Saturday, June 18, 2011

Menakar Iman Kepada???....

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur padaNya di beri kekuatan untuk update blog nie,....(^_^)
Kepada siapakah perlu untuk kita menakar iman kita,....kepada ALLAH & RASUL....
Baca sampai habis ya,......semoga kita mendapat manfaat dan bermuhasabah,.......insyaAllah,....

Cinta kepada Rasulullah bukan setakat mengucapkannya tetapi mesti dibuktikan dengan mengenali, memahami  sirah, mentaati, mempertahankan, mengamalkan sunah, mengharafkan syafaat, termasuklah mengikuti, menyebarkan dan memperjuangkan risalahnya. Rasulullah adalah fokus kecintaan kita melebihi segala kecintaan yang lain termasuklah kecintaan kita pada diri kita sendiri. pernahkan kita merasai begitu??....

untuk itu mari kita renungi dialog cinta ini....


Sayidina Umar al- Faruq pernah berkata kepada Nabi s.a.w.: " Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku". Maka nabi s.a.w. menjawab: " Bukan begitu. Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri". Maka Umar menjawab : " Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri". Maka Nabi s.a.w. menjawab : "sekarang Umar". (Riwayat al-Bukhari)


Al-Syaikahani meriwayatkan daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak beriman salah seorang antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia."  (Muttafaq 'alaih)


Dua hadis di atas sudah cukup dijadikan kayu ukur apakah kita telah benar-benar mencintai Rasulullah. Malu rasanya kalau sekadar mengakui cinta, tetapi cinta itu belum dibuktikan.

Mana mungkin kita mencintai Allah dan Rasu-Nya jika sistem hidup kita belum mengikut landasan yang termaktub dalam al-Quran dan sunah sepenuhnya? Banyak perkara yang diharamkan malah dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya masih dilakukan malah diuar-uarkan oleh orang yang mengaku cintakan Allah dan Rasul. Apabila ditanya mengapa?Alasan yang selalu kita dengar adalah tidak mampu, tunggulah dulu, mungkin suatu hari nanti, tidak mahu hipokrit dan lain-lain lagi. Padahal, bukankah mengakui cinta tetapi tidak dibuktikan itu pun sudah satu sikap yang hipokrit???.....

Jadi, marilah kita amalkan Islam sebagai satu cara hidup, daripada soal makan minum, berpakaian sehingga mengatur urusan atau sistem dalam sebuah negara. 

Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Dapat merasai kemanisan iman, orang yang meredhai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul." 
(Riwayat Muslim)

teringat ana di dalam sebuah lirik lagu,...

CINTA KEPADA ALLAH 
CINTA RASUL
CINTA IBU BAPA
CINTA KEPADA UMMAH 
CINTA KEPADA KECEMERLANGAN
MARI KITA SEMUA ,..CINTA 5 PERKARA.......

sumber: majalah SOLUSI ISU NO. 30 Memburu Kemanisan Iman

perasaan cinta adalah fitrah manusia,..namun kepada siapakah cinta yang utama itu perlu disandarkan,??...bersamalah kita pertingkatkan tahap iman kita dan cinta kita kepadaNya,....agar setiap langkah dan hela nafas diberkati dan diredhaiNya,.ameen...insyaAllah,......(^_^) 

No comments:

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...