Sunday, October 18, 2009

MaNa mILik KitA

Saya amat suka pada lirik lagu ini.kerana message yang disampaikan sangat baik....apa yang kita ada di muka bumi ini bukanlah milik kita...tetapi hanyalah pinjaman....marilah kita bersama bermuhasabah diri daripada lagu ini...semoga kita mendapat hidayah dan petunjuk dari NYA...


MANA MILIK KITA(RABBANI)

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

10 wasiat HASSAN AL-BANNA

1. segerakan solat kerana ia mendidk diri kepada taqwa dan disiplin.
2. bacalah al-Quran kerana ia melembutkan hati dan menyegarkan jiwa.
3. bertutur dengan bahasa yang jelas kerana ia membawa keberkesanan kepada dakwah.
4. jangan terlalu banyak berdebat kerana ia menghapuskan kemesraan sesama mu'min.
5. jangan terlalu banyak ketawa kerana ia menjadikan hati keras dan tidak sensitif.
6. jangan terlalu banyak bergurau kerana ia boleh menyebabkan lalai dalam perjuangan.
7. jangan bersuara lebih kuat daripada yang diperlukan kerana ia boleh menjadikan pendengar jemu dan bosan.
8. jangan mengumpat kerana ia dosa dan perosak kepada perhubungan yang baik sesama mu'min.
9. kembangkan ta'ruf kerana ia meningkatkan kemesraan dan boleh membina medan-medan dakwah yang luas.
10. kewajipan lebih banyak daripada waktu oleh itu jagalah waktu dan bantulah orang lain untuk memanfaatkan wakru mereka.

Perjuangan

Bismillah... Semasa perjalananku ke universiti, sempat aku mendengar bicara seorang ilmuan. Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 20...