Thursday, November 7, 2013

Logo Baru KPM

Assalamualaikum....

Hari ini just nak share tentang logo baru Kementerian Pelajaran Malaysia....

Dah bertukar ok,..jangan tak tahu pula,...(saya pun baru tahu ni,..hihi.)



~oppss  ..yang ini logo lama ya,...~

~Logo Baru ya,..~


Apa makna disebalik rekabentuk logo baru itu ?....


mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras

Kenapa Alif ?

Berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu.

Pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. 

Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. 

Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan

dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ ?

melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia

Bulat ?

melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global

Warna ? 

Biru : profesionalisma dalam sistem pendidikan negara
Kuning Keemasan : kecemerlangan
Putihsistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia

Siapa yang bertanggungjawab ?

Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad 
(Majlis Rekabentuk Malaysia)

Sumber : Buletin KPM

No comments:

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...