Saturday, August 7, 2010

Istimewanya Ramadhan...


Assalamualaikum....
alhamdulillah sempat juga ana nak post tok entry kali ni...asyik tertangguh je disebabkan kekangan yang tidak dapat dielakkan......

Diam tak diam kita sudah hampir ke bulan ramdhan ,....yang penuh dengan rahmatNya....
minggu lepas ana balik kg....ana terlihat di atas meja ada sebuah buku bertajuk 'Bingkisan Ramadhan' karangan Zuridan Mohd Daud....Ya Allah siapa  punyer buku la....nak baca sangat....rupa-rupa adik ana...then ana risik la nak baca blh..hehe...(sebab dia tak baca lagi)...dapat hadiah kata nya.....alhamdulillah di bagi jugak...so ana nak kongsi la kat entry kali...insyaAllah.....

Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi menjenguk kita. inilah musim di mana amal ibadah dilakukan dengan penuh kekhusyukan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran yang berlipat gandadaripada Allah SWT. Ini juga di mana pada pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja, kerana ramadhan ialah bulan limpahan ganjaran pahala yang penuh dengan kebaikan. inilah bulan di mana Allah SWT menurunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan menjadi garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan.

Ramadhan awalnya adalah rahmat, pertengahan adalah keampunan dan penghujungnya adalah pelepasan dari azab api neraka.

Nabi muhammad menyatakan kelebihan bulan melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :

"Apabila tibanya Ramadhan dibukakan pintu-pintu syurga, maka tertutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu."
Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim
apa yang dimaksudkan dalam hadis di atas dengan 'pintu-pintu syurga dibuka' , ialah tawaran ganjaran yang berlipat kali ganda bagi mereka yang beribadah sebagai galakan agar sentiasa meningkatkan amalan mereka. Maksud 'pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu' adalah kerana naluri keinginan syahwat bagi mereka yang beriman akan berkurangan dan menyebabkan maksiat di kalangan mereka pun berkurangan kerana syaitan tidak mampumenghasut mereka. ini menjadi pendinding dari dihumbankan ke dalam api neraka.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi Muhammad SWT telah bersabda yang bermaksud :


"Diberikan kepada umatKu lima kelebihan yang tidak diberikan kepada umat terdahulu, (iaitu) mulut orang yang berpuasa lebuh harum baunya di sisi Allah daripada bau kasturi. Para malaikat memohon keampunan untuk mereka sehingga mereka berbuka puasa. setiap hari pula Allah sentiasa menghiasi syurga dan berfirman :" sedikit masa lagi hamba-hambaKu yang soleh akan terlepas dari mereka beban yang kesakitan dan mereka akan menuju ke dalam mu (syurga). Para syaitan pula digari dan mereka tidak mampu melakukan apa yang boleh mereka lakukan pada waktu lain. kemudian mereka semua (orang berpuasa) akan diampunkan hingga ke akhir malam." Ditanya kepada baginda SAW,"Wahai Rasulullah apakah ia malam lailatulqadar?" Jawab Baginda, "Tidak , tetapi orang yang beramal akan diberi ganjaran jika laksanakan amalannya." Diriwayatkan Imam Ahmad dalam Musnad.

Berdasarkan hadis diatas, terdapat pelbagai keistemewaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW. Khususnya pada bulan ramadhan yang mulia ini dan antara keistemewaan tersebut ialah seperti berikut:

  1. Mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT dari bau kasturi. perkataan Khuluf bermaksud perubahan bau mulut apabila perut kosong. Baunya memang busuk pada orang ramai tetapi pada sisi Allah sangat harum, kerana ia adalah hasil dari melaksanakan ibadah kepada Allah SWT. setiap perkara yang terhasil dari ibadah kepada Allah adalah sangat disukaiNya. Seperti contoh orang yang mati syahid. Dia dikebumikan dengan kesan darah kerana pada hari kiamat, darah itu akan mengalir dan baunya harum sebagai bukti kesyahidannya mempertahankan agama Allah. Dalam ibadah haji pula,Allah SWT berbangga dengan jemaah haji tubuh mereka kotor berdebu lalu Allah berfirman (hadis Qudsi) :  maksudnya : "Lihatlah hamba-hambaku, mereka datang kepadaKu dalam keadaan berdebu". Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban di dalan kitab sahihnya.
  2. Para malaikat  memohon keampunan untuk mereka hingga waktu berbuka puasa. Pastinya doa para malaikat akan diperkenankan Allah, kerana mereka tidak pernah membuat maksiat malah mereka sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Mereka diberikan tugas mendoakan kaum muslimin yang terdiri dari kalangan umat yang sedang berpuasa sebagai tanda keistimewaan kedudukan umat Nabi Muhammad SAW.
  3. Allah sentiasa menghiasi syurga setiap hari sebagai persiapan menyambut kehadiran orang yang berpuasa dan sebagai galakan agar mereka berusaha menambah amal ibadah pada bulan ini. mereka juga akan dilepaskan dari beban dan kesusahan di dunia seterusnya mudah melaksanakan segala macam ibadah.
  4. syaitan digari dengan rantai menyebabkan mereka tidak boleh mengganggu orang-orang yang soleh. ini merupakan bantuan dari Allah kepada mereka, di mana Dia mengurung musuh umat manusia yang mengajak mereka ke lembah neraka. Justeru, ketika datangnya ramadhan, akan tmbullah keinginan beribadah yang tinggi.
  5. Allah SWT mengampuni dosa org yang berpuasa pada setiap hujung malam di bulan ini. sekiranya mereka bangun mengerjakan ibadah, bertaubat, bermunajat kepadaNya serta melaksanakan ibadah puasa di siang hari dengan penuh kekhusyukan. mudah-mudahan kita tergolong dalam hamba yang menyambut ketibaan ramadhan dengan penuh kegembiraan. 
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Menyuruh kepada yang makruf, mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli kitab neriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka di antara mereka yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq"
(Surah Ali Imran:110)

Demikianlah keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan ramadhan yang seharusnya menjadi satu galakan kuat kepada umat Islam agar bertungkus-lumus dan berlumba-lumba mengejar pahala seperti dijanjikan pada bulan yang mulia ini. Marilah kita bersama-sama berdoa, agar Allah menetapkan hati semua supaya terus istiqamah, beribadah dan beramal kepadaNya. 

p/s : selamat menyambut ramadhan ,...semoga ramadhan kali ini dapatlah kita bersama-sama merebut peluang yang diberi Allah sepanjang bulan yang penuh dengan rahmat Allah ,..insyaAllah.....


No comments:

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...