Friday, April 30, 2010

TeKnik kHusYuk daLaM SoLat....



1. Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (yang paling afdal ialah masjid).
2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.
3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
5. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.
6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar negeri..,,,,(sultan ke, menteri besar).
7. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.
8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup kita.
9. Menyedari bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak-geri kita.
11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat al-Quran dab segala zikir.
12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah al-Nas, selawat atas Nabi SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam bersolat.
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud.
16. Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat.
17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

Teknik di atas ana ambil daripada sebuah buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT... Ana ingin berkongsi sedikit ilmu drpd buku ataupun risalah lah lebih kurang ..karangan org indonesia....untuk mendapatkan khusyuk dalam solat beliau menyatakan ketika rukuk dan sujud,,.....hati kita dahulu memusatkan atau memfokuskan pada Allah...apabila hati kita sudah difokuskan pada Allah (merasakan jiwa seorang hamba iaitu menghina diri di hadapan Nya atau rendah diri).....kemudian barulah diteruskan dengan bacaan dalam rukuk dan sujud....bagi duduk diantara dua sujud pula,..kita perlu mengingati makna bacaan ketika duduk diantara dua sujud...apabila kita menghayatinya....insyaAllah ada kekhusyukkan di dalam solat kita,,...sebenarnya adalah sangat baik sekiranya kita mengetahui semua makna bacaan di dalam solat......melalui perkongsian ini,...ana dapat memperingati diri ini yang sering lalai dan alpa...insyaAllah bersama-samalah kita mempertingkatkan qualiti ibadah kita.....di dalam mencari keredhaan Nya..,,...

Thursday, April 8, 2010

SeseKali DiUji...

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

p/s: salam ana suka sangat lirik lagu ni...ia dapt memberi semangat....hayatilah lirik nie..=)

Perjuangan

Bismillah... Semasa perjalananku ke universiti, sempat aku mendengar bicara seorang ilmuan. Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 20...