Makcik Si Tukang Sapu,
Asyik menyapu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling,
Khusyuk sungguh makcik laksana amanah,
Besar pahalanya ku kira.
Tugasku apa pula dengan makcik itu,
Hanya memandang sepi atau bahagia,
Ku kira perlu bertegur sapa walaupun seungkap salam,
Kerana ia membina ukiran indah.
Syukur ku pada Nya,
Juga dapat memberi seperti makcik,
Makcik memberi khidmat,
Dan aku memberi senyuman salam,
Indah ku kira... Syukur!
PK UTM
061113
Nurul Izzati Atan
: Ayuh,..sebarkan senyuman,... senyuman suatu sedekah,....(ingatan buat diri..)
No comments:
Post a Comment