Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum...
alhamdulillah,..masih diberi kekuatan untuk terus berada dijalanNya,..apa khabar kalian semua,...harapnya semua baik-baik ya,..sempat la ...saya melihat satu post dari seorang insan hebat berkaitan cinta di facebook,..tertarik saya nak membacanya....
Jom kita baca post dari beliau,..
Sedikit motivasi untuk adik-adik yang sedang diuji dengan cinta :
Kerapkali kita didesak untuk mentafsirkan cinta dengan perbuatan kita, sedang ia cuma dorongan rasa yang kita sendiri keliru tentangnya.
Bila dia ajak berbual di telefon, sedangkan tiada apa perkara penting yang hendak dibincang dengannya, maka anda mengelak atau menolak. Dia mungkin marah, atau kecewa, atau merajuk, tetapi anda perlu yakin bahawa itulah cara sebenar mempertahankan cinta, jika ada ikhlas antara anda dan dia.
Bila dia ajak berjumpa, tanpa mahram yang ikut serta, diminta pula mengikutnya ke sini sana, maka anda membantah dan memberi saranan yang lebih selamat untuk anda dan dia ( agar Syaitan tidak menjadi pihak ketiga ). Dia mungkin marah, kecewa, atau merajuk dengan anda, tetapi yakinlah bahawa itulah cara terbaik untuk anda menjaga maruah dan ketinggian nilai cinta, jika benar nilai itu dihormati oleh anda dan dia.
Bila dia berjaya pujuk anda keluar bersama buat pertama kali, ataupun anda dan dia terlalai seketika dari menjaga hubungan yang sepatutnya masing-masing peka akan batasnya, maka anda pun meminta untuk mengambil sedikit masa berhenti berhubungan atau berjumpa, atau mengajaknya kembali bertaubat dan perbetulkan semula perhubungan pada landasannya. Dia mungkin bersikap acuh tak acuh, atau kurang setuju dengan anda, atau masih tegar merasakan apa yang berlaku masih 'okey' dan 'biasa sahaja' di kalangan orang yang sedang bercinta, tetapi yakinlah dengan menjauhinya seketika dan kembali memperbetulkan halatuju dan niat semata-mata kerana-Nya, itulah sebaik-baik cara untuk anda menjadikan sorak tawa syaitan kembali berkalut hiba.
Ada ketikanya anda diugut untuk ditinggalkan. Ada ketikanya anda dituduh tidak serius dengan perhubungan. Ada ketikanya dia mengeluh ketegasan anda itu 'kaku' lagi membosankan. Ada ketikanya dia melenting apabila ditegur dan diberi peringatan.
Yakinlah bahawa anda di pihak yang benar. Cinta di hati anda itu benar, namun cara yang diajak olehnya itu salah lagi bathil. Justeru sudah tentulah mempertahankan suatu yang suci dari dicemari oleh kemabukan nafsu itu lebih bermakna atas nama cinta, daripada membiarkannya hanyut atau bersama-sama mengotorinya dengan memperjudikan nama cinta.
Jika benar akhirnya anda ditinggalkan, yakinlah bahawa Allah tidak pernah meninggalkan anda. Bahkan saat anda ditinggalkan itu, sebenarnya adalah saatnya Allah menunjukkan kasih sayang-Nya Yang Maha Agung kepada anda. DIA telah menyelamatkan anda dari hanyut dengan keseronokan yang sementara. DIA juga telah menunjukkan kepada anda bahawa yang dalam hati anda itu namanya cinta, sedang perbuatan maksiat yang anda tolak itu namanya nafsu.
Sehebat-hebat kasih sayang manusia, hebat lagi kasih sayang Allah kepada kita. Orang yang ikhlas Allah sayang, Allah akan sentiasa tolong. Moga Allah merahmati setiap jiwa yang sedang bermujahadah mempertahankan kesucian cinta mereka, dari tersungkur di pintu maksiat dan dosa.
Amin.
Moga kalian mendapat manfaat ya....kalau korang nak lagi motivasi cinta Bersyari'at ini ,..meh klik kat sini...
myilham ....
Semoga hari-hari kita sentiasa di dalam redha dan kasih sayang Allah,..
terima kasih sudi membaca...(^_^)
kecemerlangan.....bermula dari dalam.....Ledakan Iman & taqwa mampu mengubah dunia & isinya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Emosi seorang Ibu
Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...
-
Bismillah... Semasa perjalananku ke universiti, sempat aku mendengar bicara seorang ilmuan. Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 20...
-
Best Seller! Whatsapp: 0137386977 📚 Al Quran Pelangi & Tajwid Humaira Zip A6 Edisi Baru 💲RM45 POS RM8/RM12 Ke...
-
Bismillah.... Seawal pagi aku mendapat perkhabaran abang iparku kemalangan. Agak teruk di bahagian kaki kananya. Seorang wanita telah me...
No comments:
Post a Comment