Posts

Showing posts from May, 2017

Adakah Kita Sanggup Ramadhan Berlalu begitu sahaja?

Sanggupkah kita melihat ramadhan berlalu begitu sahaja. Tepuk dada tanya lah iman. Penulisan ini bukanlah hendak ditujukan kepada pihak tertentu. Ia lebih kepada ingatan buat diri sendiri dan rakan-rakan sahabat pembaca semua. Kebiasaan kita yang biasa-biasa ini, selepas bersahur, kita akan tertidur (sengaja atau tidak) kita akan melayan sahaja rasa mengantuk itu. Walhal, kita mampu sahaja melawan dengan melalukan aktiviti yang tidak mengantuk. Tapi tahap kesedaran kita kurang. Rasa nak beribadah lebih tu kurang. Allahu ...  
Tidak malukah kita pada Pencipta, setiap apa sahaja kurnia diberi. Nikmat kesihatan, nikmat rasa makanan dan macam-macam lagi nikmat. Persoalannya bersyukurkah kita. Allahu.....
Ayuh teman, tunggu apa lagi... bulan yang kita tunggu-tunggu hanya setahun sekali. Rebutlah peluang keemasan ini, orang lain sibuk hendak mengatamkan Quran tapi kita. Quran tak buka lagi. Quran kita tenung sahaja dari jauh. 
Orang lain tak boleh ubah diri kita. Kita yang ubah diri kita s…

Aku Tidak Berdaya

Kehidupan bukan semudah yang disangka, Kehidupan punyai laluan yang penuh liku, Andai kau fikir kehidupan itu indah sungguh kau silap, Ia akan indah jika kau meletakkan Tuhan itu teragung.
Jika kau mencari bahagia, Sungguh bahagia itu tiada di dunia, Bahagia di dunia hanya sementara, Sementara dan tidak pasti, Pemilik bahagia pastinya meletakkan sepenuh cinta kepada Tuhan.
Jangan kau meletakkan harap pada manusia, Sungguh manusia itu tidak punya apa, Hanya mampu berbangga dengan raut wajah sementara, Walhal kudrat juga Tuhan yang punya.
Jika Tuhan tidak menggerakkan, Pastinya manusia tidak berdaya, Apa yang difikirkan semua dengan izin dari Dia, Kita hanya mampu berusaha sedaya upaya.
Jika Tuhan tidak beri, Kita hanya mampu termenung menginsafi, Kesilapan kejahilan diri, Andai kita tahu dan sedar akan buruknya diri.
Namun, Tuhan tidak sekejam kita, Dia penuh dengan sifat kasih dan sayang, Sedarilah ujian yang diberi bukan untuk Dia, Tetapi untuk kita sedar akan kewujudan Dia, Agar kita sedar Dia lah yang…