Posts

Showing posts from January, 2014

Mat Tonoi Dalam Kenangan

Image
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..
Pagi ini mendapat perkhabaran tentang kematian seorang insan istimewa. Semasa saya kecil dahulu. Saya dan keluarga tinggal di sebuah kampung iaitu Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati, Ledang, Johor. Saya bersekolah rendah di sana dari tadika hingga darjah enam. Banyak kenangan tercipta bersama sahabat-sahabat dan warga kampung amnya. 
Berbalik kepada kisah insan istimewa itu. Kisahnya yang setakat saya tahu. Beliau seorang anak yang sangat pandai. Namun apabila mengalami demam panas, beliau menjadi tidak ciuman. Walaupun beliau begitu, seluruh warga kampung tidak pernah memulaunya. Beliau senang dengan kehidupannya begitu. Beliau suka berjalan-jalan dan itulah aktiviti beliau setiap hari. Sehingga umur saya menjangkau 24 tahun ini, saya masih mengingati raut wajah dan nama beliau "MAT TONOI".  Nama sebenarnya adalah Manan@Md Nor Bin Manaf.
Pada tanggal 22 Januari 2014 ini, telah perginya seorang insan istimewa ini menghadap Penciptanya.…

Muslimah Itu

Image
Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti, Terkadang juga minum berdiri, Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi, Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri, Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.


Muslimah itu, Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi, Terkadang air matanya menitis laju tak terperi, Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi, Terkadang rasa marah menguasai diri, Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.


Muslimah itu, Adalah manusia biasa, Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia, Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba, Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya, Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa Kerana apa? Kerana dia juga manusia biasa. Apa-apa pun, Yang pastinya,


Muslimah itu, Sentiasa bangkit bila terjatuh, Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk, Sentiasa cuba untuk improve diri, Dari semasa ke semasa tanpa he…

Tahun 2014

Image
Bismillahhirrahmanirrahim
Entry ini merupakan entry pertama pada tahun 2014 ini,..apa khabar sahabat-sahabat sekalian,..harapnya kalian sentiasa di dalam keadaan yang baik-baik hendaknya. Setiap kali masuk tahun baru, tidak kira samaada tahun baru hijrah atau masihi, pasti azam baru juga dipasang. Matlamat apa yang ingin dicapai, impian apa yang ingin direalisasikan dan sebagainya. Yang pastinya impian atau matlamat itu pasti yang terbaik buat diri kita bukan.
Pada hemat saya, azam amat penting dalam diri setiap manusia. Perancangan yang baik perlu dilakukan agar kehidupan kita terarah dan bermatlamat. Cuba bayangkan hidup kita tiada perancangan apa-apa. Pergi ke sana ke mari juga tiada matlamat. Maka, sia lah kehidupan kita. Adik-adik yang ke sekolah juga tahu mengapa pergi ke sekolah, adalah untuk belajar. 
Namun begitu, matlamat atau visi ini sering kali kita terlupa jika kita tiada sesuatu motivasi dalam diri untuk pastikan tindakan yang kita lakukan sentiasa fokus untuk mencapai mat…