Saturday, July 17, 2010

Tidak Banyak Ketawa...

Bismillah...kali ni ana nak berkongsi tentang ketawa....mengapa ana pilih ketawa kerana ana nak mengingatkan diri yang sering leka dengan dunia disamping tue nak kongsi dengan semua....insyaAllah....

Pada dasarnya ketawa adalah sihat dan adalah naluri yang tidak dapat dihilangkan daripada diri manusia. Syariat pun tidak pernah melarangnya. Tetapi yang tidak digalakkan adalah ketawa secara berlebih-lebihan.

Ramai ulama mencela tawa ria secara berlebihan. Ini adalah kerana jika manusia dapat merenungi dirinya dan segala amal perbuatannya, sudah tentu mereka akan menangis. Mereka akan memikirkan tentang dosa yang kelak akan dibalas dengan seksaan. Malah, semakin hari, dosa semakin bertambah sedangkan umur semakin berkurang. Kesempatan untuk berubah dan menghapuskan dosa pun semakin berkurang. Menurut riwayat yang masyhur, Rasulullah SAW sendiri tidak pernah ketawa hingga terbahak-bahak dan mengeluarkan suara.

Islam mengajak umatnya meratapi dosa dan kejahatan yang pernah dilakukan. Hakikatnya, ibadah malam adalah waktu yang tepat untuk mengadu, meratapi  dosa dan memohon keampunan Allah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW berpesan,
'...Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana tertawa yang berlebihan menyebabkan hati menjadi mati.'
(At-Tirmizi)

Rasulullah SAW memberitahu dengan jelas, banyak ketawa mematikan hati. Hati yang mati adalah hati yang keras dan kering, iaitu hati yang enggan menerima petunjuk kebenaran. Malah jika hati sudah mati, kegelapan akan selalu menyelimuti jiwanya..... ketawa yang berlebihan tidak hanya mematikan hati, tetapi juga melenyapkan cahaya iman di wajah seseorang......

Sahabat semua,..Rasulullah adalah peribadi agung yang mesti dicontohi dan diteladani. Suatu ketika, Jabir bin Samurah ditanya oleh Simak, "adakah kamu sering bersama Rasulullah SAW?" Dia menjawab, "Ya. Baginda adalah seorang yang pendiam dan sedikit ketawa, maka Rasulullah SAW hanya akan tersenyum."

Bahkan dalam sebuah riwayat ,'Aisyah pernah menyatakan,

"Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW sekali pun ketawa terbahak-bahak hingga terlihat gigigeraham bawahnya. Baginda hanya sering tersenyum"
(Al-Hakim an-Naisaburi)

Sahabat semua, ketawa yang berlebihan, menurut berbagai-bagai riwayat yang disebutkan di atas, sudah tentu tidak membantu mewujudkan hati yang bersemangat mengerjakan ibadah malam.

Sahabat semua, sebenarnya, orang yang soleh paling bimbang akibat ketawa berlebihan, kerana akibat yang akan membuat hati rosak dan sukar untuk menerima cahaya iman dan petunjuk. Dengan diri yang biasa ketawa terbahak-bahak, hati yang menjadi sumber semangat untuk beribadah mudah hancur. Jadi, manusia yang paling mudah bangun malam untuk melaksanakan ibadah adalah mereka yang menjaga mulutnya daripada ternganga ketika ketawa.

ana menyeru diri ini dan sahabat semua agar bersama-samalah kita memperbaiki diri kearah redhaNya......

Sumber rujukan : Munajat Malam (Bimbingan lengkap Ibadah Malam)...pengarang YUSNI A.GHAZALI...   PTS ISLAMIKA Sdn. Bhd
                                                         

No comments:

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...