Posts

Showing posts from October, 2013

Aku, Dia dan Syiling

Image
Bismillah,... Assalamualaikum Semua,...
Hari ini saya nak kongsi cerita... aku, dia dan syiling... bukan la mengenai dia ini,..tapi as a title jer,..

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya …

Konvokesyen MKM...

Image
Bismillah,.. Assalamualaikum,...
Lama sangat dah tak update blog ni....berhabuk sangat dah,...huhu,...hari ini kembali semula insyaaAllah,..sekadar berkongsi kegembiraan,..macam-macam yang berlaku dalam kehidupan saya ini...itu lah manusia,..bukan hamba jika kita tidak diuji Allah,...bukan manusia jika tiada suka dan duka...
Hari ini nak cerita pasal my adik,..dia dah bergraduasi,...alhamdulillah,..saya berkesempatan untuk meraikan salah satu moment indah dalam hidup dia,.. ceh2...
Adik saya ini ambil Diploma Pengurusan Koperasi di Maktab Koperasi Malaysia... MKM..... tak silap akan dinaik taraf menjadi sebuah kolej,... saya tak pasti dah tukar nama ke belum.... MKM ini di Petaling Jaya...kos pengajian adalah dari Bank Rakyat... 

kalau dulu orang tanya.. adik belajar di mana.. saya cakap Maktab Koperasi Malaysia.. pastu orang cakap,..owh,..jadi cikgu,..eh..bukan-bukan,.. itu Maktab perguruan...sekarang IPG Institut Perguruan Guru... beza tau,...hihi,...

Alhamdulillah adik saya berjaya menam…