Wednesday, May 15, 2013

cikgu!...Selamat Hari Guru

Bismillah....

Assalamualaikum.....

Dikesempatan masa yang tak berapa nak sempat ini,..kesibukan final semester ini....ada suatu tarikh keramat yang tidak dapat dilupakan. setiap tahun pasti sambutannya meriah...iaitu 

Hari Guru

Setahun yang lalu aku menyambut hari guru sebagai seorang guru praktikal di SMK Tun Perak Muar....kebahagiaan yang tidak dapat di gambar apabila berarak bersama-sama guru-guru yang pernah mengajar aku dahulu....










tersangat merindui zaman praktikum,...love them kerana Allah...
Ucapan selamat hari guru buat semua yang pernah menyampaikan ilmu kepada ku dan buat semua insan bergelar pendidik...Moga kalian sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah,..teruskan berjuang di dalam penyampaikan ilmu Allah,...




Aku Rindu Zaman Diuji


Aku rindu zaman diuji,
Meski air mata mengalir laju di pipi,
Namun itu lebih kusukai,
Dari zaman aku hidup lalai,
Bersukaria dan Tuhan pun mula aku lupai.

Aku rindu zaman diuji,
Zaman ku sentak jiwa,
Terjaga dari panjangnya lena,
Mengingatkan diri pada fananya dunia,
Bahawa aku perlu lekas bersedia
Sebelum nanti kembali pada-Nya.

Aku rindu zaman diuji,
Zaman aku belajar menghargai,
Erti cinta, korban kedua orang tua,
Yang kala aku senang aku melupakan mereka,
Kala ku susah,
Tiada pernah mereka menjauh memisah.

Aku rindu zaman diuji,
Zaman ku kenal siapa sahabat siapa bukan,
Kala tawa menjemput ramai kenalan,
Tangis duka telah mengenalkanku pada teman perjuangan.

Aku rindu zaman diuji.
Sungguh, aku rindu.


Puisi Aku Rindu Zaman Diuji
[140513] Irbid,
Jordan.
Fatrah Final Exam.

credit to :  Afdholul Rahman 

 itulah fitrah insan ,..bila diuji itulah sebenarnya kasih dan rahmat Allah yang sentiasa bersama,..
berbaiklah sangka di setiap ujian menimpa,..insyaa Allah ada bahagiannya,..

Thursday, May 9, 2013

Tangisan

Tangisan buat aku lapang
Tika ia ditahan 
Terasa perit teramat
Tidak tahu datang dari mana
Mungkin tandusnya cinta pada Tuhan

Pabila bersujud padaNya
Menadah tangan
Aku lemparkan semua rasa dalam ungkapan doa

Terasa hilang
Aku lepas segala tangisan
Mungkin kekhilafan diri insan dalam harungi dunia

Indahnya rasa cinta Tuhan itu
Tidak dapat aku gambar
Dipukul perasaan cinta dan kasih Nya

Bersama Mu Tuhan 
Indah itu masa
Engkau tidak pernah meninggalkan aku walau seketika
Tapi aku sering alpa dalam tipuan dunia 

Hanya pada Mu Tuhan 
Aku harapkan cinta....


Nurul Izzati Atan
090513
19:02
UTMJB

Wednesday, May 1, 2013

Ajak saya keluar?!..

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum...

alhamdulillah,..masih diberi kekuatan untuk terus berada dijalanNya,..apa khabar kalian semua,...harapnya semua baik-baik ya,..sempat la ...saya melihat satu post dari seorang insan hebat berkaitan cinta di facebook,..tertarik saya nak membacanya....

Jom kita baca post dari beliau,..


Sedikit motivasi untuk adik-adik yang sedang diuji dengan cinta :

Kerapkali kita didesak untuk mentafsirkan cinta dengan perbuatan kita, sedang ia cuma dorongan rasa yang kita sendiri keliru tentangnya.

Bila dia ajak berbual di telefon, sedangkan tiada apa perkara penting yang hendak dibincang dengannya, maka anda mengelak atau menolak. Dia mungkin marah, atau kecewa, atau merajuk, tetapi anda perlu yakin bahawa itulah cara sebenar mempertahankan cinta, jika ada ikhlas antara anda dan dia.

Bila dia ajak berjumpa, tanpa mahram yang ikut serta, diminta pula mengikutnya ke sini sana, maka anda membantah dan memberi saranan yang lebih selamat untuk anda dan dia ( agar Syaitan tidak menjadi pihak ketiga ). Dia mungkin marah, kecewa, atau merajuk dengan anda, tetapi yakinlah bahawa itulah cara terbaik untuk anda menjaga maruah dan ketinggian nilai cinta, jika benar nilai itu dihormati oleh anda dan dia.

Bila dia berjaya pujuk anda keluar bersama buat pertama kali, ataupun anda dan dia terlalai seketika dari menjaga hubungan yang sepatutnya masing-masing peka akan batasnya, maka anda pun meminta untuk mengambil sedikit masa berhenti berhubungan atau berjumpa, atau mengajaknya kembali bertaubat dan perbetulkan semula perhubungan pada landasannya. Dia mungkin bersikap acuh tak acuh, atau kurang setuju dengan anda, atau masih tegar merasakan apa yang berlaku masih 'okey' dan 'biasa sahaja' di kalangan orang yang sedang bercinta, tetapi yakinlah dengan menjauhinya seketika dan kembali memperbetulkan halatuju dan niat semata-mata kerana-Nya, itulah sebaik-baik cara untuk anda menjadikan sorak tawa syaitan kembali berkalut hiba.

Ada ketikanya anda diugut untuk ditinggalkan. Ada ketikanya anda dituduh tidak serius dengan perhubungan. Ada ketikanya dia mengeluh ketegasan anda itu 'kaku' lagi membosankan. Ada ketikanya dia melenting apabila ditegur dan diberi peringatan.

Yakinlah bahawa anda di pihak yang benar. Cinta di hati anda itu benar, namun cara yang diajak olehnya itu salah lagi bathil. Justeru sudah tentulah mempertahankan suatu yang suci dari dicemari oleh kemabukan nafsu itu lebih bermakna atas nama cinta, daripada membiarkannya hanyut atau bersama-sama mengotorinya dengan memperjudikan nama cinta.

Jika benar akhirnya anda ditinggalkan, yakinlah bahawa Allah tidak pernah meninggalkan anda. Bahkan saat anda ditinggalkan itu, sebenarnya adalah saatnya Allah menunjukkan kasih sayang-Nya Yang Maha Agung kepada anda. DIA telah menyelamatkan anda dari hanyut dengan keseronokan yang sementara. DIA juga telah menunjukkan kepada anda bahawa yang dalam hati anda itu namanya cinta, sedang perbuatan maksiat yang anda tolak itu namanya nafsu.

Sehebat-hebat kasih sayang manusia, hebat lagi kasih sayang Allah kepada kita. Orang yang ikhlas Allah sayang, Allah akan sentiasa tolong. Moga Allah merahmati setiap jiwa yang sedang bermujahadah mempertahankan kesucian cinta mereka, dari tersungkur di pintu maksiat dan dosa.

Amin.


Moga kalian mendapat manfaat ya....kalau korang nak lagi motivasi cinta Bersyari'at ini ,..meh klik kat sini...
myilham ....

Semoga hari-hari kita sentiasa di dalam redha dan kasih sayang Allah,..
terima kasih sudi membaca...(^_^)

Perjuangan

Bismillah... Semasa perjalananku ke universiti, sempat aku mendengar bicara seorang ilmuan. Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 20...