Tuesday, December 5, 2017

Perjuangan

Bismillah...

Semasa perjalananku ke universiti, sempat aku mendengar bicara seorang ilmuan.

Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2017, Ybhg Dato' Aidit bin Ghazali; Pengerusi Eksekutif, Akademi Aidit Sdn Bhd

Salah satu kata azimat yang dilontarkan berkaitan Perjuangan.

Kehidupan ini tidak terlepas dengan perjuangan menegakkan agama Allah. Rugilah dia sekiranya matinya tiada niat untuk berjuang. Tujuan kita diciptakan adalah sebagai seorang hamba dan khalifah. Fikir dan renung kembali adakah kita sudah melaksanakan amanah yang diberi Tuhan sebaiknya. Ingtan buat diri aku.

Selain itu, dalam mendepani golongan belia pada zaman sekarang kita perlu tahu apa latar belakang musuh kita itu, apa masalah yang dihadapai, dan bagaimana kita hendak mendepani musuh / mad'u kita. Dalam aspek psikologi pula, kita perlu mengenal dahulu kaedah atau cara bagaimana yang sesuai untuk mendekati mereka. Setiap individu berbeza pendekatan. Bukan mudah untuk mendekati para remaja sekarang. Mereka lebih terkehadapan dari kita. Jadi kita juga perlu bergerak lebih kehadapan dari mereka.

Akhir sekali, berkaitan pembaziran. Paling ketara sekali, kehidupan kita terbazir pada nikmat masa yang Allah berikan. ( tertunduk aku )....... Mujahadah ku tidak istiqamah....

Daripada perkongsian di Facebook : Nik Mohd Iznan

Ibnu al-Qayum al-Jauziah pernah menyenaraikan 9 bentuk pembaziran yang dilakukan oleh manusia.
1. Pembaziran ilmu. Iaitu ilmu yang tidak disalurkan dengan betul. Ramai orang berilmu yang kedekut dengan ilmu. Dan kalau beramal dengan ilmu, adalah amalan yang riak dan sombong.
2. Pembaziran amalan. Iaitu segala amalan yang dilakukan adalah bukan kerana Tuhan. Sebaliknya mengharapkan sesuatu yang tersembunyi dari manusia.
3. Pembaziran kekayaan. Iaitu menggunakan kekayaan yang ada pada jalan yang tidak betul sehingga menghabiskan harta yang ada dengan sia-sia.
4. Pembaziran hati. Iaitu sejenis pembaziran kerana kosong daripada mengisi hati kepada Tuhan dan Rasul.
5. Pembaziran tubuh badan. Iaitu membazir tubuh yang sihat dan kuat dengan tidak beribadat kepada-Nya.
6. Pembaziran cinta. Iaitu mencintai sesuatu melebihi cinta kepada Yang Esa.
7. Pembaziran masa. Iaitu menghabiskan masa dengan melakukan sesuatu yang sia-sia. Sehingga masa yang ada berlalu begitu sahaja.
8. Pembaziran akal. Iaitu menggunakan akan dengan memikirkan sesuatu yang tidak perlu.
9. Pembaziran zikir. Iaitu menghabiskan masa dengan berzikir, tapi langsung tidak memberi kesan kepada hati. Konsep asas zikir ialah supaya kita sentiasa dekat dengannya.

Rupa-rupanya pelbagai nikmat Allah yang telah kita bazirkan. Kita tahu tapi kita masih tidak sedar. tidak sedar Tuhan sentiasa memerhatikan setiap tindak tanduk manusia. Ingatan buat diri, terus dan teruslah bangkit mengenal siapa Tuhan mu dan siapa diri dan tujuan penciptaanmu.... 
Bangkit dan terus bangkit buat diri yang sering leka dan alpa. 
10.44 am
5 Disember 2017

No comments:

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...