Wednesday, March 2, 2011

Siapakah???...

Bismillahirahmanirahim,...
Alhamdulillah , syukur atas nikmat yang dikurniakan,....da lama ana tak update studio24kod9 nie,....
entah la rasa tak bersemangat nak post new entry,.....ana nak kongsi sikit dari pembacaan kat facebook,....dan marilah kita bermuhasabah diri ini,...siapakah diri kita,...bagaimanakah kita,....adakah iman kita makin berkurang atau bertambah......walaupun kita sibuk macam mana pun,..ingat tujuan kita hidup di dunia,....untuk mencari redha ALLAH,...(peringatan buat diri yang sering alpha)..jom kita baca jom,...(^_^)

SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti Kerajaan Nabi Sulaiman a.s

SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata,"INNA LILLAHI WAINNA ILLAIHI RAJIUUN". Lalu sambil berkata," Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini," sambil mengukir senyuman.

SIAPAKAH ORANG YANG KAYA?
Orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN?
Orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

SIAPAKAH ORANG YANG RUGI?
Orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?
Orang yang mempunyai akhlak yang baik.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?
Orang yang mati membawa amal-amal kebajikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT LAGI DIHIMPIT?
Orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?
Orang-orang yang menghuni syurga kelak yang menggunakan akalnya semasa di dunia untuk menghindari seksa neraka.

SIAPAKAH ORANG YANG KEDEKUT?
Mereka yang tidak menyampaikan pesan RASULULLAH walaupun satu ayat...

p/s : sebar-sebarkanlah,....(^_^)

No comments:

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...