Saturday, October 22, 2011

Saidina Ali berMadaH,...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah,...alhamdulillah ,..alhamdulillah,.....semoga hari ini lebih ceria, baik dan semangat dari hari semalam....jom kita muhasabah diri dengan kata-kata Saidina Ali r.a.

Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyuk

Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.


 Tiada kebaikan bagi pembaca al-Quran tanpa mengambil pengajaran 
daripadanya.


Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak



 Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang menyayangi


Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki


Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan


Barang siapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’,sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati.



*************************************************************************


Telah berkata Saidina Ali karomallahu wajhahu

“ Janganlah kamu jadi dari kalangan mereka,

yang selalu berkata-kata dengan perkataan orang yang zuhud, akan tetapi berkelakuan dengan kelakuan orang yang tamak dengan dunia.

Yang suka kepada orang soleh akan tetapi tidak mahu beramal dengan amalan mereka.


Yang membenci orang-orang yang melakukan dosa akan tetapi mereka adalah salah seorang di antara mereka yang melakukan dosa.

Yang bangga diri bila beroleh nikmat dan menyesal bila ditimpa bala. Bila ditimpa bala bersungguh-sungguh dia berdoa meminta pertolongan dariALLAH S.W.T akan tetapi bila beroleh kejayaan dia lupa akan ALLAH S.W.T.


Dia begitu yakin dengan apa yang dirasakannya, akan tetapi tidak yakin dengan apa yang telaah diyakininya.

Mereka selalu menyuruh orang lain mengambil iktibar, akan tetapi dia tidak mahu mengambil iktibar.


Mereka berlebih-lebih dalam memberi nasihat, akan tetapi mereka tidak mahu menerima nasihat orang lain.
Di hadapan orang lain berpura-pura tidak mahu berbuat maksiat, tetapi bila di belakang mereka ialah kaum maksiat

Di depan orang ramai mereka menunjuk-nunjuk bahawa merekalah yang paling banyak mengerjakan keta'atan, tetapi di belakang merekalah orang yang paling malas.

Mereka lebih suka berpoya-poya dengan orang kaya daripada bermesra dengan orang miskin.

Mereka menghukum sesuatu untuk hanya untuk orang lain, tetapi tidak untuk dirinya.


Selalu memberi tunjuk ajar, tetapi mereka sendiri yang tidak mahu berbuat sedemikian.

Di depan orang ramai mereka mengatakan bahawa mereka takut kepada ALLAH S.W.T tetapi di belakang mereka berkelakuan sebaliknya.

Maka janganlah kamu tergolong di antara mereka!”

Sunday, October 16, 2011

Nota Cinta

Assalamualaikum,...
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam,...lakukan lah sesuatu perkara dengan bersungguh dan terbaik kerana hidup ini hanya sekali, maka dengan sekali itulah kita lakukan yang terbaik untuk kejayaan dunia dan akhirat, insyaAllah......

kekadang bila kita leka dengan kehidupan dunia, keseronokkan dunia sedarkah kita, kita sedang diuji,.....sampai satu tahap kita akan rasakan semua itu sia-sia....kita akan dapat rasakan satu rasa yang kosong dalam jiwa,.tiada apa-apa ,..kosong..need seseorang untuk berhubung, mengadu dan bercerita......

dengan itu, mulalah kita gelisah mencari insan yang dapat membantu kita.....insan yang dapat kita luahkan rasa hati....insan yang dapat memahami rasa hati kita......namun, kita lupa....

kita lupa....

dan kita lupa akan pencipta kita....pencipta insan yang kita ingin mengadu padanya....kepada pencipta itulah sebaik-baik tempat mengadu....

siapa dia ??....

siapa dia???

ALLAH....


kerana apa perlu kita mengadu padaNya,...kerana hanya Dialah yang memahami diri kita,.,,,,,Dialah yang faham akan perasaan kita.....Dia lah segalanya buat kita......

bagaimana untuk mengadu padaNya,....pelbagai cara....mungkin setiap orang mempunyai cara yang berbeza,..maksud nya,..mereka luahkan rasa bagaimana....dengan berdoa, dengan menulis Nota CInta buat cinta Agung....dengan membaca al-Quran....solat dan lain-lain lagi,...itulah sebaik-baik cara dengan mengadu padaNya,....ibaratnya zaman sekarang, berbalas sms dengan kekasih hati untuk update status,....tetapi pernahkah kita terfikir untuk mengadu padaNya,......hati-hati dengan hati,....

dengan pengaduan ini, insyaAllah Pencipta kita akan hadirkan insan yang dapat memberi kata-kata terbaik buat kita,.....Allah akan menjawab dan menghuraikan segala kekusutan dalam jiwa,.melalui pelbagai cara yang tidak pernah terlintas difikiran kita...,..ketika itu, kita akan dapat rasakan kasih sayang Allah yang teramat indah,....apa lagi yang dikejar selain kasih sayang Allah,....Allah hu rabbi...

maka dengan itu kita memperolehi sebuah ketenangan yang tidak boleh dibeli,.....ketenangan yang tak mampu diungkapkan,....subhanallah......





WhO LoVes yoU???.....ALLAH loves You,.....muhasabahlah diri kita dimanakan rasa cinta kita padaNya,....jangan sampai rasa itu tiada kerana tiada ertinya tanpa Allah,..

Cinta kepada Allah dan Rasul adalah setinggi-tinggi nilai cinta yang dimiliki manusia. Di dalam hadis Rasulullah -shallallahu 'alaihi wasallam- menegaskan; Iman seorang hamba tidak akan sempurna selagi ia tidak meletakkan dalam hatinya kecintaan kepada Allah dan RasulNya melebihi dari cintanya kepada harta, anak dan diri sendiri.

Dengan mengingati segala nikmat Allah kepada kita bermula dari nikmat kewujudan kita di atas muka bumi ini, nikmat kesihatan dan kesejahteraan, tubuh badan yang sempurna, dikurniakan keluarga dan sahabat handai yang menyayangi kita dan bermacam nikmat lagi. Namun nikmat terbesar yang Allah kurniakan ialah nikmat iman dan amal soleh. Semua manusia berkongsi nikmat hidup, nikmat sihat dan nikmat keindahan tubuh badan (ahsani taqwim), namun sedikit sahaja dari mereka yang dipilih Allah untuk diberi nikmat iman, amal soleh, berterusan beramal soleh, nikmat kesungguhan untuk meningkatkan iman, nikmat kecintaan kepada Allah dan RasulNya.


Adakah kita mampu hidup tanpa Allah walau sesaat??



Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

-saujana-

nota hati : alhamdulillah dapat sampaikan rasa,,, dapat berkongsi dengan semua,...moga penulisan ini memberi sedikit manfaat buat kalian,..insyaAllah amin,....kiranya kalian ada yang ingin dikongsikan ,..sila-sila la komen ya,....thank..(^_^) 

Saturday, October 8, 2011

Pada celahan Rumput Itu




"Kita tidak seharusnya mencari yang terbaik, jadilah yang terbaik, nescaya akan datang pada kita yang terbaik."
Namun, dasar seorang manusia, kita sering tergugah dengan sesuatu kebaikan, kita lupa, kebaikan itu luas, subjektif.
Justeru, kita akan sering teringin untuk mencari yang terbaik, hingga, kadang-kadang kita lupa, kita ini siapa untuk mencari yang terbaik itu? Layakkah kita?
Sebagai seorang remaja, normal dan biasa, tidak terlepas juga untuk saya diduga dengan lintasan-lintasan hati yang sangat menguji.
Pernah saya menyoal pada seorang sahabat, apakah lintasan-lintasan ini? Sekadar duga, atau petanda? Apa hikmahnya?
Jika ini ujian, ya saya terima, tapi apa hikmahnya? Apa yang ingin Tuhan bicarakan dengan saya?
"Bila sampai seru, takdir, maka yang pelik akan menjadi biasa." Abang Fuad malam itu penuh lagak bercerita, sambil menunggu makanan yang dipesan di restoran itu.
"Maksudnya?" Saya mula menagih penjelasan.
"Jika ditakdirkan jodoh, hari ini berkenalan, esok sudah bernikah, Allah boleh buat apa sahaja, itulah takdir." Dia menyambung.
"Ooo, ok, saya nak tanya sedikit boleh?"
"Mengenai apa?"
Tersenyum, saya sudah lama menyimpan soalan ini.
"Kenapa kadang-kadang kita ada lintasan rasa yang sangat sukar ditepis, apa tandanya?"
Abang Fuad agak selamba mendengar. Saya kira dia sudah faham, atau buat-buat tidak faham.
"Maksudnya, cuba terangkan lagi soalan itu." Saya sudah agak.
"Bagaimana jika sesuatu lintasan rasa terhadap kita itu, mahu ditentukan sebagai suatu ujian, atau suatu petanda?" Saya cuba berselindung lagi.
"Semua petanda, adalah ujian. Begitulah sebaliknya. Jika rasa yang hadir itu lain daripada yang lain, maka, eloklah beristikharah." Senang sahaja jawapannya.
"Cepatnya?"
"Tidak, ini untuk mencari keputusan hati, istikharahlah, mana tahu, mungkin itu takdirnya."
"Bagaimana kita nak pastikan, bahawa itu yang terbaik buat kita?" Saya bertanya lagi.
Sahabat-sahabat yang lain sedang khusyuk menonton permainan bola sepak secara langsung. Saya kira mereka tidak menyedari perbualan 'hangat' kami ini.
Saya teringat suatu kisah, yang saya dapat daripada Abang Fuad juga.
Pada suatu hari di sekolah, seorang pelajar bertanya kepada gurunya. Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.
Pelajar itu bangun dari kerusi duduknya, "Cikgu, bagaimana kita ingin memilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?"
Guru tersebut tersenyum, "Ok, kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput yang terbentang di depan kamu. Pilihlah rumput yang paling cantik, tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Petiklah rumput yang kamu rasakan ianya paling cantik. Kemudian bawa ke kelas."
Apabila pelajar tersebut pulang semula ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Guru itu bertanya, "Kenapa tiada rumput yang dipilih?"
Jawab pelajar itu, "Tadi, semasa saya tengah berjalan, saya sudah pun mencari rumput yang paling cantik. Memang ada, banyak sekali rumput yang cantik tapi cikgu cakap, petik yang paling cantik. Maka saya pun teruskan berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walaupun sekali. Sehinggalah saya tiba di hujung padang, saya tidak juga menjumpai rumput yang paling cantik. Mungkin rumput di antara belakang saya tadi ada yang cantik, tapi, disebabkan cikgu tidak benarkan saya menoleh ke belakang semula, maka tiadalah rumput yang paling cantik untuk saya petik."
Agak-agak, apakah jawapan yang bakal guru itu berikan?
Usahlah mencari yang terbaik, apa yang ada di depan itulah yang terbaik. Usah mencari yang terbaik, tapi jadilah yang terbaik. Usah menoleh ke belakang lagi, teruskan mara.
Apa yang sudah ketinggalan, biarpun ada di antaranya yang terbaik, usahlah cuba berharap lagi. Apabila kita sudah bertemu dengan seseorang, usahlah kita berusaha untuk mencari yang lebih baik lagi daripada dia. Kita patut hargai insan yang berada di depan kita sebaik-baiknya.
"Kita ini terlalu lemah dalam memilih."
Sambar Abang Fuad menyedarkan saya dari khayalan cerita tadi. Ya, benar, kita terlalu lemah dalam memilih.
"Bersikap matanglah, ini bukan soal pilihan lagi, ini ialah soal perasaan." Tambahnya.
"Abang tiada jawapan untuk soalan tadi, namun, jika benar-benar untuk tahu, beristikharahlah, abang harap, kita tidak lemas dalam lautan perasaan, terkapai-kapai, hingga tenggelam."
"Kita ibarat pelajar yang mencari rumput tercantik, akhirnya..."
Saya menyimpulkan..
"Tidak usah terlalu berfikir, kita masih jauh dalam permusafiran, perkara-perkara begini, seperti yang pernah abang cakapkan, subjektif dan infiniti."
"Ya abang, saya masih cuba berenang dalam lautan perasaan yang dalam ini, agar tidak lemas." Saya sengaja menilai diri sendiri.
Berikanlah yang terbaik, bukan mencari yang terbaik. Saya berbicara dalam adaptasi sebuah kisah dan dialog.
Untuk saya bercakap seorang diri tentang hal ini, siapalah saya. Kisah ini, adalah untuk sahabat yang setakah dengan saya, alam remaja, klimaks sebuah noda.
Pada celahan rumput itu, kita mencari sesuatu. Tapi biar bertepatan pada waktu, usah terlalu menunggu.
Perasaan akan sentiasa melintas, umpama padang akan sentiasa ditumbuhi rumput. Usah dicari perasaan yang hakiki, kerana semuanya dugaan yang berhikmat tinggi.
Pada celahan rumput itu, terlalu mencari, akan menyusul kecewa berganti. Jika kita benar-benar menyedari, pada hemat sebuah rasa, maka, kenapa kita perlu takut untuk tidak mengendahkan. Perasaan akan sering hadir, jerihlah kita untuk sentiasa melayani.
Mungkin ada di antaranya satu hikmah berganda, tapi, seperti biasa, berselambalah. Jadilah lelaki, bukan romeo, bukan juga majnun. Jika romeo, maka, itu bukti bahawa kita telah lemas dalam lautan perasaan.
Jika majnun, itu buktinya bahawa kita sudah gila. Justeru, usah menjadi mereka, tapi jadilah kita. Jika ada rasa yang kuat mendesak, beristikharahlah.
Jika kita tidak mendapat apa yang kita suka, maka, kita perlu suka apa yang kita dapat.
Pada celahan rumput itu, pasti ada, rasa yang benar hakiki. Pelajar itu pun buntu mencari, begitu juga kita. Cuma, mohon ditetapkan hati. Mohon, agar, segalanya bererti, bukan hanya, mainan sebuah kehidupan dan perasaan.
kata hati :
Ya Rahman, bimbinglah hatiku ini,...bersyukur dengan segala nikmatMu,......jagalah hatiku ini untuk mendapat redhaMu,...hamba yang lemah ini memohon petunjuk dan hidayahMu Ya Rahman...

Sunday, October 2, 2011

Di Hatimu



Sesungguhnya di dalam hatimu ada 1 koyakkan yang tidak boleh dijahit melainkan bertemu ALLAH...

Di hatimu juga ada 1 kesunyian yang tidak dapat diubati melainkan bersendirian bersama ALLAH...

Di hatimu pun ada kesedihan yang tidak mampu dihapuskan kecuali dengan mengenali ALLAH....

Di hatimu ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kamu pergi kepada ALLAH....

Di hatimu juga ada gelodak api (marah) yang hanya dapat dipadamkan dengan redha kepada ALLAH...


~Ibnu Qayyim al-Jauziyyah~


Segalanya Allah,....indahnya bila hati utuh, kukuh dengan Maha Pencipta.....tidak tergambar kebahagiaan itu.....ada seorang rakan menegur,....'zati ni nampak bahagia jer,..ada taman la tue dalam hati'......aku hanya mengukirkan sebuah senyuman,......dalam hatiku berkata...."Allah,..hamba tak tahu nak ungkapkan macam mana bahagia dekat dengan Mu......"

wahai teman,,,andai kau tahu sesungguhnya taman dalam hatiku adalah Allah,....Pencipta kita......itu lah Hakikat Bahagia yang sebenar,......selepas itu, bahagia itu disebarkan kepada orang disekeliling dan disandarkan kepada seseorang daripada Allah.......

Namun begitu teman, awas dengan rasa bahagia atau awas dengan hati......selalu jaga, kawal, pagar hati dari asyik lalai dengan dunia, cinta manusia yang tidak pasti dan lain-lain lagi.

Ya Allah,....pimpinlah diriku ke jalan redha Mu....hamba yang lemah, yang hina ini sesungguhnya bergantung harap dengan Mu, kekalkanlah rasa kehambaan hamba pada mu Ya Rabbi......
amin 

Perjuangan

Bismillah... Semasa perjalananku ke universiti, sempat aku mendengar bicara seorang ilmuan. Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 20...