Aku Tidak Berdaya

Kehidupan bukan semudah yang disangka,
Kehidupan punyai laluan yang penuh liku,
Andai kau fikir kehidupan itu indah sungguh kau silap,
Ia akan indah jika kau meletakkan Tuhan itu teragung.

Jika kau mencari bahagia,
Sungguh bahagia itu tiada di dunia,
Bahagia di dunia hanya sementara,
Sementara dan tidak pasti,
Pemilik bahagia pastinya meletakkan sepenuh cinta kepada Tuhan.

Jangan kau meletakkan harap pada manusia,
Sungguh manusia itu tidak punya apa,
Hanya mampu berbangga dengan raut wajah sementara,
Walhal kudrat juga Tuhan yang punya.

Jika Tuhan tidak menggerakkan,
Pastinya manusia tidak berdaya,
Apa yang difikirkan semua dengan izin dari Dia,
Kita hanya mampu berusaha sedaya upaya.

Jika Tuhan tidak beri,
Kita hanya mampu termenung menginsafi,
Kesilapan kejahilan diri,
Andai kita tahu dan sedar akan buruknya diri.

Namun,
Tuhan tidak sekejam kita,
Dia penuh dengan sifat kasih dan sayang,
Sedarilah ujian yang diberi bukan untuk Dia,
Tetapi untuk kita sedar akan kewujudan Dia,
Agar kita sedar Dia lah yang memberi segala,
Dia pemilik diri kita.
050517
1302

Comments

Popular posts from this blog

cikgu!...Selamat Hari Guru

Perancangan Majlis Walimah

Keluar Dari Zon Selesa