Posts

Showing posts from March, 2013

Itu Masa

Image
Itu masa Sebuah amanah yang besar, Sia-sia dibiar hilang, Saat itu tidak kembali dengan saat yang sama, Waktu itu tidak akan kembali dengan waktu yang sama, Andai ia hilang sia, maka rugilah kita.
Itu masa, Terasa singkat, Dirasakan setahun seperti sebulan, Sebulan dirasakan seminggu, Dan seminggu dirasakan sehari, Benar bicaramu Ya Rasulallah.
Itu masa, Aku takut akan hilangnya, Kerana kelak aku ditanya akan gunanya, Tapi, aku sering alpa dengan pergi nya begitu saja.
Itu masa, Pintalah kepada pemilik nya, Agar engkau diberi daya untuk menakluki nya, Kerana engkau hambaNya yang tiada apa-apa, Hidup mati hanya bergantung harap semata-mata padaNya.
Ayuh diri! Itu masa emas, Barangkali bukan emas, ia nyawa. Eratlahnya sebaiknya agar jalanmu disusuri redha dariNya.
Nurul Izzati Atan 260313 0100 KTF



Semester 8

Image
Assalamualaikum....
Rasa nya agak lambat untuk saya menceritakan tentang semester 8 ini kerana sekarang sudah masuk minggu ke 7 kuliah....tetapi  saya nak kongsi kan juga....(^_^) alhamdulillah...syukur...seperti tidak percaya sudah 8 sem. saya menuntut di bumi UTM.............
Semester ini saya mengambil 7 subjek utama iaitu 
TEKNOLOGI PEMBUATAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN II AGROTEKNOLOGI  ASAS PENGURUSAN INOVASI & PENGELUARAN PRODUK PENGAJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR PROJEK SARJANA MUDA II
agak mencabar subjek-subjek ini..maklumlah da akhir....kekadang saya terfikir...terutama subjek automotif...huhu.....Ya Allah kenapa aku kene belajar automotif...kurang minat secara jujur nya....minat itu perlu tanam.... itu lah ilmu...dari tidak tahu kepada tahu...tidak faham kepada faham...insyaa Allah sentiasa perbetulkan niat kerana itu ilmu Allah...insyaa Allah ia sangat bermanfaat bagi hamba yang mahu berfikir...so positif....!!
~Ini lah suasana di dalam bengkel automotif....~

Agrote…

Buat mu Teman

Image
Teman Kehidupan sememangnya dipenuhi dengan liku-liku Tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji Ambil lah pengajaran di sebalik ujian yang Allah beri
Teman Kekadang kita merasakan diri kita lah yang terbaik, terhebat Kita lupa akan sebuah kuasa yang Maha Luas Sebuah kuasa yang infiniti yang tiada pengakhiran Kita mudah lupa diri Kembali lah mengingati diri akan seorang hamba di muka bumi
Teman Jangan sesekali engkau mencari buruk insan lain Jangan engkau mudah rasakan engkau cukup nilai insani Takut-takut buruk itu akan menempel pada dirimu kembali Sedar lah tiada insan yang sempurna di muka bumi Berkasih sayang lah hidup dipersinggahan ini
Teman Andai engkau mudah berkecil hati, mudah terasa hati Sedarlah, jiwa mu belum cukup besar Hati mu belum kenal erti jatuh bangun Usahlah dilayan akan rasa itu Kelak memakan dirimu

Teman Seringlah kau mengkoreksi Melihat akan kelemahan diri Baiki lah dalaman jiwa yang sering tewas dengan duniawi Andai engkau diuji lihatlah dirimu kembali Usah menudin…