Posts

Showing posts from August, 2010

Murni Ramadhan..!!

Image
Bismillah  Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur yang tak terhingga dipangjatkan apabila program kemuncak kolej pada bulan ramadhan tahun ini sudah selesai. Pada program kali ini ana memegang jawatan Ketua Unit Makanan. Ini lah kali pertama ana memegang jawatan dalam hal mamam nie,...hehe....Agak mencabar sebenarnya jawatan ini tetapi alhamdulillah ana dapat melaksanakan dengan baik. Alhamdulillah dengan bantuan rakan-rakan sejawatan JKM, pengetua kolej, felo-felo serta pembantu-pembantu felo...sayang korang semua....
******************************************************
Sahabat semua,...mana tak nyer mencabar jawatan ini...as a KU...ana kene banyak berhubung dengan pengusaha-pengusaha kafe untuk berbincangan mengenai harga makanan....actually pada permulaannya program ini agak kurang bajet nya....alhamdulillah pada penghujungnya semua bajet dalam lingkungan.......
Bagi ana, apa yang boleh ana belajar dalam memegang jawatan di dalam unit makanan ini....(actually leh apply tok semua jawa…

Wahai Diri,..

Image
Assalamualaikum.... Bismillah....
alhamdulillah...pejam celik,..pejam celik,..da hari ke-10 ramadhan kita berpuasa.. Macam-macam yang berlaku pada diri ana hari ini,...
Wahai diri... Kau sedang berada di dalam bulan ramadhan, Janganlah engkau leka dan alpha, Dengan nikmat dunia yang hanya sementara, Rebutlah ganjaran yang telah Allah hidangkan sepanjang bulan ini.
Wahai diri... Kuatkan lah dirimu untuk melaksanakan semua perintah Tuhan mu, Jangan lah engkau mengeluh, Jangan biarkan dirimu tersengkur ke lembah hina, Sabarlah wahai diri untuk membina rumah di sana.. 
Wahai diri... Memang hidup ini tidak terlepas dari dugaan, Allah tidak menduga hambanya, sekiranya hambanya tidak mampu.
Wahai diri... Bangkitlah, Carilah redha Tuhanmu.... Usahalah dengan semampu-mampunya untuk mendapatkan ganjaran ramadhan kali ini, Kerana kejayaan hanya milik orang yang berusaha.
Wahai diri... Panjatkanlah doa kepada yang Esa, Agar kali ini adalah ramadhan yang teristimewa buatmu, Janganlah Engkau berputus asa, Kerana Allah Ma…

Istimewanya Ramadhan...

Image
Assalamualaikum....
alhamdulillah sempat juga ana nak post tok entry kali ni...asyik tertangguh je disebabkan kekangan yang tidak dapat dielakkan......

Diam tak diam kita sudah hampir ke bulan ramdhan ,....yang penuh dengan rahmatNya....
minggu lepas ana balik kg....ana terlihat di atas meja ada sebuah buku bertajuk 'Bingkisan Ramadhan' karangan Zuridan Mohd Daud....Ya Allah siapa  punyer buku la....nak baca sangat....rupa-rupa adik ana...then ana risik la nak baca blh..hehe...(sebab dia tak baca lagi)...dapat hadiah kata nya.....alhamdulillah di bagi jugak...so ana nak kongsi la kat entry kali...insyaAllah.....

Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi menjenguk kita. inilah musim di mana amal ibadah dilakukan dengan penuh kekhusyukan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran yang berlipat gandadaripada Allah SWT. Ini juga di mana pada pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja, kerana ramadhan ialah bulan limpahan ganjaran pahala yang penuh dengan kebaikan. inilah …