AdaKAh TerAkhir bUaT Ku

Bismillahirrahmanirrahim,….
Alhamdulillah syukur kehadratNya, diberi kesempatan untuk menghirup udaraNya lagi,..(^_^)…


Sabahat pembaca semua,…alhamdulillah kita bakal berjumpa dengan bulan yang penuh dengan rahmatNya,..iaitu Bulan Ramadhan,..insyaAllah,…..hanya beberapa hari lagi,…


Allah berfirman :Maksudnya :
Wahai orang yang beriman, diwajibkan keatasmu berpuasa sebagai mana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa.
(Surah al-Baqarah: 183)


Pembaca sekalian,…adakah ramadhan ini terakhir buat kita,…kalau ramadhan ini terakhir buat kita macam mana,……marilah kita bermuhasabah, melihat diri kita ini,….kehidupan yang Allah pinjamkan ini adakah berkekalan,…???....adakah kita telah lengkapkan diri kita untuk hadapi alam selepas dunia??....adakah solat kita sempurna atau kita tak pernah bersolat atau hanya bersolat pada hari jumaat sahaja??.....adakah hidup kita berpaksikan pada Allah,……marilah kita menilai diri kita bersama,……


Andai kita jauh dari Allah sebelum ini,…andai kita tidak pernah bersolat ,…andai kita menderhakai kedua ibu,…..andai kita sombong dengan Allah,….. .buangkan segala ego, kembalilah kepada fitrah beragama, kembalilah kepada Allah ,..Tuhan yang mencipta langit dan bumi,… mencari kebahagiaan yang hakiki pada bulan yang penuh dengan rahmat dari Allah,……





jom kita ulang kaji tentang ramadhan ini,...yang da ingat tu kita kukuh kan,...insyaAllah


APAKAH MAKNA PUASA


dari segi bahasa : menahan diri


dari segi syarak : menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat puasa, kerana mengharapkan keredhaan Allah


NIAT


mereka yang ingin berpuasa diwajibkan berniat di dalam hati pada setiap malam. tempohnya bermula sesudah temggelam matahari sehingga terbit fajar. 


"sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala"


APAKAH SYARAT WAJIB PUASA


1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
 (yang berdaya)
5. Bermukim 
(musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib menggantikan puasa selepas ramadhan)
6. Suci 
(daripada haid dan nifas bagi wanita)


APAKAH SYARAT SAH PUASA


1. Islam
2. Berakal dan mumayyiz
3. suci dari haid dan nifas
4. apabila nyata masuk bulan ramadhan


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA  


- makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit(jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa)
- memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka
- muntah dengan sengaja
- keluar hais dan nifas
- gila
- murtad (keluar Islam)
- mengeluarkan air mani dengan sengaja
- bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari bulan ramadhan)




berdasarkan rujukan MUTIARA IHYA' ULUMUDDIN puasa tidaklah batal kerana suntikan, pembedahan urat, bercelak, bersugi membersihkan telinga atau lubang kemaluan. puasa juga tidak batal kerana kemasukkan debu jalan tanpa disengajakan dalam tubuh atau masuknya lalat ke dalam mulut.


PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA BERPAUSA


- menyegerakan berbuka puasa
- berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis yang lain
- melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat
- memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan.
- sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yang kurang bernasib baik
- menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak bermanfaat.
- mandi junub lebih awal, sebelum masuknya waktu subuh.




PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA


bersuntik, berbekam, berkumur-kumur, memasukkan air ke rongga hidung secara berlebihan, mandi yang berlebihan begitu juga merasa makanan di hujung lidah.


Baiklah,...semua nak tahu tak,.....


menurut Imam al-Ghazali puasa dibahagikan kepada 3 tingkat





PUASA UMUM


puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan, minum dan menahan keinginan berjimak. 


PUASA ISTIMEWA (puasa khusus)


puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara di atas.


PUASA PALING ISTIMEWA(puasa khusus al-khusus)


merangkumi puasa umum dan puasa istimewa. disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. inilah puasa yang tertinggi kedudukannya disisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para rasul , nabi, para sahabat, para wali dan golongan ahli ibadah yang lain


Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW :
maksudnya: "sesiapa berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu"


marilah kita bersama-sama menanam azam untuk melakukan yang terbaik bagi ramadhan kali ini,.....


Daripada Abu Hurairah berkata, sabda Rasulullah SAW:maksudnya: 
"ramai orang berpuasa, tetapi ia tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga (yakni puasanya lenyap sama sekali)"


(Diriwayatkan oleh Nasa'i dan Ibnu Majah)


semoga kita sentiasa bergantung harap dan diberi taufik serta hidayah dari Allah,...


"Ya Allah, hamba memohon keampunan dari segala dosa-dosa yang telah hamba lakukan,...Ya Rahim bimbinglah diri ini kejalan redhaMu, Janganlah kau biarkan kami leka akan dunia yang sementara ini,.....jadikanlah ramadhan kali ini sebagai sebuah madrasah tarbiah yang menjadikan kami hambaMu yang engkau redhai"
amin Ya rab,....




sumber rujukan : 
Indahnya Hidup Bersyariat dan Mutiara IHYA' 'UMULUDDIN hak milik muslim IMAM AL-GHAZALI




Comments

Popular posts from this blog

Keluar Dari Zon Selesa

cikgu!...Selamat Hari Guru

Brooch Dari Kain Felt