Friday, March 4, 2011

Menu Kanak-Kanak,...

Bismillahirrahmanirahim...
Assalamualaikum,...
entry kali ini ana nak tunjukkan menu-menu untuk kanak-kanak,....ini adalah hasil dari mini catering course ana,..teknologi serta pendidikan kemahiran hidup...subjek penyediaan makanan...setiap minggu kami akan membuat mini catering,..dan kami akan mencari pelanggan untuk memakan makanan kami,...hanya RM5 untuk setiap menu,.....seronak kan,...alhamdulillah semua berjalan lancar,......terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menjadi pelanggan kami,....




~Continental Pan Fried Chicken~

~Puding Cocktail Buah-buahan~

 ~Ayam Goreng Tauhu Jepun~

~Makaroni Carbonara~

~Orange Jelly Cocktail~

ana bagi tgk gambar tapi tak bagi recipe ea,...hehehe,.,..sesiapa yang nak recipe boleh email ana ya,..cahayahati_libra90@yahoo.com........insyaAllah ade kelapangan ana masuk kat studio24kod9 nie,.....dan bagi student UTM JB,...blh la nak book makan kat restoran kami,...(@_@),....bertempat di Restoran Bunga Lawang, Fakulti Pendidikan UTM, JB....setiap hari selasa , 4.00-4.30 ptg......
....
....
....
bagi minggu ini pula,..bertemakan vegetarian,....bagi sesiapa berminat sila email ana,...cahayahati_libra90@yahoo.com....siapa cepat dia dapat ,..insyaAllah sedap dan berbaloi la,.....

Wednesday, March 2, 2011

Siapakah???...

Bismillahirahmanirahim,...
Alhamdulillah , syukur atas nikmat yang dikurniakan,....da lama ana tak update studio24kod9 nie,....
entah la rasa tak bersemangat nak post new entry,.....ana nak kongsi sikit dari pembacaan kat facebook,....dan marilah kita bermuhasabah diri ini,...siapakah diri kita,...bagaimanakah kita,....adakah iman kita makin berkurang atau bertambah......walaupun kita sibuk macam mana pun,..ingat tujuan kita hidup di dunia,....untuk mencari redha ALLAH,...(peringatan buat diri yang sering alpha)..jom kita baca jom,...(^_^)

SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti Kerajaan Nabi Sulaiman a.s

SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata,"INNA LILLAHI WAINNA ILLAIHI RAJIUUN". Lalu sambil berkata," Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini," sambil mengukir senyuman.

SIAPAKAH ORANG YANG KAYA?
Orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN?
Orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

SIAPAKAH ORANG YANG RUGI?
Orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?
Orang yang mempunyai akhlak yang baik.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?
Orang yang mati membawa amal-amal kebajikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT LAGI DIHIMPIT?
Orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?
Orang-orang yang menghuni syurga kelak yang menggunakan akalnya semasa di dunia untuk menghindari seksa neraka.

SIAPAKAH ORANG YANG KEDEKUT?
Mereka yang tidak menyampaikan pesan RASULULLAH walaupun satu ayat...

p/s : sebar-sebarkanlah,....(^_^)

Perjuangan

Bismillah... Semasa perjalananku ke universiti, sempat aku mendengar bicara seorang ilmuan. Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 20...