah... sombongnya kita dengan Tuhan. Kita lupa siapa pemilik segala ya ada ini. Aku tertunduk malu mendengar perkongsianya Doktor itu. 

Siapa lah kita. Kita tidak punya apa-apa. Tapi kita tidak sedar dan kita masih sombong dengan Allah. 

Ingatan buat aku dan semua yang membaca. Kembalilah jiwa dan hati kita kepada Allah yang Esa. Andai solat kita tinggal mulakan langkah mengambil wuduk dan solatlah. Andai kita belum tutup aurat lagi. Carilah tudung tutuplah helaian rambutmu sehingga menutupi dada. Andai pakaian yang kita pakai masih tidak sempurna, sempurnakanlah dengan mengikut apa yang Allah pinta.
Hidup ini bukan lama, Dunia ini sementara. Apa-apa yang ingin kita lakukan mintalah bantuan dan pertolongan Allah.....

*Coretan Semangat untuk menyiapkan pembetulan thesis. Ya Allah permudahkanlah segala urusan proses pembetulan ini. Berilah hamba kefahaman dan membuat yang terbaik.

9.25am
4/12/2017
Perpustakaan Raja Zarith, UTM Skudai

Perjuangan

Bismillah... Semasa perjalananku ke universiti, sempat aku mendengar bicara seorang ilmuan. Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 20...