Posts

Showing posts from March, 2010

PeTua SerOnok MemBaca Al-Quran

Image
-Mulakan dengan ta’awwuz dan bismillah.
-Baca al-Fatihah sekali sebelum membaca apa-apa surah pun.
-Sekali-sekala jenguklah terjemahan al-Quran bagi memahami maksud ayat-ayat yang tidak difahami.
-Sediakan satu rekod yang mencatatkan jumlah ayat atau muka surat yang telah dibaca setiap hari. Dengan itu, kita akan dapat mengetahui sejauh mana pencapaian kita untuk tujuan penambahbaikan.
-Hafal beberapa ayat daripada Al-Quran untuk dibaca di dalam solat.
-Ulangi ayat yang anda rasa berkesan kepada hati anda sebanyak tiga kali.
Contohnya : dalam surah al-Ankabut ayat 57, “setiap yang bernyawa itu pasti akan mati”.
-Dengan kecanggihan teknologi terkini, bacaan al-Quran dari mana-mana qari boleh didengari sambil dihayati bacaan tersebut. Dengarlah bacaan al-Quran sambil memandu, memasak, sebelum terlena dansebagainya.
-Jadikan bacaan al-Quran sebagai penawar keresahan hati dan sumber ketenangan.
-Setiap kali berdepan dengan sebarang masalah, berwuduklah, buka al-Quran, baca isi kandungan dan terje…