Thursday, July 28, 2011

CeRitA KaU & aKu

Hadirnya kau
 tidak  boleh di duka
Secara tiba-tiba kau hadir 
Yang boleh aku istilahkan "mutiara"
membuatkan aku terkejut dalam lena
sakitnya tidak terkata
Maha Suci Allah yang menjadikan kau
mungkin hadirnya kau 
terkandung 1001 hikmah yang tidak aku tahu apa......

Namun begitu, 
kau tidak dapat untuk memasuki barisan sahabat-sahabat kau yang lain
disebabkan ada jurang antara 2 sahabat kau dalam barisan itu
rahang mulut aku menyekatmu dari keluar 
bagai mutiara yang aku istilahkan

Oleh itu, 
wujud lah bengkak disebelah bawah pipi kiri
doktor menasihatkan kau perlu dibuang
rasa sedih untuk membuang kau
kerana hadir kau mengajar aku erti sabar akan ujianNya
tetapi apa yang mampu aku buat
hanya berdoa pada Yang Maha Pencipta
memberikan aku yang terbaik

Pada hari yang ditentukan,
kau pergi meninggalkan aku
alhamdulillah aku dapat melihat kau
walaupun tak berjaya kau, aku miliki
'Subhanallah' kalimah itu yang pertama keluar melihat kau
kejadian kau sungguh sempurna
namun kau tidak aku lihat semasa kau di dalam mulut aku
kau tetap pergi jua,....

KAU adalah GERAHAM BONGSU AKU


Selepas kau pergi,
bengkak itu masih wujud dan aku
 terus memakan ubat yang dibekalkan oleh doktor

Selang beberapa minggu, 
ubat habis aku telan 
bengkak aku tidak juga pulih

Akhirnya, 
aku membuat pembedahan kecil untuk menyingkirkannya
itu lah kali pertama aku membuat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah
(dulu pernah lah masa aku dilahirkan,...masa tu belum jadi hospital pakar lagi,.)

alhamdulillah semua berjalan lancar 
6 jahitan aku dikenakan 
itulah pengalaman aku mendapat jahitan dari 2 orang doktor
kenangan pada 27 Julai 2011
insyaAllah 3 Ogas 2011 jahitan akan dibuka,...
Allah mudahkan segala urusan...amin...

Selepas pembedahan kecil,
aku menjadi tidak tentu arah kerana kesihatan aku tidak berapa baik
aku demam dan kesan luka jahitan teramatlah sakit
hanya pada Mu 
Ya Allah hamba berserah dan memohon dipermudahkan urusan,..
Ya Allah kuatkan diri hamba....


Tapi aku yakin setiap sesuatu ada hikmahnya....insyaAllah

p/s: hanya berkongsi rasa dengan semua,....moga geraham yang lain dapat tumbuh dengan baik,..dan tiada komplikasi....insyaAllah

jom baca info klik sini

dan artikal gigi geraham bongsu di bawah

PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.

Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).

Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.
Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.


Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.

Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.

Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.

Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!

Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.

Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.

No comments:

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...