Friday, July 1, 2011

NikMat Iman & IsLam

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...


Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....panjatkan lah rasa syukur kita pada Yang Maha Esa....yang telah memberi kita pelbagai nikmat di dalam kehidupan ini.....


Alhamdulillah semalam ana berkesempatan mengikuti ceramah sempena sambutan Israk Mikraj di surau A Kg Simpang 5 Darat,....(terlupa la plk nama surau tue,....hehehe..)...syukur sangat sebab Allah permudahkan ana untuk pergi ke majlis ilmu itu,..alhamdulillah syukur,...


Ustaz Hj. Imran yang telah memberi ceramah semalam,...bagi pandangan ana, penyampaiannya sangat bersemangat dan berbeza dengan penceramah yang pernah diundang sebelum ini....jika tidak silap Ustaz Imran adalah seorang mudir di sebuah madrasah di Muar....


Ana nak kongsi sedikit ilmu yang ana perolehi semasa ceramah.....pada permulaan penyampaiannya beliau menekankan tentang konsep syukur,.....
kehidupan ini perlu disyukuri, nikmat yang Allah berikan kepada kita,....nikmat yang paling besar adalah Nikmat Iman dan Islam......



persoalannya adalah bagaimana kita hendak menjaga iman dan Islam. Iman & Islam merupakan benda hidup. Daripada fikiran waras, akan menyatakan benda hidup perlu diberi makan.....seperti kita manusia, untuk hidup perlu makan supaya kita boleh beribadah, bekerja dan lain-lain.....samalah seperti iman dan Islam, bagaimana kita hendak mengekalkannya,.....


Allahuakbar...sifat iman manusia adalah turun naik,...adakala iman kita di atas dan adakala iman kita di bawah.......maka kita renungkanlah wahai sahabat dan diri ini,..dimanakah tahap iman kita,....iman umat akhir zaman adalah sangat nipis seperti buih di lautan.


Ustaz Hj Imran berkata hendak menjaga iman dan Islam adalah dengan menghampiri orang 'alim ulama. Bila kita 40 hari jauh dari orang 'alim, hati kita akan menjadi keras,....apabila hati kita menjadi keras,...maka kita akan lupa akan akhirat, azab Allah,......kita tak kan nampak kebajikan...kita tidak mudah menerima teguran dan nasihat.......Ya Allah minta dijauhkan,........maka kita perlulah mensyukurinya dengan beramal soleh (berbuat baik).

Apa itu amal soleh???....

amal soleh adalah perbuatan baik yang mengikut perintah Allah dan Rasulullah....iaitu dengan menuntut ilmu serta mengamalkan ilmu itu...ilmu perlulah dituntut dengan seorang guru.....Ustaz Hj Imran mengingatkan supaya kita jangan lupa akan jasa guru-guru, orang alim ulama yang telah memberi ilmu kepada kita......jika mereka tiada lagi di dunia ini, maka sedekahkan surah al-Fatihah kepada mereka....malah masih hidup juga digalakkan menyedekahkan al-Fatihah dan mendoakan mereka.

Berkaitan peristiwa israk dan mikraj  ini,...Ustaz Hj Imran menyatakan ia bukan difikir menggunakan akal tetapi  keyakinan terhadap Allah iaitu berkait dengan iman dan akidah kita. pemikiran kita tidak akan terjangkau untuk memikirkan perjalanan malam Rasulullah yang jauh itu hanya mengambil masa semalam sahaja.

Ustaz juga mengingatkan agar jika kita dilimpahi rezeki yang banyak ataupun tidak, berazamlah untuk menziarahi Rasulullah pada setiap tahun. Mengerjakan ibadah umrah atau haji.....

p/s : Semoga ilmu yang dikongsi ini dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabat semua,....sekiranya ada silap atau nak tambah,..jom kita bertukar-tukar ilmu,...supaya kita dapat mengamalkan ilmu yang kita perolehi insyaAllah,.....

Ya Allah ampunilah dosa kami. Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam. Pimpinlah kami ke jalan redhaMu Ya Allah. Berikanlah kami taufik dan hidayahMu. Serta peliharalah iman kami...
Amin Ya Rab.....





2 comments:

prince-tengku said...

salam...,tima kasih atas perkongsian yg baik dan penuh manfaatnya...,Allah ada berfirman dalam alQuran yg mafhumnya : sekiranya kamu bersyukur dgn Nikmat2Ku maka Aku akan tambahkan...dan Allah juga ade mengingatkan bahawa barang siapa yg kufur dgn nikmat2Nya maka ketahuilah sesungguhnya azab siksa Allah itu amat pedih(dahsyat)...Sesungguhnya yang paling mulia disisi Allah adalah yg paling bertakwa diantara kamu semua....Sekadar renungan dan perkongsian...~

Nurul Izzati Atan said...

w'salam,...sama-sama,....terima kasih atas perkongsian tengku,...insyaAllah dimanfaatkan,..shukran.....

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...