Showing posts with label Sweet Moment. Show all posts
Showing posts with label Sweet Moment. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Kembara Sarjana Sem.I

Bismillah...

Assalamualaikum...

Entry kali ini saya just nak sharing about continuing study in master. Actually segan nak share, tapi kalau tak share macam rasa kurang, biasa lah blog saya ini lah tempat nak meluahkan, berkongsi dan sebagainya. Kalau saya kongsi,  mudah mudahan saya lebih semangat study dan kalian yang membaca juga dapat sesuatu. Inshaa Allah. Semoga dijauhkan dari rasa bangga diri, takbur dan sifat-sifat mazmumah yang lain. 

Pada mulanya ada niat hendak sambung belajar setelah tamat ijazah. Tapi bila fikir suatu perkara ini (kekangan) saya ingin tangguhkan niat dahulu. Entah la perasaan menjadi tidak menentu apabila sahabat-sahabat satu course menerima surat tawaran untuk sambung belajar. Masing-masing upload gambar surat tawaran. Perasaan jadi sedih sebab saya tak dapat lagi surat tawaran. Saya pun tak sure kenapa ada rasa seperti itu. Tak tahu nak describe,.. Kata-kata bawah ini saya luahkan...


Selepas saya hadiri konvokesyen adik saya, surat tawaran sampai hari khamis dengan keadaan basah sebab terkena hujan. Jumaat pakcik saya beri surat itu. Allahu... tak tahu nak kata apa. Alhamdulillah walaupun basah kan.. korang tengok tu..dari basah dan kering semula,.. dalam hati cakap errmm,..macam tiada rezeki sahaja...



Selepas itu, mulalah berbelah bagi sama ada hendak sambung study atau tidak. Abah cakap sukahati. Ibu pun sama. Istikharah la juga semoga Allah tetapkan yang terbaik buat diri. Isnin depannya ibu kata pergi jer... (sebab ibu tanya pandangan kawan-kawan dia..) all of them gave positive opinion. Agak sukar juga nak decide,.. saya pun menghubungi pensyarah semasa membuat Projek Sarjana Muda dahulu untuk menanyakan pandangan beliau. Maka, pastinya positif la. Pensyarah ada nyatakan pandangan untuk saya berfikir juga. Beliau galakan untuk menyambung pengajian. Alhamdulillah, pada 9 September 2013 saya berjaya mendaftarkan diri sebagai pelajar postgraduate. Sekali lagi sebuah perasaan yang tenang dan syukur teramat. InshaaAllah ini jalan terbaik untuk aku. Walaupun penat, pening, letih dan seumpamanya.. turun naik proses pembayaran, proses pendaftaran, proses pemohonan biasiswa dan sebagainya. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. 


Berlalunya Semester I, pelbagai perkara saya lalui. Sebuah suasana yang berbeza semasa zaman degree dahulu. Walaupun sama universiti. Entah lah..itu yang saya rasa. Bergaul dengan pelajar yang lebih dewasa. Pemikiran mereka lebih matang dan jelas. Saya yang setahun jagung ini baru nak memasuki dunia yang sebenar. Saya banyak belajar tentang bagaimana cara membuat penyelidikan yang lebih baik, bagaimana prosesnya, hadiri bengkel itu dan ini dan pelbagai lagi. Sejujurnya bukan mudah sesuatu yang baru kita terokai dan ia juga bukan mustahil untuk kita selidiki. Syukur alhamdulillah Allah hadirkan sahabat-sahabat yang membantu, pensyarah yang tidak jemu memberi kata-kata perangsang semangat. Namun, saya kira saya tidak berjaya menguruskan waktu saya sebaiknya. Mana tidaknya proposal kajian saya masih dalam proses pengambaraan lagi... (huhu,...Allahuakbar). Terukkan.. pensyarah saya cakap itu lah proses belajar, sabar.. usaha kena ada, fokus, bersungguh-sungguh. Pasti awak boleh. 

"Sabar itu kunci kepada kebijaksanaan"

Berkaitan dengan biasiswa, saya telah memohon dua biasiswa iaitu Mymaster (Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM) dan Zamalah (Biasiswa UTM). Zamalah perlu melalui proses interview manakala My Master tidak perlu. First time pergi interview untuk mohon biasiswa. Kecut perut juga lah.. hihi.. Alhamdulillah baik-baik sahaja. Cuma apabila disentuh isu pendidikan huhu,..hancur semua. Sebab rajin sangat menelaah surat khabar..hihi.. Dipendekkan cerita, saya mendapat tawaran kedua-duanya. Alhamdulillah.. Setelah dipertimbangkan, hati saya lebih kepada biasiswa MyMaster. Walaupun biasiswa diberikan hanya kepada yuran pengajian sahaja. Inshaa Allah, semoga pilihan ini yang terbaik.

9 Februari 2014 akan bermula Semester II.

 Allauakbar sungguh cepat masa berlalu. Saya akan meneruskan perjuangan dilapangan ilmu ini. Semoga Allah memberi saya kesungguhan dalam proses pengembaraan ilmu ini. Mohon sahabat semua mendoakan kejayaan saya menamatkan pengajian sarjana ini dengan jayanya. inshaaAllah aminn..


~Antara buku paling best untuk kajian saya~


"Berjuang dalam lapangan akademik menjadikan pendidikan sebagai senjata utama memerangi kejahilan, membina manusia yang ada common sense, dan membentuk manusia yang akan menyumbang pada kesejahteraan manusia sejagat,dunia dan akhirat"
 Hadi,2013 

'Wahai Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami, andai kami terleka tegurlah Allah, andai kami terbabas jangan dibiar lama Allah, andai kami bergelumang dengan noda pautlah kami dengan kasihMu. Wahai Allah, sesungguhnya Engkau la Maha atas segalanya. Terangkan hati kami dalam meniti kembara ilmu ini. Berilah kami kejayaan untuk menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dengan cemerlang. Kuatkan semangat kami dalam perjuangan ini'.

Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. 
Terima kasih sudi membaca.
Salam kasih sayang semua (^_^)

Tuesday, December 17, 2013

Teman!..apa khabar?


Lama kira aku tidak mendengar suara itu,
Suara teman berkongsi suka duka,
Lama juga tidak bersua muka,
Namun, sudi kira dia bertanya khabar bahagia.

Teman, ada di mana-mana,
Namun, siapa tahu deritanya dia,
Dan siapa tahu bahagianya dia,
Ramai orang berkongsi bahagia,
Sedikit Cuma yang berkongsi duka.

Banyak cerita dikongsi,
Walaupun dengan suara terputus sana sini,
Katanya terdetik di hati,
Hingga telefon dicari,
Untuk dengar berita diri.

Semoga ada manfaat,
Dari bicara ku entah apa-apa,
Mudah-mudahan terhindar dosa,
Semoga kita saling ingat-ingati,
Mati itu perkara yang pasti.

Terima kasih bertanya khabarku,
Moga ikatan kau dan aku,
Di atas jalan yang satu,
Ku kirim doa pada yang Satu,
Agar dirimu sentiasa dalam rahmat dan kasih Tuhan yang Satu.

Nurul Izzati Atan
171213
1550

UTM, JB

To Aimi
insyaaAllah ada ruang dan masa kita jumpa aimi,..semoga segala urusan aimi dipermudahkan...salam sayang dari zatiii... (^_^)

Sunday, November 17, 2013

Hari Jubah Aku!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Alhamdulillah ... diberi kesempatan untuk bersama teman-teman degree,... rindu sangat kat mereka,...
Saya kongsikan antara kenangan-kenangan manis ini,...

Semasa rehearsal 25 Oktober 2013... 






Bergambar kenangan bersama Dr Rohana Hamzah,... supervisor kami semasa Sem 7 & 8 .... iaitu projek Sarjana Muda,..  Fathin, Azizah, Shalini, Syakirah, Hajar dan Zafina,..
Ya Allah ,... rindu nya dekat mereka,...


Ni kek birthday Fathin dan Fina,... ini lah kali pertama dan terakhir kali sambut birthday sama-sama....birthday Fathin dan Fina 26/10/1990.... kenangan terindah ...Selamat Ulang Tahun Fathin dan Fina yang ke  23 tahun... Semoga diberi keberkatan usia untuk kalian... 



Gambar ini lah.. gambar pertama yang diambil selepas keluar dari DSI... Dewan Sultan Iskandar....
Dari kiri,..Hasmira, Hajar, Shalini, Zafina dan Syakirah.


Bersama Ibu dan Abah tercinta,... 



Ini pula ,...adik kesayangan ..Hafizudeen,... dia jer seorang yang datang ,..yang lain tidak berkesempatan,....
Moga kejayaan ku ini menjadi sumber inspirasi buat adik-adik ku yang lain,...



Abah testing Jubah konvo eh,...muat ok,...hihi,..mesti la muat,..besar kot jubah tu....tersenget-senget pakai,..sebelum naik pentas tu,..urusetia siap betul-betul kan jubah ni,...thank you akak urusetia... jasa mu dikenang,... (^_^)



Itu Masjid Sultan Ibrahim... MSI



Ceh ...main lambung-lambung pulak kan,... hihi...pernah tak terfikir kenapa gambar graduasi ,..sure ada gambar topi lambung,...ini pandangan saya la akan,..ia ibarat sebuah impian yang berjaya dicapai,..impian yang tinggi semasa di lambung,..dan di ambil apabila topi tu dapat semula....akhirnya impian berjaya,..lebih kurang macam tu agak nya,... 





Kami ambil gambar kat fakulti jer ni,.... depan bilik jahitan,... hihi,... 


Gambar-gambar di bawah adalah gambar pre-convo,...hihi,..ada gak pre eh,... mesti la,... alhamdulillah diberi kesempatan nak bergambar dengan diorang ini,...kami ambil pada 26 Oktober , sehari sebelum kami konvo 27 Oktober....

Antara teman-teman yang terlibat,....Zafina, Shalini, Syakirah, Aqilah, Hajar,... terima kasih juga buat adik kepada Hajar yang tolong ambilkan gambar kami ya,...









Gambar ini hanya perkongsian,...semoga kejayaan yang diperolehi ini mampu menjadikan kita insan yang dapat menyumbang bakti buat keluarga dan masyarakat,..hidup ini bukan hanya untuk suka-suka tetapi hidup ini sebuah amanah dan tanggungjawab kita sebagai hamba serta khalifah di bumi ini...
Meneruskan visi dan misi kearah kebenaran... insyaaAllah,...

Terima Kasih sudi membaca,...

Salam Kasih Sayang Semua,.. (^_^)

Monday, October 21, 2013

Konvokesyen MKM...

Bismillah,..
Assalamualaikum,...

Lama sangat dah tak update blog ni....berhabuk sangat dah,...huhu,...hari ini kembali semula insyaaAllah,..sekadar berkongsi kegembiraan,..macam-macam yang berlaku dalam kehidupan saya ini...itu lah manusia,..bukan hamba jika kita tidak diuji Allah,...bukan manusia jika tiada suka dan duka...

Hari ini nak cerita pasal my adik,..dia dah bergraduasi,...alhamdulillah,..saya berkesempatan untuk meraikan salah satu moment indah dalam hidup dia,.. ceh2...

Adik saya ini ambil Diploma Pengurusan Koperasi di Maktab Koperasi Malaysia... MKM..... tak silap akan dinaik taraf menjadi sebuah kolej,... saya tak pasti dah tukar nama ke belum.... MKM ini di Petaling Jaya...kos pengajian adalah dari Bank Rakyat... 

kalau dulu orang tanya.. adik belajar di mana.. saya cakap Maktab Koperasi Malaysia.. pastu orang cakap,..owh,..jadi cikgu,..eh..bukan-bukan,.. itu Maktab perguruan...sekarang IPG Institut Perguruan Guru... beza tau,...hihi,...

Alhamdulillah adik saya berjaya menamatkan pengajiannya selama 3 tahun....semoga dia terus berjaya dan meraih redha Allah,..jom la kita tengok- tengok gambar konvo Amirul Hakim ni ya,..

 ~Bersama sahabat sepengajian Amirul ,..tak pasti nama nya,..cuma tak silap dari negeri di bawah bayu.. Sabah ba....~

~Bonda & Ayahanda~

~Adik & Akak,....~




Semoga awak menjadi insan bermanfaat untuk ummah dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat,...ameen...

Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan,...pasti ada hikmah disebaliknya.. sabar dan jangan putus asa dengan rahmat Allah,..usaha dan terus usaha untuk menjadi hamba serta khalifah yang terbaik,...Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita semua...ameen...

Terima kasih sudi membaca ya.. (^_^)

Salam Kasih Sayang Semua,...


Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...