Assalamualaikum....
Bismillah....
alhamdulillah...pejam celik,..pejam celik,..da hari ke-10 ramadhan kita berpuasa.. Macam-macam yang berlaku pada diri ana hari ini,...
Wahai diri...
Kau sedang berada di dalam bulan ramadhan,
Janganlah engkau leka dan alpha,
Dengan nikmat dunia yang hanya sementara,
Rebutlah ganjaran yang telah Allah hidangkan sepanjang bulan ini.
Wahai diri...
Kuatkan lah dirimu untuk melaksanakan semua perintah Tuhan mu,
Jangan lah engkau mengeluh,
Jangan biarkan dirimu tersengkur ke lembah hina,
Sabarlah wahai diri untuk membina rumah di sana..
Wahai diri...
Memang hidup ini tidak terlepas dari dugaan,
Allah tidak menduga hambanya, sekiranya hambanya tidak mampu.
Wahai diri...
Bangkitlah,
Carilah redha Tuhanmu....
Usahalah dengan semampu-mampunya untuk mendapatkan ganjaran ramadhan kali ini,
Kerana kejayaan hanya milik orang yang berusaha.
Wahai diri...
Panjatkanlah doa kepada yang Esa,
Agar kali ini adalah ramadhan yang teristimewa buatmu,
Janganlah Engkau berputus asa,
Kerana Allah Maha Mendengar rintahan hambaNya.
Wahai diri...
Muhasabahlah selalu diri mu,
Agar engkau menyedari dimanakah dirimu sebenarnya,
Carilah...dampingilah hamba-hamba Allah yang rapat dengan Nya,
Kerana apabila diri mu melihat mereka pasti fikiranmu kepadaNya.
Wahai diri,
Bersyukurlah dengan ramadhan kali ini,
Engkau dipertemukan lagi,
Mungkin ini kesempatan terakhir.
Wahai diri...
Berusahalah tingkatkan iman di dadamu,
Ambillah peluang ramadhan ini sebagai bulan yang mentarbiah dirimu,
Jangan sekali-kali engkau meletakkan pergantungan melainkan hanya kepada Allah.
No comments:
Post a Comment