Bismillahhirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,...masih diberi nafas oleh pemilik jiwa, pemberi nikmat...
Saya hendak berkongsi tentang sebuah coretan seorang insan hebat. Subhanallah, beliau seorang penulis muda yang sangat saya kagumi. Penulisannya yang ringkas mampu memberi makna yang mendalam. Coretan yang santai sahaja mampu memberi motivasi kepada si pembaca.
Beliau adalah Saudara Hilal Asyraf .
Jom kita baca coretan beliau ya,....
Satu hari, saya dan zawjah bersembang-sembang.
Kemudian zawjah kongsi:
"Kesian saya pada orang bercouple, awak."
"Oh, kesian kenapa?"
"Ya la, ada yang saya tahu tu, bertahun-tahun bercouple, dari awal masuk universiti sampai habis grad, masih bercouple juga. Tak kahwin-kahwin."
"Oh. Jadi apa yang kesiannya?"
"Ya la, dosa bersentuhan bukan mahram, berdua-duaan dating dengan yang tak halal, bazir duit dengan SMS, hadiah mahal-mahal, bertahun-tahun pula semua tu. Kesian la."
Saya hanya mampu mengangguk. Hati perempuan mudah tersentuh agaknya.
Bukanlah saya tak pernah ada kawan yang bercouple. Pernah dan masih ada. Ada yang dah bertukar bermacam pasangan, ada yang dah habis beribu ringgit, tetapi kahwinnya tak kahwin-kahwin. Ada yang tunggang langgang hidupnya semata-mata putus cinta. Macam-macam.
Mungkin itu yang zawjah saya kasihankan.
Pada hari yang lain, saya pergi kedai gunting rambut. Sedang rambut saya digunting oleh tukang gunting berketurunan Acheh itu, tiba-tiba tukang gunting kongsi cerita kehidupannya. Bermula dengan soalan apakah saya telah berkahwin dan mempunyai anak.
"Sudah, alhamdulillah. Anak seorang."
"MasyaAllah, bagusnya. Saya juga telah berkahwin. Dua tahun. Allah masih belum kurniakan rezeki anak."
"Oooh. InsyaAllah, ada hikmahnya, dan insyaAllah akan ada rezekinya nanti." Saya balas.
"Yalah, rezeki Allah itu memang takkan dapat kita jangka. Isteri saya yang sekarang guru Al-Quran. Saya tidak cinta sama dia asalnya. Kerana bukan dia yang mahu saya kahwini."
"Oh." Saya tekun mendengar sambil dia cekap menggunting rambut.
"Sebenarnya saya dahulu ada girlfriend. Kawan dari sekolah rendah. Sampai ke universiti kami berkawan rapat, boyfriend girlfriend. Tetapi semasa saya melamarnya, ayahnya tidak membenarkan kami berkahwin. Kami pun putus."
"Oooh." Itu aja saya mampu ungkapkan, sambil pandang cermin di hadapan untuk tengok tukang gunting di belakang saya.
"Saya putus asa ketika itu. Tak mahu langsung bercinta. Iyalah, sudah lama suka sama dia, mana mungkin boleh suka pada orang lain. Tetapi tiba-tiba, ayah saya kenalkan saya dengan isteri saya yang sekarang. Kami tidak langsung bercinta, kenal sebentar, bertunang setahun, sekadar bersembang apa yang perlu, kemudian langsung nikah."
"Bagaimana rasanya begitu?" Saya bertanya.
"Bahagia bang. Rasa lebih diberkati. Rasa fresh gitu setiap hari dalam rumahtangga. Masih ada rasa malu, yang membuatkan kita rasa manisnya perkahwinan itu." Dia berbicara.
Saya tersenyum. "Alhamdulillah. Memang mengikuti apa yang Allah perintahkan itu adalah yang terbaik."
"Benar bang, benar."
Usai gunting rambut, dia bertanya: "Umur abang berapa?"
"24." Saya jawab ringkas.
"Lah, saya sudah 27. Sayalah abang rupanya."
Kami tertawa.
Sehari dua ini saya terfikir dua peristiwa ini. Saya kata pada diri saya, bahawa hidup ini sebentar sahaja. Tak bermakna langsung bila diisi dengan benda yang tidak diredhaiNya.
Kadang kita banyak habis masa, mengikut hawa nafsu kita, memilih jalan yang kita rasa memuaskan hati kita, walaupun kita tahu itu jauh dari apa yang diredhaiNya. Akhirnya kita tidak bahagia pun. Dalam perjalanan itu pula, banyak kemungkaran kita rentas, banyak dosa kita palit, dan kemudian tak dapat apa pun. Rugi bukan.
Hidup ini akhirnya kita kena sedar, ianya adalah perjalanan pulang untuk bertemu Tuhan. Kita bercinta, berkahwin, semuanya adalah untuk mendapat redhaNya. Bukan semata-mata nak memuaskan nafsu kita, bukan nak syok-syok kosong aja.
Bila kita taat dengan perintah Allah, usaha agar diri kita tunduk pada peraturanNya, hidup akan mendapat keberkatan. Yang berat terasa ringan, yang susah terasa senang, yang lama terasa sekejap, jiwa pun bahagia, kalau ada gundah gulana menerpa, kita kuat untuk menghadapinya insyaAllah.
Sebab Allah itu Maha Berkuasa Atas Segala-galanya. Bagaimana keberkatan boleh datang dengan kemurkaanNya?
Sekadar coretan.
Mari Menjadi Hamba!
Salam Kasih Sayang Semua,.. (^_^)

Saya terpanggil untuk berkongsi tentang penulisan beliau kerana pada hemat saya coretannya memberi sedikit motivasi buat saya sebagai hamba Nya agar sentiasa beringat dan terus berada di jalan Ilahi. Bukan mudah kawan-kawan, kerana hidup ini penuh dengan ujian dan cabaran yang datang dari pelbagai sudut. Kekadang kawan rapat kita juga lakukan perkara yang salah. Saya juga tidak terlepas dari melakukan dosa. Namun, mari lah kita bersama-sama berusaha sehabis baik untuk menjadi hamba dan khalifah yang terbaik.
Salam Kasih Sayang Semua,.. (^_^)
No comments:
Post a Comment