Wednesday, March 17, 2010

PeTua SerOnok MemBaca Al-Quran



-Mulakan dengan ta’awwuz dan bismillah.
-Baca al-Fatihah sekali sebelum membaca apa-apa surah pun.
-Sekali-sekala jenguklah terjemahan al-Quran bagi memahami maksud ayat-ayat yang tidak difahami.
-Sediakan satu rekod yang mencatatkan jumlah ayat atau muka surat yang telah dibaca setiap hari. Dengan itu, kita akan dapat mengetahui sejauh mana pencapaian kita untuk tujuan penambahbaikan.
-Hafal beberapa ayat daripada Al-Quran untuk dibaca di dalam solat.
-Ulangi ayat yang anda rasa berkesan kepada hati anda sebanyak tiga kali.
Contohnya : dalam surah al-Ankabut ayat 57, “setiap yang bernyawa itu pasti akan mati”.
-Dengan kecanggihan teknologi terkini, bacaan al-Quran dari mana-mana qari boleh didengari sambil dihayati bacaan tersebut. Dengarlah bacaan al-Quran sambil memandu, memasak, sebelum terlena dansebagainya.
-Jadikan bacaan al-Quran sebagai penawar keresahan hati dan sumber ketenangan.
-Setiap kali berdepan dengan sebarang masalah, berwuduklah, buka al-Quran, baca isi kandungan dan terjemahannya. Insya-Allah, dengan izin Allah, jawapa kepada masalah yang dihadapi kadang-kala akan ditemui dalam al-Quran.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Belajarlah al-Quran serta bacalah kerana perumpamaan al-Quran bagi orang yang mahu belajar, membaca, dan melaksanakannya adalah seperti satu bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat. Dan perumpamaan orang yang mahu mempelajarinya dan ia lupa (mengamalkannya), maka di hatinya seperti ada satu bekas wangian kastuuri yang masih tertutup.” (riwayat al-Tarmizi)

p/s: marilah bersama kita bermuhasabah diri...adakah kita salah seorang yang mempunyai satu bekas yang dipenuhi wangian kasturi atau tidak...ataupun al-Quran itu sebagi hiasan di almari...bersam kita renungkan...thank you...,,

(sumber : majalah SOLUSI ISU NO. 13)

No comments:

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...