Friday, December 27, 2013

Kenangan SPH 2009-2013



Ku lihat gambar lalu,
Terkenang akan sabahat handai zaman ijazah dulu,
Ku tatap satu persatu.... rindu,
Ya rindu pada saat indah itu.

Kenangan itu,
Membuai dimindaku damai,
Bait-bait kemesraan satu-satu menerjah,
Senyuman indah satu-satu ku gambar,
Suasana di kampus kubayangkan,
Allahurabbi... tawa riang mereka ku dengar.

Namun.. ia telah menjadi kenangan terindah,
Akan ku simpan pahit dan duka itu,
Menjadi bayangan rindu...

Hanya yang ku mampu,
Mengirim seungkup doa,
Buat bahagia sabahat nun jauh di mata,
Agar kalian sentiasa di dalam rahmat kasih sayang Tuhan.

Ku harap kalian pun begitu,
Menyelitkan daku dalam hela doa kudus mu.

Nurul Izzati Atan
091113

UTM Skudai

Wednesday, December 25, 2013

Brooch Dari Kain Felt

Bismillahhirrahmanirrahim...

Alhamdulillah syukur dengan nikmat kurnia Nya,..

Saya just nak share cerita dan nak promote sikit.. (^_^)... Setelah selesai pengajian di peringkat ijazah sarjana muda saya. Saya tiada aktiviti nak dibuat. Ada la fikir-fikir sesuatu...nak kerja sambilan dulu ke...dan macam-macam lagi la,..selepas itu saya terfikir nak beli kain felt...nak buat brooch konon nyer,..

Sebelum masing-masing balik kg. . Saya telah mengajak seorang sahabat saya, Syakirah untuk temankan saya beli kain felt yang murah. Kawan saya ini pun minat la juga membuat brooch tudung ini. cm kreatif jer kan,..cam comel jer,..alhamdulillah saya pun dapat beli di Daiso Japan di Aeon Jusco Bukit Indah...

Saya excited sangat bila dapat beli kain tu,..saya pun terfikir la,.nk design cmne la,..ikut cm kat internet jer ke,..alhamdulillah ...Allah ilham kan sesuatu..

Dan ini hasilnya,...

Yang ini cubaan yang pertama,..terbuat banyak  plk,..hihi~


Yang ini pula.. saya beli lagi kain felt yang berbeza warna dengan yang atas...


Selepas itu, saya cuba buat design bunga pula..mula-mula memang tak jadi sangat,..
Practice make perfect,..alhamdulillah,..boleh la...



 Yang ini ,..adik sepupu melaram pula.. Irdina..lebih-lebih kain felt tu,.buat la bunga-bunga...


Yang ini saya jual dekat kawan-kawan...agak mencabar la juga buatnya,..sebab material felt agak keras,..hihi.. (terbeli kain felt yang keras...)




Ok.. dah habis cerita tentang hobi baru ini.... jadi jika teman-teman ada yang minat la kan,..leh la buat tempahan kat saya,..nak bagi souvenir untuk bertunang ke..perkahwinan ke..  inshaa Allah ada kelapangan boleh buatkan (^_^)

Contact saya di 

cahayahati_libra90@yahoo.com
whatsapp 0137386977 (msg sahaja ya)
Nurul Izzati Atan



Tuesday, December 17, 2013

Teman!..apa khabar?


Lama kira aku tidak mendengar suara itu,
Suara teman berkongsi suka duka,
Lama juga tidak bersua muka,
Namun, sudi kira dia bertanya khabar bahagia.

Teman, ada di mana-mana,
Namun, siapa tahu deritanya dia,
Dan siapa tahu bahagianya dia,
Ramai orang berkongsi bahagia,
Sedikit Cuma yang berkongsi duka.

Banyak cerita dikongsi,
Walaupun dengan suara terputus sana sini,
Katanya terdetik di hati,
Hingga telefon dicari,
Untuk dengar berita diri.

Semoga ada manfaat,
Dari bicara ku entah apa-apa,
Mudah-mudahan terhindar dosa,
Semoga kita saling ingat-ingati,
Mati itu perkara yang pasti.

Terima kasih bertanya khabarku,
Moga ikatan kau dan aku,
Di atas jalan yang satu,
Ku kirim doa pada yang Satu,
Agar dirimu sentiasa dalam rahmat dan kasih Tuhan yang Satu.

Nurul Izzati Atan
171213
1550

UTM, JB

To Aimi
insyaaAllah ada ruang dan masa kita jumpa aimi,..semoga segala urusan aimi dipermudahkan...salam sayang dari zatiii... (^_^)

Saturday, December 14, 2013

Layang-Layang



Aku ingin sekali terbang tinggi seperti layang-layang
Hakikatnya bukan mudah untuk terbang tinggi
Yang pasti, ada tali yang mengikat aku

Kalau aku terbang, siapa yang akan memegang tali itu
Pasti dia yang pegang aku itu faham aku
Pasti dia yang mendengar rintihan aku
Pasti dia yang sentiasa menjaga aku.

Di saat aku kehilangan dia lah yang memujuk ku
Mengawal tingkah aku di saat aku tersasar
Apa yang aku pasti dia tidak seperti aku
Aku yang sentiasa meminta dan bergantung

Siapakah dia....
Dia lah yang Maha Sempurna
Dia lah segala-galanya
Dia lah Tuhan yang mencipta diriku.

-NIA, 2013-
-011013-
Nurul Izzati Atan


Thursday, December 12, 2013

Definisi Cinta




Dia di situ,
Aku yang di sini,
Jarak di antara kami memang beda,
Namun itu yang harus aku jurangkan.
Agar tiada bisikan musuh yang nyata.

Biar apa orang kata,
Tidak keluar bersama,
Tidak ber’sms’ suka duka,
Tidak mendengar suara,
Adakah itu dinamakan cinta?.

Biar,....
Aku tidak endah itu semua,
Pastinya aku utama kan Dia,
Cukuplah bertanya khabar bahagia,
Aku tidak mahu cemarkan hubungan ikhlas yang terbina.

Cuma yang kupinta,
Doakan segala di dalam aturan Dia,
Supaya aku dan dia tidak terbabas,
Dengan tipuan cinta dunia,
Akhirkanlah Tuhan,
Dengan ikatan cinta syurga yang Engkau redhai.

11.12.13
Nurul Izzati Atan

PSZ,UTMJB

Saturday, December 7, 2013

Tasik


Tasik itu melihatkan akan sebuah kehidupan,
Antara ikan, rumpai, pohon, lalang,
Permukaan air tenang,
Burung-burung berkicauan,
Langit membiru,
Pohon-pohon hijau meredup,
Subhanallah, indah cipaan milik Mu.

Mereka tiada senketa,
Saling memerlukan antara lain,
Tiada kerisauan di hati,
Hanya damai di mata.

Oh Tuhan,
Indahnya jika manusia juga begitu,
Saling membantu dan memerlu,
Seperti ikan memerlukan air,
Seperti pokok perlukan udara.

Cuma yang difikirkan manusia itu,
Salah yang lain,
Bukan apa yang dapat diberi,
Tapi apa yang boleh diperolehi.

Manusia,
Hiduplah dengan memberi,
Kerana dengan memberi,
Kita menuju damai abadi.

Nurul Izzat Atan
091113

Tasik UTM

Tuesday, December 3, 2013

Saya, Zawjah dan Tukang Gunting



Bismillahhirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,...masih diberi nafas oleh pemilik jiwa, pemberi nikmat...


Saya hendak berkongsi tentang sebuah coretan seorang insan hebat. Subhanallah, beliau seorang penulis muda yang sangat saya kagumi. Penulisannya yang ringkas mampu memberi makna yang mendalam. Coretan yang santai sahaja mampu memberi motivasi kepada si pembaca.
Beliau adalah Saudara Hilal Asyraf .



Jom kita baca coretan beliau ya,....


Satu hari, saya dan zawjah bersembang-sembang.
Kemudian zawjah kongsi:

"Kesian saya pada orang bercouple, awak."
"Oh, kesian kenapa?"
"Ya la, ada yang saya tahu tu, bertahun-tahun bercouple, dari awal masuk universiti sampai habis grad, masih bercouple juga. Tak kahwin-kahwin."
"Oh. Jadi apa yang kesiannya?"
"Ya la, dosa bersentuhan bukan mahram, berdua-duaan dating dengan yang tak halal, bazir duit dengan SMS, hadiah mahal-mahal, bertahun-tahun pula semua tu. Kesian la."

Saya hanya mampu mengangguk. Hati perempuan mudah tersentuh agaknya.

Bukanlah saya tak pernah ada kawan yang bercouple. Pernah dan masih ada. Ada yang dah bertukar bermacam pasangan, ada yang dah habis beribu ringgit, tetapi kahwinnya tak kahwin-kahwin. Ada yang tunggang langgang hidupnya semata-mata putus cinta. Macam-macam.

Mungkin itu yang zawjah saya kasihankan.

Pada hari yang lain, saya pergi kedai gunting rambut. Sedang rambut saya digunting oleh tukang gunting berketurunan Acheh itu, tiba-tiba tukang gunting kongsi cerita kehidupannya. Bermula dengan soalan apakah saya telah berkahwin dan mempunyai anak.

"Sudah, alhamdulillah. Anak seorang."
"MasyaAllah, bagusnya. Saya juga telah berkahwin. Dua tahun. Allah masih belum kurniakan rezeki anak."
"Oooh. InsyaAllah, ada hikmahnya, dan insyaAllah akan ada rezekinya nanti." Saya balas.

"Yalah, rezeki Allah itu memang takkan dapat kita jangka. Isteri saya yang sekarang guru Al-Quran. Saya tidak cinta sama dia asalnya. Kerana bukan dia yang mahu saya kahwini."

"Oh." Saya tekun mendengar sambil dia cekap menggunting rambut.

"Sebenarnya saya dahulu ada girlfriend. Kawan dari sekolah rendah. Sampai ke universiti kami berkawan rapat, boyfriend girlfriend. Tetapi semasa saya melamarnya, ayahnya tidak membenarkan kami berkahwin. Kami pun putus."

"Oooh." Itu aja saya mampu ungkapkan, sambil pandang cermin di hadapan untuk tengok tukang gunting di belakang saya.

"Saya putus asa ketika itu. Tak mahu langsung bercinta. Iyalah, sudah lama suka sama dia, mana mungkin boleh suka pada orang lain. Tetapi tiba-tiba, ayah saya kenalkan saya dengan isteri saya yang sekarang. Kami tidak langsung bercinta, kenal sebentar, bertunang setahun, sekadar bersembang apa yang perlu, kemudian langsung nikah."

"Bagaimana rasanya begitu?" Saya bertanya.

"Bahagia bang. Rasa lebih diberkati. Rasa fresh gitu setiap hari dalam rumahtangga. Masih ada rasa malu, yang membuatkan kita rasa manisnya perkahwinan itu." Dia berbicara.

Saya tersenyum. "Alhamdulillah. Memang mengikuti apa yang Allah perintahkan itu adalah yang terbaik."

"Benar bang, benar."

Usai gunting rambut, dia bertanya: "Umur abang berapa?"

"24." Saya jawab ringkas.

"Lah, saya sudah 27. Sayalah abang rupanya."

Kami tertawa.

Sehari dua ini saya terfikir dua peristiwa ini. Saya kata pada diri saya, bahawa hidup ini sebentar sahaja. Tak bermakna langsung bila diisi dengan benda yang tidak diredhaiNya.

Kadang kita banyak habis masa, mengikut hawa nafsu kita, memilih jalan yang kita rasa memuaskan hati kita, walaupun kita tahu itu jauh dari apa yang diredhaiNya. Akhirnya kita tidak bahagia pun. Dalam perjalanan itu pula, banyak kemungkaran kita rentas, banyak dosa kita palit, dan kemudian tak dapat apa pun. Rugi bukan.

Hidup ini akhirnya kita kena sedar, ianya adalah perjalanan pulang untuk bertemu Tuhan. Kita bercinta, berkahwin, semuanya adalah untuk mendapat redhaNya. Bukan semata-mata nak memuaskan nafsu kita, bukan nak syok-syok kosong aja.

Bila kita taat dengan perintah Allah, usaha agar diri kita tunduk pada peraturanNya, hidup akan mendapat keberkatan. Yang berat terasa ringan, yang susah terasa senang, yang lama terasa sekejap, jiwa pun bahagia, kalau ada gundah gulana menerpa, kita kuat untuk menghadapinya insyaAllah.

Sebab Allah itu Maha Berkuasa Atas Segala-galanya. Bagaimana keberkatan boleh datang dengan kemurkaanNya?

Sekadar coretan.

Mari Menjadi Hamba!




Saya terpanggil untuk berkongsi tentang penulisan beliau kerana pada hemat saya coretannya memberi sedikit motivasi buat saya sebagai hamba Nya agar sentiasa beringat dan terus berada di jalan Ilahi. Bukan mudah kawan-kawan, kerana hidup ini penuh dengan ujian dan cabaran yang datang dari pelbagai sudut. Kekadang kawan rapat kita juga lakukan perkara yang salah. Saya juga tidak terlepas dari melakukan dosa. Namun, mari lah kita bersama-sama berusaha sehabis baik untuk menjadi hamba dan khalifah yang terbaik.

Salam Kasih Sayang Semua,.. (^_^)

Pilihan



Bukan mudah aku putuskan,
Bukan mudah untuk aku memilih,
Adakah ia lebih baik atau sekarang ini lebih baik,
Sesungguhnya benar .... 
Aku tidak mengerti...

Pada Nya jua aku pinta arah,
Pada Nya jua aku pinta petunjuk,
Benar, fikiran ku dangkal,
Tidak bisa ku bina putus kata itu....

Hatiku berbolak,
Air mata ku mengalir,
Beratnya menjadi aku tidak keruan,
Salah satu perkara penting dalam kembara hidup ku,
Adakah kata putus ini tepat,
Bukan mudah...
Ia bukan mudah...

Semua kata-kata ku dengar...
Dan...
Akhirnya, aku putuskan kata jua.

Benar... peluang datang sekali,
Namun, siapa yang mampu menolak takdir jika peliang kedua datang lagi,
Bukan aku tidak syukur,
Tapi itu lah pilihan dalam hidup yang perlu akur,
Dia telah menetapkan hatiku,
Hatiku putus akan TIDAK,

InsyaaAllah, pasti ada hikmah...
Hikmah disebalik kata putus ini,
Bersangka baik dan pasti Allah merencanakan yang indah buat diri,

Teruskan usaha, doa, dan tawakal...
Semoga engkau dapat mengukir bahagia disepanjang kembara hamba.

021213
-NIA, 2013-

Nurul Izzati Atan


Sunday, December 1, 2013

Jiwa

Jiwaku gundah,
Jiwaku resah,
Seperti lautan yang bergelora,
Ingin sekali kupinta padaNya,
Bawa jiwa dan jasad ku pergi,
Pergi menghadapNya.

Namun, aku memikir....
Tak kan semudah itu Dia ciptakan aku,
Pasti Dia merancang yang terbaik buat kehidupanku.

Dalam meniti kembara hidup, 
Aku rasa, aku tidak sekuat dulu,
Entah mana perginya jiwa merdeka dulu,
Aku senang kalah dengan musuh nyataku,
Nafsu dan Syaitan,

Tingkahku tidak seindah kataku,
Hatiku kian dipenuhi titik noda,
Kerjaanku tertangguh sini sana.

Itulah namanya manusia,
Imannya akan turun dan naik,
Kadangkala langkah nya terancang,
Kadangkala langkahnya sepi tiada.

Namun diri....
Ingatlah pada Sang Pemilik Segala, 
Pintalah pada Nya akan indah,
Pintalah pada Nya akan kuat,
Pintalah pada Nya akan tabah,
Pintalah pada Nya akan segala,

Agar hidupmu terarah,
Agar hidupmu segar dengan cinta Nya.

-NIA, 2013-
011213

Kg Simpang 5 Darat
Nurul Izzati Atan
Coretan Kisah Hati Hamba


Perjuangan

Bismillah... Semasa perjalananku ke universiti, sempat aku mendengar bicara seorang ilmuan. Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 20...