Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Friday, December 27, 2013

Kenangan SPH 2009-2013



Ku lihat gambar lalu,
Terkenang akan sabahat handai zaman ijazah dulu,
Ku tatap satu persatu.... rindu,
Ya rindu pada saat indah itu.

Kenangan itu,
Membuai dimindaku damai,
Bait-bait kemesraan satu-satu menerjah,
Senyuman indah satu-satu ku gambar,
Suasana di kampus kubayangkan,
Allahurabbi... tawa riang mereka ku dengar.

Namun.. ia telah menjadi kenangan terindah,
Akan ku simpan pahit dan duka itu,
Menjadi bayangan rindu...

Hanya yang ku mampu,
Mengirim seungkup doa,
Buat bahagia sabahat nun jauh di mata,
Agar kalian sentiasa di dalam rahmat kasih sayang Tuhan.

Ku harap kalian pun begitu,
Menyelitkan daku dalam hela doa kudus mu.

Nurul Izzati Atan
091113

UTM Skudai

Tuesday, December 17, 2013

Teman!..apa khabar?


Lama kira aku tidak mendengar suara itu,
Suara teman berkongsi suka duka,
Lama juga tidak bersua muka,
Namun, sudi kira dia bertanya khabar bahagia.

Teman, ada di mana-mana,
Namun, siapa tahu deritanya dia,
Dan siapa tahu bahagianya dia,
Ramai orang berkongsi bahagia,
Sedikit Cuma yang berkongsi duka.

Banyak cerita dikongsi,
Walaupun dengan suara terputus sana sini,
Katanya terdetik di hati,
Hingga telefon dicari,
Untuk dengar berita diri.

Semoga ada manfaat,
Dari bicara ku entah apa-apa,
Mudah-mudahan terhindar dosa,
Semoga kita saling ingat-ingati,
Mati itu perkara yang pasti.

Terima kasih bertanya khabarku,
Moga ikatan kau dan aku,
Di atas jalan yang satu,
Ku kirim doa pada yang Satu,
Agar dirimu sentiasa dalam rahmat dan kasih Tuhan yang Satu.

Nurul Izzati Atan
171213
1550

UTM, JB

To Aimi
insyaaAllah ada ruang dan masa kita jumpa aimi,..semoga segala urusan aimi dipermudahkan...salam sayang dari zatiii... (^_^)

Saturday, December 14, 2013

Layang-Layang



Aku ingin sekali terbang tinggi seperti layang-layang
Hakikatnya bukan mudah untuk terbang tinggi
Yang pasti, ada tali yang mengikat aku

Kalau aku terbang, siapa yang akan memegang tali itu
Pasti dia yang pegang aku itu faham aku
Pasti dia yang mendengar rintihan aku
Pasti dia yang sentiasa menjaga aku.

Di saat aku kehilangan dia lah yang memujuk ku
Mengawal tingkah aku di saat aku tersasar
Apa yang aku pasti dia tidak seperti aku
Aku yang sentiasa meminta dan bergantung

Siapakah dia....
Dia lah yang Maha Sempurna
Dia lah segala-galanya
Dia lah Tuhan yang mencipta diriku.

-NIA, 2013-
-011013-
Nurul Izzati Atan


Saturday, December 7, 2013

Tasik


Tasik itu melihatkan akan sebuah kehidupan,
Antara ikan, rumpai, pohon, lalang,
Permukaan air tenang,
Burung-burung berkicauan,
Langit membiru,
Pohon-pohon hijau meredup,
Subhanallah, indah cipaan milik Mu.

Mereka tiada senketa,
Saling memerlukan antara lain,
Tiada kerisauan di hati,
Hanya damai di mata.

Oh Tuhan,
Indahnya jika manusia juga begitu,
Saling membantu dan memerlu,
Seperti ikan memerlukan air,
Seperti pokok perlukan udara.

Cuma yang difikirkan manusia itu,
Salah yang lain,
Bukan apa yang dapat diberi,
Tapi apa yang boleh diperolehi.

Manusia,
Hiduplah dengan memberi,
Kerana dengan memberi,
Kita menuju damai abadi.

Nurul Izzat Atan
091113

Tasik UTM

Tuesday, December 3, 2013

Pilihan



Bukan mudah aku putuskan,
Bukan mudah untuk aku memilih,
Adakah ia lebih baik atau sekarang ini lebih baik,
Sesungguhnya benar .... 
Aku tidak mengerti...

Pada Nya jua aku pinta arah,
Pada Nya jua aku pinta petunjuk,
Benar, fikiran ku dangkal,
Tidak bisa ku bina putus kata itu....

Hatiku berbolak,
Air mata ku mengalir,
Beratnya menjadi aku tidak keruan,
Salah satu perkara penting dalam kembara hidup ku,
Adakah kata putus ini tepat,
Bukan mudah...
Ia bukan mudah...

Semua kata-kata ku dengar...
Dan...
Akhirnya, aku putuskan kata jua.

Benar... peluang datang sekali,
Namun, siapa yang mampu menolak takdir jika peliang kedua datang lagi,
Bukan aku tidak syukur,
Tapi itu lah pilihan dalam hidup yang perlu akur,
Dia telah menetapkan hatiku,
Hatiku putus akan TIDAK,

InsyaaAllah, pasti ada hikmah...
Hikmah disebalik kata putus ini,
Bersangka baik dan pasti Allah merencanakan yang indah buat diri,

Teruskan usaha, doa, dan tawakal...
Semoga engkau dapat mengukir bahagia disepanjang kembara hamba.

021213
-NIA, 2013-

Nurul Izzati Atan


Sunday, December 1, 2013

Jiwa

Jiwaku gundah,
Jiwaku resah,
Seperti lautan yang bergelora,
Ingin sekali kupinta padaNya,
Bawa jiwa dan jasad ku pergi,
Pergi menghadapNya.

Namun, aku memikir....
Tak kan semudah itu Dia ciptakan aku,
Pasti Dia merancang yang terbaik buat kehidupanku.

Dalam meniti kembara hidup, 
Aku rasa, aku tidak sekuat dulu,
Entah mana perginya jiwa merdeka dulu,
Aku senang kalah dengan musuh nyataku,
Nafsu dan Syaitan,

Tingkahku tidak seindah kataku,
Hatiku kian dipenuhi titik noda,
Kerjaanku tertangguh sini sana.

Itulah namanya manusia,
Imannya akan turun dan naik,
Kadangkala langkah nya terancang,
Kadangkala langkahnya sepi tiada.

Namun diri....
Ingatlah pada Sang Pemilik Segala, 
Pintalah pada Nya akan indah,
Pintalah pada Nya akan kuat,
Pintalah pada Nya akan tabah,
Pintalah pada Nya akan segala,

Agar hidupmu terarah,
Agar hidupmu segar dengan cinta Nya.

-NIA, 2013-
011213

Kg Simpang 5 Darat
Nurul Izzati Atan
Coretan Kisah Hati Hamba


Wednesday, November 27, 2013

Perjalanan


Perjalanan kehidupan ku masih jauh...
Apa sebenarnya tujuan arahku
Adakah hanya menunggu takdir membawaku

Akal dan fikiran dibekalkan kepadaku
Untuk aku memilih haluan arahku
Adakah aku ingin memandu arah ku ke jalan yang songsang atau jalan yang lurus.

Aku masih mencari....
Mencari laluan yang diredhai..
Laluan yang membawa ku kejalan syurga nan indah.

Namun,
 jalan syurganya ibarat ditaburi duri,..
Kerana syurga Nya itu hanya ...
insan terpilih yang berjaya menempuh laluan berliku

Aku kah itu...
Layakkah aku...

Wahai diri...cermin lah dirimu..
Mampukah engkau meraih syurga firdausinya
Bukan hanya kata..
Bukan dengan tingkah sahaja....
tetapi seluruh kehidupanmu adalah kerana mencari redha yang maha Esa.


-NIA, 2013-
Nurul Izzat Atan
11.55 am

PSZ

Saturday, November 9, 2013

Anak Kecil

Anak kecil itu, 
Petah bicaranya,
Setiap katanya ku amati,
Bait-bait kata nya penuh makna,
Walaupun mungkin hanya dia yang memahami.

Namun itulah anak kecil,
Dengan dunianya sendiri,
Tiada endah akan sekeliling,
Kekadang benak ku inginkan suasana itu kembali.

Apakan daya ia hanya khayalan yang tidak pasti,
Ku tak mampu menyimpang takdirnya,
Kerana ku pasti utusnya aku untuk menjadi pemimpin diri,
Bukan pengkhianat diri. 

PK UTM
061113
Nurul Izzati Atan

 : melihat anak-anak IS (international student) yang sangat comel ,..subhanallah,.indah ciptaannya,..


~ni anak Malaysia ya,..hihi~



Friday, November 8, 2013

Tukang Sapu



Makcik Si Tukang Sapu,
Asyik menyapu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling,
Khusyuk sungguh makcik laksana amanah,
Besar pahalanya ku kira.

Tugasku apa pula dengan makcik itu,
Hanya memandang sepi atau bahagia,
Ku kira perlu bertegur sapa walaupun seungkap salam,
Kerana ia membina ukiran indah.

Syukur ku pada Nya,
Juga dapat memberi seperti makcik,
Makcik memberi khidmat,
Dan aku memberi senyuman salam,
Indah ku kira... Syukur!

PK UTM
061113
Nurul Izzati Atan

: Ayuh,..sebarkan senyuman,... senyuman suatu sedekah,....(ingatan buat diri..)


Wednesday, June 5, 2013

Kosong


Entah mengapa aku merasakan kosong
Kosong jiwa, kosong akal...
Ia bagai layang-layang terputus tali....

Mungkin jiwa ini kosong dengan kasih Tuhan
Tapi awas!!!....
Kasih Tuhan sentiasa bersama
Tuhan itu dekat dengan hambanya...
Sama ada kita sedar atau tidak...

Mungkin akalku penat...
Penat fikir dunia?...ah! penat semua..
Hingga aku lupa memberi makanan kepada rohani,,jiwaku..
Tapi itu harus aku lalui..persoalannya bagaimana???....

Duhai diri..betulkan niatmu,.
Dunia ini hanya alat untuk capai matlamat akhirat,
Akhirat yang utama...ia pengakhiran kita,
Niatkan segala-galanya hanya mencari redhaNya

Tapi aku insan biasa,
Kedangkala tersungkur,..namun jalan biar sungkurmu lama,
Ayuh diri ..bangkit....
Baikilah cinta mu dengan Pencipta mu,

Dia tidak pernah tinggalkan kau,
Basahkan bibirmu dengan zikrullah,
Solat mu perlu dijaga... dengan lakukan diawal waktu

Jangan biarkan diri rebah
Bangkitlah dengan kasih & cinta pada Nya

050613
16:30
~UTM Skudai~

mood : finalexam, PSM,....Ya Allah..permudahkan segala urusanku..
mohon doa sahabat-sahabat semua ya,..
3 Jun 2013 - 12 Jun 2013 (final exam)
18 Jun 2013 (present viva)




Wednesday, May 15, 2013

Aku Rindu Zaman Diuji


Aku rindu zaman diuji,
Meski air mata mengalir laju di pipi,
Namun itu lebih kusukai,
Dari zaman aku hidup lalai,
Bersukaria dan Tuhan pun mula aku lupai.

Aku rindu zaman diuji,
Zaman ku sentak jiwa,
Terjaga dari panjangnya lena,
Mengingatkan diri pada fananya dunia,
Bahawa aku perlu lekas bersedia
Sebelum nanti kembali pada-Nya.

Aku rindu zaman diuji,
Zaman aku belajar menghargai,
Erti cinta, korban kedua orang tua,
Yang kala aku senang aku melupakan mereka,
Kala ku susah,
Tiada pernah mereka menjauh memisah.

Aku rindu zaman diuji,
Zaman ku kenal siapa sahabat siapa bukan,
Kala tawa menjemput ramai kenalan,
Tangis duka telah mengenalkanku pada teman perjuangan.

Aku rindu zaman diuji.
Sungguh, aku rindu.


Puisi Aku Rindu Zaman Diuji
[140513] Irbid,
Jordan.
Fatrah Final Exam.

credit to :  Afdholul Rahman 

 itulah fitrah insan ,..bila diuji itulah sebenarnya kasih dan rahmat Allah yang sentiasa bersama,..
berbaiklah sangka di setiap ujian menimpa,..insyaa Allah ada bahagiannya,..

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...