Posts

Showing posts from November, 2015

Keluar Dari Zon Selesa

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Zon Selasa adalah sebuah zon yang kita merasakan tiada apa-apa gangguan. Kita tenang dan bahagia dengan urusan seharian kita. (mengikut definisi aku lah...). Namun, adakah ketenangan itu yang kita inginkan. Aku juga ingin sekali berada dalam keadaan zon selesa ini. Tapi, apabila aku berada dalam keadaan ini. Aku berasa serba salah. Banyak lagi masalah yang harus aku fikirkan. Dengan status aku seorang guru, masih seorang pelajar, isteri dan seorang ummi. 
Seorang sahabat ada mengingatkan, kalau kita tak berani keluar dari zon selesa, kita pasti tidak nampak kemampuan kita. Kita tidak nampak kehebatan Tuhan dalam mencipta kita sebagai khalifah. Saat kita hendak keluar dari comfort zone ini, kadang kala kita mudah putus asa. PUTUS ASA??... Ya.. kerana kita merasakan perkara yang kita lakukan itu sukar, susah, boleh ke aku melakukannya. Allahuakbar. Pada hemat aku, itu semua bisikan negatif (syaitan) yang datang menerjah. Perjalanan kehidup…

Coretan Proses Kelahiran Si Kecil

Assalamualaikum....
Petang tanggal 2 Nov 2015, aku agak keletihan dengan urusan di sekolah. Selesaikan menanda kertas soalan, laporan dan sebagainya. Usia kandungan ku 35 minggu 5 hari. Esok jadual aku pergi ke klinik untuk pemeriksaan kehamilan minggu ke 36. Aku seperti biasa berjumpa dengan pengetua untuk minta pelepasan pada 3 Nov. Hari tersebut 2 Nov, aku pulang ke rumah pukul 4.30 petang kerana hadir ke CPD di sekolah. 
Sebenarnya aku mengalami sembelit (constipation), agak kritikal juga. Pukul 6.30 petang, ada cecair keluar dari faraj ku. Cecair itu agak laju keluar tanpa rasa sakit. Apabila aku bau, ia tiada bau. Ia keluar bersama lendir. Lalu, aku buka buku diari kehamilan untuk membaca tanda-tanda hendak bersalin (walaupun sebelum ini pernah baca). Berdebar hatiku. Namun, aku menidakkan (bukan tanda bersalin). Aku fikir aku terkencing. Lalu, aku masuk ke dapur hendak masak. Aku masak nasi dahulu. Cecair itu keluar juga. 
Azan maghrib berkumandang dan aku mengambil wudu’ dan sola…

Perancangan Majlis Walimah

Image
Assalamualaikum semua....
kali ini saya nak kongsikan perancangan majlis walimah saya. Secara jujurnya agak cepat masa berjalan. Saya bertunang tanggal 31 Julai 2014 bersamaan 4 Syawal 1436H dan merancang bernikah pada 20 Februari 2015 bersamaan 1 Jamadiakhir 1436H. Dalam tempuh masa itu kami dan keluarga membuat perancangan. Disebabkan saya baru mula bekerja 1 Julai 2014, jadi tidak banyak simpanan saya. Dan kalian boleh jangkakan banyak perkara perlu dijimatkan. Antara perkara yang saya cuba untuk jimat dan perkara tak berapa nak jimat juga ada :
1. Hantaran
Dulang-dulang hantaran buat sendiri. Saya, ibu dan makcik berganding bahu menyempurnakan segala bagai gubahan hantaran. Hasilnya Alhamdulillah.





2. Guest Book & Wedding Prop
2 benda ni saya buat sendiri. Guest book saya pergi ke kedai buku cari kertas lukisan dan hardcover. Kemudian saya design ikut yang saya pandai. Beli reben, butang-butang... siap!!... Alhamdulillah.  Prop pula saya design di adobe photoshop (buat biasa-bia…