Tuesday, December 3, 2019

Emosi seorang Ibu

Bismillah

Hai semua, happy holiday....

Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara dan ada juga yang berjalan di dalam negara. Alhamdulillah semoga segala urusan kalian dipermudahkan.
Sebenarnya dalam hati ini Zati cemburu tau kawan-kawan dapat jalan sana sini πŸ€ͺ.

Dua minggu awal cuti ini Zati stay di rumah jer. Ada beberapa urusan pembelian rumah baru inshaAllah. Mohon doa kalian juga ya dipermudahkan. Beli rumah salah satu impian 2019 🀲🏻. Alhamdulillah.

Apa-apa yang berlaku dan berjalan dalam kehidupan kita, kita syukuri. Syukur inshaAllah Allah akan tambah lagi. Ok lah kalau kita bina fikiran negatif, maka negatif la kita dapatkan.

Apa yang boleh kita buat jika diri kalian macam Zati ini. Kerjaya sendiri seorang guru manakala suami pula kerja swasta kan. Masa cuti ini lah kita bina hubungan dengan anak-anak lihat mereka membesar. Ada orang memilih untuk isi masa dengan pelbagai aktiviti. Ada seorang sahabat ini kongsikan seorang ibu menjaga anak perlu penuhi tangki emosi diri dia dahulu. Sangat penting. Bila emosi ibu sihat inshaAllah emosi anak-anak akan bahagia. Salah satu cara Zati penuhi tangki emosi zati dengan mengemas rumah bila rumah kemas sahaja tenang la Zati πŸ˜„. Makan pun ia juga. Menulis macam ini juga bagi zati tenang. πŸ˜† Setiap kita berbeza nak tenang kan.

Zati nak kongsikan telegram yang Zati follow dan suka sangat membaca tips dari Taufik Razif ini.
Kalian jangan la rasa berat nak install telegram, best tau telegram ni banyak manfaat.

😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀
Nak Jadi Ibu Yang Tenang?
😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩

Perkara paling pertama kena buat adalah :

πŸ‘‰ Kena ada Emotion Awareness dulu

Apa tu Emotion Awareness?

πŸ’₯Kita akur yang dalam diri kita ada emosi negatif dan juga positif

πŸ’₯Kita sedar yang kita belum jadi ibu yang tenang

πŸ’₯Kita tahu apa je pemicu emosi negatif dalam diri kita

πŸ’₯ Tahu jenis Self Talk yang kita guna tiap hari

πŸ’₯Dan banyak lagi

Jom belajar jadi Ibu yang lebih positif & tenang setiap hari

Klik link ni untuk ke Channel Telegram Nota Parenting πŸ‘‰ t.me/NotaTaufiqRazif

Moga bermanfaat buat semua.

Salam Sayang.
Johor Bahru.
10:55 
3December 2019

No comments:

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...