Saturday, October 22, 2011

Saidina Ali berMadaH,...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah,...alhamdulillah ,..alhamdulillah,.....semoga hari ini lebih ceria, baik dan semangat dari hari semalam....jom kita muhasabah diri dengan kata-kata Saidina Ali r.a.

Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyuk

Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.


 Tiada kebaikan bagi pembaca al-Quran tanpa mengambil pengajaran 
daripadanya.


Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak



 Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang menyayangi


Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki


Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan


Barang siapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’,sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati.



*************************************************************************


Telah berkata Saidina Ali karomallahu wajhahu

“ Janganlah kamu jadi dari kalangan mereka,

yang selalu berkata-kata dengan perkataan orang yang zuhud, akan tetapi berkelakuan dengan kelakuan orang yang tamak dengan dunia.

Yang suka kepada orang soleh akan tetapi tidak mahu beramal dengan amalan mereka.


Yang membenci orang-orang yang melakukan dosa akan tetapi mereka adalah salah seorang di antara mereka yang melakukan dosa.

Yang bangga diri bila beroleh nikmat dan menyesal bila ditimpa bala. Bila ditimpa bala bersungguh-sungguh dia berdoa meminta pertolongan dariALLAH S.W.T akan tetapi bila beroleh kejayaan dia lupa akan ALLAH S.W.T.


Dia begitu yakin dengan apa yang dirasakannya, akan tetapi tidak yakin dengan apa yang telaah diyakininya.

Mereka selalu menyuruh orang lain mengambil iktibar, akan tetapi dia tidak mahu mengambil iktibar.


Mereka berlebih-lebih dalam memberi nasihat, akan tetapi mereka tidak mahu menerima nasihat orang lain.
Di hadapan orang lain berpura-pura tidak mahu berbuat maksiat, tetapi bila di belakang mereka ialah kaum maksiat

Di depan orang ramai mereka menunjuk-nunjuk bahawa merekalah yang paling banyak mengerjakan keta'atan, tetapi di belakang merekalah orang yang paling malas.

Mereka lebih suka berpoya-poya dengan orang kaya daripada bermesra dengan orang miskin.

Mereka menghukum sesuatu untuk hanya untuk orang lain, tetapi tidak untuk dirinya.


Selalu memberi tunjuk ajar, tetapi mereka sendiri yang tidak mahu berbuat sedemikian.

Di depan orang ramai mereka mengatakan bahawa mereka takut kepada ALLAH S.W.T tetapi di belakang mereka berkelakuan sebaliknya.

Maka janganlah kamu tergolong di antara mereka!”

No comments:

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...