Thursday, February 18, 2010

AmaL mErawat peNyaKit HaTi




Assalamualaikum
Bismillah...

Ana nak berkongsi sedikit ilmu daripada buku yang ana pinjam daripada seorang sahabat ana, iaitu buku LANGIT ILAHI Tuhan Tidak Lupakan Kita penulisnya ialah Muhammad Hilal Asyraf Bin Abd Razak. Beliau menyatakan:
Kita tahu hati itu terdedah kepada penyakit. Kita juga tahu kita perlu menjaganya daripada sakit. Hal ini perlu diberi perhatian kerana hati yang sakit akan menjadi iman kita rapuh. Hati yang sakit tidak mampu menampung iman yang utuh. Kita juga tahu bahawa hati yang sakit lemah untuk melawan hasutan-hasutan syaitan. Namun demikian, kita juga tahu hati yang sakit itu boleh dirawat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya hati itu boleh berkarat seperti mana berkaratnya besi”. Maka para sahabat bertanya apakah yang boleh membbersihkan hati, Rasulullah SAW menjawab, “membaca al-Quran dan mengingati mati”.
Kita perlu kuat untuk membersihkan hati kita kerana hati kita sahaja tempat iman bertandang. Manakala, iman itu hanya boleh mengalir ke seluruh pacaindera kita apabila hati kita diselubungi iman. Jika hati rosak, iman akan tersekat dan tubuh menjadi lemah dengan dosa yang kita lakukan(penyebab kerosakan hati).
Ada beberapa amal kebaikan yang midah kita lakukan sebagai permulaan. Contohnya:
- Memberi salam
- Senyum
- sedekah seminggu seringgit
- mengutip sampah yang kita nampak
- membaca al-Quran sehari sedikit (if malas sangat, at least sehari satu ayat)
- berzikir
- berdoa (doa untuk rakan-rakan, keluarga dan diri)
- istighfar
- selawat keatas nabi
- jaga solat lima waktu
sekiranya anda istiqamah dalam melakukannya, insyaAllah hati akan terpelihara dan kehitaman hati akan tercuci. Buatlah kebaikan-kebaikan yang mudah ini terlebih dahulu. Kemudian, kekalkan prestasi dalam ibadah-ibadah ini seterusnya kita akan rasa untuk mempertingkatkan diri dengan menambah amal-amal yang lain.

Sesungguhnya, kemanisan hidup seorang hamba adalah apabila dia mendapat keredhaan Tuannya, maka kemanisan hidup kita adalah apabila Allah redha pada kita. Justeru itu kita perlulah berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Percayalah, jika kita menghampiri Allah selangkah, Allah akan menghampiri kita seribu langkah, jika kita berjalan mendekatiNya, maka Dia akan berlari dengan pantas mendekati kita .

Rawatlah hati, peliharalah ia, sesungguhnya hati itu bejana iman kita.

Wednesday, February 17, 2010

AdaB bErSaHabAt

Assalamualaikum.....
Bismillah...

Sahabat ana percaya semua mempunyai sahabat...samaada jauh ataupun dekat...bagi ana sahabat tidak boleh dicipta tetapi terbina dengan sendiri tanpa disedari....betul tak???
Ana nak berkongsi sedikit tentang adab bersahabat. Ana ambil ilmu ini daripada sebuah buku terbitan Telaga Biru yang bertajuk INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT dikarang oleh Dato’ Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid.

Banyak panduan telah diberikan oleh syrak dalam pemilihan sahabat ini. Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi: 28 yang bermaksud : “Dan janganlah engkau menurut orang yang telah kami lalaikan hatinya daripada mengingati kami, lalu ia mengikuti hawa nafsunya”.

Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
“seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan”.

Ayat-ayat ini menegah kita bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat.

Al-Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:

- Jika engkau memintta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
-Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
-Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Sayidina Ali k.m.h. pernah berkata:
“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu.”

Abu Sulaiman Al-Darani mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan:

i. Orang yang mudah kamu berurusan dalam kehidupan seharian.
ii. Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

Sememanhnya Allah SWT menegaskan betapa pentingnya dijalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang yang beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia yang dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, menyuruh manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran.

Inilah yang ditegaskan Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: Berpegang teguhlah dengan tali (agama) Allah bersama-sama dan janganlah pula berpecah-belah. (Surah Ali Imran:103)

Di samping itu, hak seseorang individu dengan sahabat itu meliputi beberapa bidang seperti hak dibidang harta, hak memberi bantuan rohani dan jasmani, hak memelihara lisan, hak mendoakan, hak memberi salam hak menepati janji dan lain-lain.

p/s : marilah bersama kita berfikir bagaimana kita hendak memilih sahabat dan dari segi apa yang dinilai.

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...