AmaL mErawat peNyaKit HaTi




Assalamualaikum
Bismillah...

Ana nak berkongsi sedikit ilmu daripada buku yang ana pinjam daripada seorang sahabat ana, iaitu buku LANGIT ILAHI Tuhan Tidak Lupakan Kita penulisnya ialah Muhammad Hilal Asyraf Bin Abd Razak. Beliau menyatakan:
Kita tahu hati itu terdedah kepada penyakit. Kita juga tahu kita perlu menjaganya daripada sakit. Hal ini perlu diberi perhatian kerana hati yang sakit akan menjadi iman kita rapuh. Hati yang sakit tidak mampu menampung iman yang utuh. Kita juga tahu bahawa hati yang sakit lemah untuk melawan hasutan-hasutan syaitan. Namun demikian, kita juga tahu hati yang sakit itu boleh dirawat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya hati itu boleh berkarat seperti mana berkaratnya besi”. Maka para sahabat bertanya apakah yang boleh membbersihkan hati, Rasulullah SAW menjawab, “membaca al-Quran dan mengingati mati”.
Kita perlu kuat untuk membersihkan hati kita kerana hati kita sahaja tempat iman bertandang. Manakala, iman itu hanya boleh mengalir ke seluruh pacaindera kita apabila hati kita diselubungi iman. Jika hati rosak, iman akan tersekat dan tubuh menjadi lemah dengan dosa yang kita lakukan(penyebab kerosakan hati).
Ada beberapa amal kebaikan yang midah kita lakukan sebagai permulaan. Contohnya:
- Memberi salam
- Senyum
- sedekah seminggu seringgit
- mengutip sampah yang kita nampak
- membaca al-Quran sehari sedikit (if malas sangat, at least sehari satu ayat)
- berzikir
- berdoa (doa untuk rakan-rakan, keluarga dan diri)
- istighfar
- selawat keatas nabi
- jaga solat lima waktu
sekiranya anda istiqamah dalam melakukannya, insyaAllah hati akan terpelihara dan kehitaman hati akan tercuci. Buatlah kebaikan-kebaikan yang mudah ini terlebih dahulu. Kemudian, kekalkan prestasi dalam ibadah-ibadah ini seterusnya kita akan rasa untuk mempertingkatkan diri dengan menambah amal-amal yang lain.

Sesungguhnya, kemanisan hidup seorang hamba adalah apabila dia mendapat keredhaan Tuannya, maka kemanisan hidup kita adalah apabila Allah redha pada kita. Justeru itu kita perlulah berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Percayalah, jika kita menghampiri Allah selangkah, Allah akan menghampiri kita seribu langkah, jika kita berjalan mendekatiNya, maka Dia akan berlari dengan pantas mendekati kita .

Rawatlah hati, peliharalah ia, sesungguhnya hati itu bejana iman kita.

Comments

DeeN said…
Kat mana boleh beli buku ni? Sangat perlukannya...

Popular posts from this blog

cikgu!...Selamat Hari Guru

Perancangan Majlis Walimah

Keluar Dari Zon Selesa