Assalamualaikum....
Petang
tanggal 2 Nov 2015, aku agak keletihan dengan urusan di sekolah. Selesaikan
menanda kertas soalan, laporan dan sebagainya. Usia kandungan ku 35 minggu 5
hari. Esok jadual aku pergi ke klinik untuk pemeriksaan kehamilan minggu ke 36.
Aku seperti biasa berjumpa dengan pengetua untuk minta pelepasan pada 3 Nov.
Hari tersebut 2 Nov, aku pulang ke rumah pukul 4.30 petang kerana hadir ke CPD di
sekolah.
Sebenarnya aku mengalami sembelit (constipation), agak kritikal juga.
Pukul 6.30 petang, ada cecair keluar dari faraj ku. Cecair itu agak laju keluar
tanpa rasa sakit. Apabila aku bau, ia tiada bau. Ia keluar bersama lendir.
Lalu, aku buka buku diari kehamilan untuk membaca tanda-tanda hendak bersalin
(walaupun sebelum ini pernah baca). Berdebar hatiku. Namun, aku menidakkan (bukan
tanda bersalin). Aku fikir aku terkencing. Lalu, aku masuk ke dapur hendak
masak. Aku masak nasi dahulu. Cecair itu keluar juga.
Azan maghrib berkumandang
dan aku mengambil wudu’ dan solat. Semasa solat, cecair itu keluar juga.
Selesai solat, ku lihat cecair itu keluar bersama darah dan aku terus menelefon
bonda ku. Aku mulai berdebar. Aku cuba untuk tenang. Namun, panggilan ku tidak
berjawab. Lalu aku segera mendail kak roslinah, rakan sekerjaku. Kak Ina cakap,
cecair itu adalah air ketuban. Allahuakbar. Berdebar aku. Suami ku masih belum
pulang. Aku cuba bertenang dan menelefon rakan sekerja ku di aras 3 untuk
membawa tuala wanita (tuala wanita ku dah disiapkan di kereta) dan membawa ku
ke klinik desa. Ainon dan Hanani segera naik ke rumah ku di aras 4 dan ketika
itu suami ku pulang. Suami ku terus masuk dan solat maghrib.
Manakala, ainon
dan hanani membawa ku ke klinik desa. Sampai di sana, Kak nisa (jururawat desa)
meminta ku terus ke Hospital Kota Tinggi (HKT). Suami ku sampai di klinik
(sedang azan isyak) dan membawa ku ke HKT. Ainon dan Hanani juga menemaniku.
Berbekalkan perut yang kosong, aku meminta suamiku membeli air mineral dan
roti. Aku tidak lalu makan. Berbagai-bagai perasaan menerjah. Takut, gembira dan
tidak percaya kerana aku tidak menyangka air ketuban pecah awal. Sampai di HKT,
nurse bertugas check laluan 3 cm. Nurse meminta membuang air besar.
Alhamdulillah selesai. Cuma biasa la ada segelintir nurse yang “kurang manis”
bahasanya. Aku hanya mampu bersabar, bersangka baik dan banyakkan berdoa.
Lebih
kurang pukul 9.30 pm aku masuk ke labour room. Agak sunyi. Aku cuba untuk
tenang sebaiknya. Nurse yang bertugas memasukkan air ke badan melalui dua-dua
belah tanganku. Mungkin untuk memberi tenaga kepada ku. Nurse tak bagi makan
dah masuk bilik bersalin. Doktor buat semakan terhadap denyutan jantung anakku.
Alhamdulillah baik-baik sahaja. Seorang nurse yang sungguh murni budi bahasanya
meminta aku berzikir. Zikir nabi Yunus
di dalam perut ikan Nun. Aku amalkan sehingga aku bersalin. 10.30 pm, perutku
mulai sakit 5 minit... 5 minit... anakku mengeras. 11.30pm aku muntah. Aku
kehilangan tenaga. Perutku kosong. Allahu.... pengalaman pertama. (rakan-rakan
makan dulu ya... pastikan perut ada isi....). Sungguh aku tiada daya, hanya
zikir meniti bibir dan hati. Lalu aku panjatkan doa. Agar disegerakan proses bersalinku.
12.30 am, sakit sekejap-sejejap.... aku cuba menahan untuk tidak menggunakan
tenaga. Rasa sakit hanya di bahagian pinggang. Alhamdulillah mungkin itu yang
dikatakan nikmat bersalin. Hanya zikir yang mampu memberi tenang.
Pukul 12.55
am, aku tidak tahan. Nurse memintaku supaya tidak meneeran, nanti aku tiada
tenaga. Namun, aku membalas. Nurse saya rasa nak bersalin. Dari 3 cm ke 10 cm
bukaanku. Suami ku dipanggil masuk. Saat itu, aku terasa lapang. Suami ku
mengusap kepala ku. 2 kali meneran, alhamdulillah anakku lahir ke dunia tanggal 3 Nov 2015 bersamaan 21 Muharam 1437H pukul 1.06 pagi. Alhamdulillah normal. Lalu, aku meraung dengan zikrullah. Bayi diletakkan di
atas dadaku. Lalu, nurse meminta suami ke mengazankan anak kami. Aku mendapat
banyak juga jahitan kerana aku tidak dapat mengawal diri dari mengangkat
punggung (jadi korang kene betul-betul tau... jangan angkat punggung ok...)
Alhamdulillah semua dah selesai. inshaAllah ini bukan pengalaman
terakhir. Mudah-mudahan ada rezeki untuk zuriat yang lain pula. Amin. Alhamdulillah
... alhamdulillah....alhamdulillah....
Hanani dan Ainon. Mereka pulang dalam pukul 11 malam lebih kurang kerana esok kan bekerja. Kasihan mereka nak menunggu lama. Esoknya sebelum ibu dan abah membawa aku pulang ke Muar. Ainon, Hanani dan Kak Zuriati datang ziarah kami semua di HKT itu. Itu lah pertemuan akhir sebelum aku bercuti pantang di kampung.
InshaAllah
next entry saya kongsikan pengalaman mengandung pula. Semoga diberi kelapangan
masa. Amin.
2 comments:
Tahniah zati.. Ape pngakhiran ainon dgn hanani? Mcm trgntung di situ
Tahniah zati.. Ape pngakhiran ainon dgn hanani? Mcm trgntung di situ
Post a Comment