Tuesday, December 3, 2019

Emosi seorang Ibu

Bismillah

Hai semua, happy holiday....

Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara dan ada juga yang berjalan di dalam negara. Alhamdulillah semoga segala urusan kalian dipermudahkan.
Sebenarnya dalam hati ini Zati cemburu tau kawan-kawan dapat jalan sana sini πŸ€ͺ.

Dua minggu awal cuti ini Zati stay di rumah jer. Ada beberapa urusan pembelian rumah baru inshaAllah. Mohon doa kalian juga ya dipermudahkan. Beli rumah salah satu impian 2019 🀲🏻. Alhamdulillah.

Apa-apa yang berlaku dan berjalan dalam kehidupan kita, kita syukuri. Syukur inshaAllah Allah akan tambah lagi. Ok lah kalau kita bina fikiran negatif, maka negatif la kita dapatkan.

Apa yang boleh kita buat jika diri kalian macam Zati ini. Kerjaya sendiri seorang guru manakala suami pula kerja swasta kan. Masa cuti ini lah kita bina hubungan dengan anak-anak lihat mereka membesar. Ada orang memilih untuk isi masa dengan pelbagai aktiviti. Ada seorang sahabat ini kongsikan seorang ibu menjaga anak perlu penuhi tangki emosi diri dia dahulu. Sangat penting. Bila emosi ibu sihat inshaAllah emosi anak-anak akan bahagia. Salah satu cara Zati penuhi tangki emosi zati dengan mengemas rumah bila rumah kemas sahaja tenang la Zati πŸ˜„. Makan pun ia juga. Menulis macam ini juga bagi zati tenang. πŸ˜† Setiap kita berbeza nak tenang kan.

Zati nak kongsikan telegram yang Zati follow dan suka sangat membaca tips dari Taufik Razif ini.
Kalian jangan la rasa berat nak install telegram, best tau telegram ni banyak manfaat.

😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀
Nak Jadi Ibu Yang Tenang?
😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩

Perkara paling pertama kena buat adalah :

πŸ‘‰ Kena ada Emotion Awareness dulu

Apa tu Emotion Awareness?

πŸ’₯Kita akur yang dalam diri kita ada emosi negatif dan juga positif

πŸ’₯Kita sedar yang kita belum jadi ibu yang tenang

πŸ’₯Kita tahu apa je pemicu emosi negatif dalam diri kita

πŸ’₯ Tahu jenis Self Talk yang kita guna tiap hari

πŸ’₯Dan banyak lagi

Jom belajar jadi Ibu yang lebih positif & tenang setiap hari

Klik link ni untuk ke Channel Telegram Nota Parenting πŸ‘‰ t.me/NotaTaufiqRazif

Moga bermanfaat buat semua.

Salam Sayang.
Johor Bahru.
10:55 
3December 2019

Sunday, December 1, 2019

Coretan Pengalaman Kelahiran Ke-2

Lama sangat tak menulis di blog ni berhabuk sangat πŸ˜…
Kelahiran kedua ini alhamdulillah lebih indah dari yang pertama

Kita cerita macam mana boleh keluar adik lepas itu baru cerita kenapa dan bagaimana boleh indah.

Pagi 11.11.2018 (Ahad)

Adik zati, Sofia buatkan sarapan pagi nasi goreng. Entah macam mana zati sakit perut memulas- mulas selepas makan nasi goreng dia πŸ˜…. Memang memulas sakit la, duduk dalam bilik air berjam-jam. Suami dan abah pun jadi risau dah nak bersalin ke macam mana kan. Zati cakap la memang nak bera* kan. πŸ˜†πŸ˜† suami nak balik Jb sebab esok nyer dah kerja, dia tunggu la sampai zohor. Selepas zohor zati nampak dah ok sikit la walaupun masih sakit perut. Pukul 5 petang makan macam biasa tapi takut-takut keluar semua. Suami dah gerak ke JB dan malam itu ibu dan abah ke surau ada ceramah. Selepas maghrib zati rasa macam sakit lagi tapi biar jer la macam ok lagi. Selepas solat isyak rasa sakit zati jadi keliru sakit perut ke sakit perut nak bersalin 🀣. Zati pun gi la rumah makcik kat sebelah nak sembang sambil nak tanya. Makcik cakap cuba kira kalau makin kerap terus ke hospital. Selepas ibu abah balik sakit makin kerap 10min. Masa sakit tu tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus. Best juga layan sakit sambil tarik nafas dalam- dalam lebih tenang dan kurang sakitnyer sambil baca doa nabi yunus. Zati tunggu abah ibu makan lepas itu gerak ke hospital tangkak sahaja memandangkan buku pink zati sticker putih. Sampai hospital dah buka 6cm dah Ya Rabbi. Sebenarnya masa tu zati lapar sangat sebab siang tadi kawal makan takut sakit perut lagi. πŸ˜…
Yang kelakor nyer umar kene marah dengan ummi sebab masa sakit datang dalam
Kereta umar sibuk juga nak bercerita dia dah sampai kat mana πŸ˜‚. Sian Umar. Zati terus masuk ke LR mashaAllah macam 1st class pula rasa, zati dilayan oleh 3 orang nurse yg sangat baik hati. Bila zati cakap lapar nurse ambilkan air susu dan biskut (tapi dah tak lalu nak minum ke apa ke πŸ˜…). Nurse cek jalan tak sakit pun. Bila cek lagi jalan dan buka 9cm dan nurse pecahkan air ketuban tarik nafas lagi dan baby dah keluar. Tak sempat zati nak teran. MashaAllah indah nyer. Tapi nyer kan koyak juga ☹️. Syukur jahitan kali ini lebih indah sebab sambil nurse menjahit sambil zati tengok baby yg agak besar 3.5kg tu ☺️☺️☺️ Alhamdulillah. Pukul 11 malam sampai hops. Pukul 11.35 malam baby keluar. πŸ˜‡ dapat la baby lazada sale πŸ˜† . 11.11 alhamdulillah lebih indah dan bahagia daripada kelahiran yang pertama dahulu. Syukur.

Haaa .... sahabat tertanya-tanya tak kenapa dan bagaimana boleh dapat kelahiran indah ini. Zati share bukan nak berbangga ke apa ke. Zati baca sesuatu yg bermanfaat dan zati amalkan.

Terima kasih kepada FB Siti Aai Shah
Jemput baca apa yang Puan Siti Aai Shah coretkan ya 😊☺️😊

Apa itu gentle birth?

Gentle birth adalah "teknik bersalin dengan mudah, tenang & selamat serta mengurangkan rasa sakit sebelum, semasa & selepas bersalin"

Amazing kan?? Memang amazing sangat kalau kita tahu cara & teknik utk memanipulasi minda separa sedar terhadap sakit yang dirasai kepada perkara yang indah2 sekaligus mengurangkan/menghilangkan rasa sakit tadi 😍

Pengalaman ummi utk 1st baby xdpt praktikkan sebab tak belajar lagi masa tu. Alhamdulillah anak ke 2 & 3 ummi berjaya! Di sini ummi nak share 7 tips yang ummi buat dan alhamdulillah ia sangat membantu..

[  7 TIPS DAPATKAN GENTLE BIRTH ]

1️⃣ TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL
Contraction adalah saat yang sakit buat ibu2 yang hampir melahirkan. Ada yang cakap sakit nak patah pinggang, sakit berkali ganda dari senggugut, sakit mcm nak putus urat. Semua tu hanya gambaran & istilah sahaja. Percaya tak, sakit yang digambarkan tu sebenarnya boleh hilang/kurang dengan teknik pernafasan yang betul.

Mcm mana??

Saat contraction dtg, siap sedia tarik nafas sedalam yang boleh kemudian lepaskan perlahan melalui mulut tanpa mengeluarkan suara. Ulang 3-5 kali, insyaAllah sakit tadi akan berkurang. Teknik pernafasan nie bukan je buat sakit tersebut berkurang tapi ia juga buat kita lebih tenang.

**teknik pernafasan yang lain boleh baca buku "Hypnobirthing, the mongan method"

2️⃣ AKTIFKAN MINDA SEPARA SEDAR
Minda separa sedar tidak berfungsi secara logik tapi ia lebih kepada imaginasi, rasa hati & emosi.

Contoh:
Minda sedar: aku nak bersalin normal
Minda separa sedar: boleh ke normal? Anak 1st nie, mcm susah je...(ini yg perlu kita tukar)

Minda separa sedar nie 90% dalam diri. Dengan  menguasainya, kita mampu mencapai apa saja yang dihajati. Inilah kekuatan luar biasa yang tak terjangkau oleh akal fikiran manusia.

Mcm mana nak aktifkan minda separa sedar?

Kita boleh aktifkan saat dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang adalah saat kita nak tidur. Bercakap dengan diri sendiri apa yang kita nak esok & berdoa minta pada Allah. Ulang & terus ulang.

Mcm ummi, masa preggy anak ke 2 & 3, setiap masa dan setiap hari sentiasa cakap dalam hati:

-baby bersalin 38 minggu
-mudah bersalin
-bersalin normal
-lepas bersalin tak sakit2
-dalam labour room setengah jam je
-kembali berat asal

Alhamdulillah..semua yang di atas berjaya! Cuma yang berat je tak tahu lagi. Anak ke 2 berjaya, yang ke 3 nie tak tahu lagi. Ummi hanya aktifkan minda separa sedar semasa di awal kehamilan hingga saat nak bersalin. Alhamdulillah berhasil!

3️⃣ POSITIF
Amalan positif nie memang sentiasa perlu dipraktikkan. Sebab bila kita positif, kita akan tarik benda2 positif di sekeliling kita. Sebab tu pantang buat ibu2 hamil bersedih!

Saat nak bersalin, penting utk kita set dlm minda KATA2 POSITIF seperti
-ummi kuat!
-baby mesti keluar dgn selamat!
-ummi boleh!
-Allah bantu!
Bagi semangat pada diri sendiri! InsyaAllah ia sangat membantu memudahkan proses kelahiran!

4️⃣ LAMA DALAM SUJUD
Ini adalah salah satu teknik mempercepatkan bukaan rahim & sujud juga mampu menghilangkan rasa sakit contraction. Untuk ibu2 yang tahu kandungan sonsang, cara ini mampu betulkan kedudukan baby.

5️⃣ TUKAR SAKIT KEPADA NIKMAT
Saat contraction datang, cuba imagine perkara2 yang indah. Ummi masa dlm labour room, saat contraction makin tinggi, terus convert sakit tadi dengan imagine baby dah selamat, baby sihat, comel, suami azankan baby. Ummi terus create cerita yang best2 & what u guess?? Sakit tu hilang! Alhamdulillah

6️⃣ ZIKIR & DOA YUNUS
1 perkara dapat buat kita lebih tenang iaitu berzikir. Saat sakit datang, berzikir. Ingat akan kebesaran Allah. Semua tu dapat kurangkan rasa sakit.

Lepas tu baca doa yunus:

"Lailahaila anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin"

InsyaAllah sakit tadi akan hilang..

7️⃣ MAKAN KURMA & AIR ZAM2
Kurma & air zam2 sangat berkhasiat dan mampu memberi tenaga segera pada badan. Lagi2 masa masuk labour room, kalau sempat jangan tinggalkan 2 benda nie. InsyaAllah ia juga dapat membantu memudahkan proses kelahiran serta memberi tenaga yang luar biasa!

**Semoga perkongsian yang kecil nie memberi manfaat pada ibu2 di luar sana. InsyaAllah. Akhir sekali, buat ibu2 yang bakal melahirkan anak pertama, jangan takut. Melahirkan baby adalah perjalanan yang sangat menakjubkan! Rasai kehebatan & kekuasaan yang Allah beri buat anda insan2 terpilih! Go go fighting! 😊




Sudut Pandang

Melihat senang orang lain
Melihat orang lain bahagia
Melihat orang lain berjalan sana-sini
Semua hanya dihujung jari

Sudut pandang positif

'Best nyer dapat jalan-jalan'
'Aku pun nak plan jalan kat sana la'
'Best nyer dapat lihat suasana di sana walaupun aku tak dapat ke sana'

Sudut pandang negatif

'Semua benda nak share'
'Nak tunjuk hebat sangat la tu'
'Eee menyampah aku'

Sudut pandang itu pilihan kita sahabat
Kita boleh ubah cara kita melihat sama ada negatif atau positif
Itu pilihan kita.

Cuma sahabat kita sama-sama mengingat

Sangka baik itu indah
Sangka baik itu hindar dosa
Sangka baik itu undang pahala

Jika bisikan negatif itu datang dari syaitan
Cepat-cepat istiqfar ya

Salam kasih sayang.
Peserai
1 Disember 2019
15:06

Tuesday, December 5, 2017

Perjuangan

Bismillah...

Semasa perjalananku ke universiti, sempat aku mendengar bicara seorang ilmuan.

Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2017, Ybhg Dato' Aidit bin Ghazali; Pengerusi Eksekutif, Akademi Aidit Sdn Bhd

Salah satu kata azimat yang dilontarkan berkaitan Perjuangan.

Kehidupan ini tidak terlepas dengan perjuangan menegakkan agama Allah. Rugilah dia sekiranya matinya tiada niat untuk berjuang. Tujuan kita diciptakan adalah sebagai seorang hamba dan khalifah. Fikir dan renung kembali adakah kita sudah melaksanakan amanah yang diberi Tuhan sebaiknya. Ingtan buat diri aku.

Selain itu, dalam mendepani golongan belia pada zaman sekarang kita perlu tahu apa latar belakang musuh kita itu, apa masalah yang dihadapai, dan bagaimana kita hendak mendepani musuh / mad'u kita. Dalam aspek psikologi pula, kita perlu mengenal dahulu kaedah atau cara bagaimana yang sesuai untuk mendekati mereka. Setiap individu berbeza pendekatan. Bukan mudah untuk mendekati para remaja sekarang. Mereka lebih terkehadapan dari kita. Jadi kita juga perlu bergerak lebih kehadapan dari mereka.

Akhir sekali, berkaitan pembaziran. Paling ketara sekali, kehidupan kita terbazir pada nikmat masa yang Allah berikan. ( tertunduk aku )....... Mujahadah ku tidak istiqamah....

Daripada perkongsian di Facebook : Nik Mohd Iznan

Ibnu al-Qayum al-Jauziah pernah menyenaraikan 9 bentuk pembaziran yang dilakukan oleh manusia.
1. Pembaziran ilmu. Iaitu ilmu yang tidak disalurkan dengan betul. Ramai orang berilmu yang kedekut dengan ilmu. Dan kalau beramal dengan ilmu, adalah amalan yang riak dan sombong.
2. Pembaziran amalan. Iaitu segala amalan yang dilakukan adalah bukan kerana Tuhan. Sebaliknya mengharapkan sesuatu yang tersembunyi dari manusia.
3. Pembaziran kekayaan. Iaitu menggunakan kekayaan yang ada pada jalan yang tidak betul sehingga menghabiskan harta yang ada dengan sia-sia.
4. Pembaziran hati. Iaitu sejenis pembaziran kerana kosong daripada mengisi hati kepada Tuhan dan Rasul.
5. Pembaziran tubuh badan. Iaitu membazir tubuh yang sihat dan kuat dengan tidak beribadat kepada-Nya.
6. Pembaziran cinta. Iaitu mencintai sesuatu melebihi cinta kepada Yang Esa.
7. Pembaziran masa. Iaitu menghabiskan masa dengan melakukan sesuatu yang sia-sia. Sehingga masa yang ada berlalu begitu sahaja.
8. Pembaziran akal. Iaitu menggunakan akan dengan memikirkan sesuatu yang tidak perlu.
9. Pembaziran zikir. Iaitu menghabiskan masa dengan berzikir, tapi langsung tidak memberi kesan kepada hati. Konsep asas zikir ialah supaya kita sentiasa dekat dengannya.

Rupa-rupanya pelbagai nikmat Allah yang telah kita bazirkan. Kita tahu tapi kita masih tidak sedar. tidak sedar Tuhan sentiasa memerhatikan setiap tindak tanduk manusia. Ingatan buat diri, terus dan teruslah bangkit mengenal siapa Tuhan mu dan siapa diri dan tujuan penciptaanmu.... 
Bangkit dan terus bangkit buat diri yang sering leka dan alpa. 
10.44 am
5 Disember 2017

Ujian Kehidupan

Bismillah....

Seawal pagi aku mendapat perkhabaran abang iparku kemalangan.
Agak teruk di bahagian kaki kananya.
Seorang wanita telah melanggarnya di kawasan lampu isyarat.

Ujian yang besar buat kami sekeluarga.
Semoga diberi kekautan dalam menempuh ujian Allah.

Setiap dari kita pasti diuji dengan pelbagai ujian.
Diberi nikmat yang berganda juga ujian.
Jangan silap mentafsir tetapi aturlah langkah berbekalkan semangat dariNya.


Semoga beliau sekeluarga dipermudahkan segala urusan. diluaskan pintu rezeki dan diberi kekuatan dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Kehidupan di dunia bersusah-susah moga kehidupan kekal abadi kita bersenang-senang. Amin.....

10.22 am
5 Disember 2017

Monday, December 4, 2017

Coretan Semangat

Kehidupan ini sukar di ramal.
Adakalanya kita memutuskan membuat itu ini tidak jadi.
Ada ketikanya ia menjadi.
Banyak sekali perkara yang ingin di kejar.
Dalam seminggu siap senarai yang kita mahukan.
Dan tidak semua yang tersenarai tercapai.

Seorang Doktor pernah menasihati aku.
Kehidupan ini perlukan pengurusan masa yang betul.
Allah berikan akal untuk kita sendiri memilih, menguruskan kehidupan kita dengan baik. 
Apa yang diutamakan dahulu dan apa perkara yang perlu dikemudiankan.

Tapi itu lah.... kita da merancang yang sendiri yang melanggarnya....

Cuma satu je kuasa yang boleh membantu kita dan mengawal setiap tindak tanduk kita.
siapa jika bukan pemilik diri kita Allah......

Untuk melangkah ke arah apa yang telah dirancang perlukan sebuah daya.....
apa daya itu....dari mana daya itu datang... dari Allah...
mohon dan pinta lah kekuatan dan keupayaan dari Allah. 
minta dan mohon lah padaNya taufik & hidayah dalam perjalanan kehidupan yang sementara ini.

Doktor itu juga berkongsi pengalaman.
Semasa beliau mengerjakan ibadah haji, beliau sesat di perkhemahan di Mina...
niatnya hendak mendapatkan air, laluan dari khemah nya ke tempat air itu hanya lurus sahaja.
Namun, setelah memperoleh air beliau sesat. Beliau cuba untuk berfikir dan bercakap dengan diri sendiri. 'aku kan doktor mesti aku boleh jumpa dengan khemah aku' . Beberapa ketika beliau masih tidak menjumpai khemah tempat beliau jemaah Malaysia. Kemudian, beliau terus meminta kepada Allah dan bergantung sepenuhnya pada Allah. Beberapa saat usai berdoa, berjalan kehadapan sedikit terus berjumpa dengan khemah jemaah Malaysia. Nah... sombongnya kita dengan Tuhan. Kita lupa siapa pemilik segala ya ada ini. Aku tertunduk malu mendengar perkongsianya Doktor itu. 

Siapa lah kita. Kita tidak punya apa-apa. Tapi kita tidak sedar dan kita masih sombong dengan Allah. 

Ingatan buat aku dan semua yang membaca. Kembalilah jiwa dan hati kita kepada Allah yang Esa. Andai solat kita tinggal mulakan langkah mengambil wuduk dan solatlah. Andai kita belum tutup aurat lagi. Carilah tudung tutuplah helaian rambutmu sehingga menutupi dada. Andai pakaian yang kita pakai masih tidak sempurna, sempurnakanlah dengan mengikut apa yang Allah pinta.
Hidup ini bukan lama, Dunia ini sementara. Apa-apa yang ingin kita lakukan mintalah bantuan dan pertolongan Allah.....

*Coretan Semangat untuk menyiapkan pembetulan thesis. Ya Allah permudahkanlah segala urusan proses pembetulan ini. Berilah hamba kefahaman dan membuat yang terbaik.

9.25am
4/12/2017
Perpustakaan Raja Zarith, UTM Skudai

Tuesday, November 28, 2017

AlQuran Digital



AlQuran Digital sesuai untuk dijadikan hantaran perkahwinan.
Dihadiahkan kepada insan tersayang.


Hanya Berharga

RM 199

Whatsapp : 0137386977




Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...