Dia di situ,
Aku yang di sini,
Jarak di antara kami
memang beda,
Namun itu yang harus
aku jurangkan.
Agar tiada bisikan
musuh yang nyata.
Biar apa orang kata,
Tidak keluar
bersama,
Tidak ber’sms’ suka
duka,
Tidak mendengar
suara,
Adakah itu dinamakan
cinta?.
Biar,....
Aku tidak endah itu
semua,
Pastinya aku utama
kan Dia,
Cukuplah bertanya
khabar bahagia,
Aku tidak mahu
cemarkan hubungan ikhlas yang terbina.
Cuma yang kupinta,
Doakan segala di
dalam aturan Dia,
Supaya aku dan dia
tidak terbabas,
Dengan tipuan cinta
dunia,
Akhirkanlah Tuhan,
Dengan ikatan cinta
syurga yang Engkau redhai.
11.12.13
Nurul Izzati Atan
PSZ,UTMJB
No comments:
Post a Comment