Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa
Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang
Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
p/s: salam ana suka sangat lirik lagu ni...ia dapt memberi semangat....hayatilah lirik nie..=)
kecemerlangan.....bermula dari dalam.....Ledakan Iman & taqwa mampu mengubah dunia & isinya
Thursday, April 8, 2010
Wednesday, March 17, 2010
PeTua SerOnok MemBaca Al-Quran

-Mulakan dengan ta’awwuz dan bismillah.
-Baca al-Fatihah sekali sebelum membaca apa-apa surah pun.
-Sekali-sekala jenguklah terjemahan al-Quran bagi memahami maksud ayat-ayat yang tidak difahami.
-Sediakan satu rekod yang mencatatkan jumlah ayat atau muka surat yang telah dibaca setiap hari. Dengan itu, kita akan dapat mengetahui sejauh mana pencapaian kita untuk tujuan penambahbaikan.
-Hafal beberapa ayat daripada Al-Quran untuk dibaca di dalam solat.
-Ulangi ayat yang anda rasa berkesan kepada hati anda sebanyak tiga kali.
Contohnya : dalam surah al-Ankabut ayat 57, “setiap yang bernyawa itu pasti akan mati”.
-Dengan kecanggihan teknologi terkini, bacaan al-Quran dari mana-mana qari boleh didengari sambil dihayati bacaan tersebut. Dengarlah bacaan al-Quran sambil memandu, memasak, sebelum terlena dansebagainya.
-Jadikan bacaan al-Quran sebagai penawar keresahan hati dan sumber ketenangan.
-Setiap kali berdepan dengan sebarang masalah, berwuduklah, buka al-Quran, baca isi kandungan dan terjemahannya. Insya-Allah, dengan izin Allah, jawapa kepada masalah yang dihadapi kadang-kala akan ditemui dalam al-Quran.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Belajarlah al-Quran serta bacalah kerana perumpamaan al-Quran bagi orang yang mahu belajar, membaca, dan melaksanakannya adalah seperti satu bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat. Dan perumpamaan orang yang mahu mempelajarinya dan ia lupa (mengamalkannya), maka di hatinya seperti ada satu bekas wangian kastuuri yang masih tertutup.” (riwayat al-Tarmizi)
p/s: marilah bersama kita bermuhasabah diri...adakah kita salah seorang yang mempunyai satu bekas yang dipenuhi wangian kasturi atau tidak...ataupun al-Quran itu sebagi hiasan di almari...bersam kita renungkan...thank you...,,
(sumber : majalah SOLUSI ISU NO. 13)
Thursday, February 18, 2010
AmaL mErawat peNyaKit HaTi

Assalamualaikum
Bismillah...
Ana nak berkongsi sedikit ilmu daripada buku yang ana pinjam daripada seorang sahabat ana, iaitu buku LANGIT ILAHI Tuhan Tidak Lupakan Kita penulisnya ialah Muhammad Hilal Asyraf Bin Abd Razak. Beliau menyatakan:
Kita tahu hati itu terdedah kepada penyakit. Kita juga tahu kita perlu menjaganya daripada sakit. Hal ini perlu diberi perhatian kerana hati yang sakit akan menjadi iman kita rapuh. Hati yang sakit tidak mampu menampung iman yang utuh. Kita juga tahu bahawa hati yang sakit lemah untuk melawan hasutan-hasutan syaitan. Namun demikian, kita juga tahu hati yang sakit itu boleh dirawat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya hati itu boleh berkarat seperti mana berkaratnya besi”. Maka para sahabat bertanya apakah yang boleh membbersihkan hati, Rasulullah SAW menjawab, “membaca al-Quran dan mengingati mati”.
Kita perlu kuat untuk membersihkan hati kita kerana hati kita sahaja tempat iman bertandang. Manakala, iman itu hanya boleh mengalir ke seluruh pacaindera kita apabila hati kita diselubungi iman. Jika hati rosak, iman akan tersekat dan tubuh menjadi lemah dengan dosa yang kita lakukan(penyebab kerosakan hati).
Ada beberapa amal kebaikan yang midah kita lakukan sebagai permulaan. Contohnya:
- Memberi salam
- Senyum
- sedekah seminggu seringgit
- mengutip sampah yang kita nampak
- membaca al-Quran sehari sedikit (if malas sangat, at least sehari satu ayat)
- berzikir
- berdoa (doa untuk rakan-rakan, keluarga dan diri)
- istighfar
- selawat keatas nabi
- jaga solat lima waktu
sekiranya anda istiqamah dalam melakukannya, insyaAllah hati akan terpelihara dan kehitaman hati akan tercuci. Buatlah kebaikan-kebaikan yang mudah ini terlebih dahulu. Kemudian, kekalkan prestasi dalam ibadah-ibadah ini seterusnya kita akan rasa untuk mempertingkatkan diri dengan menambah amal-amal yang lain.
Sesungguhnya, kemanisan hidup seorang hamba adalah apabila dia mendapat keredhaan Tuannya, maka kemanisan hidup kita adalah apabila Allah redha pada kita. Justeru itu kita perlulah berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Percayalah, jika kita menghampiri Allah selangkah, Allah akan menghampiri kita seribu langkah, jika kita berjalan mendekatiNya, maka Dia akan berlari dengan pantas mendekati kita .
Rawatlah hati, peliharalah ia, sesungguhnya hati itu bejana iman kita.
Wednesday, February 17, 2010
AdaB bErSaHabAt
Assalamualaikum.....
Bismillah...
Sahabat ana percaya semua mempunyai sahabat...samaada jauh ataupun dekat...bagi ana sahabat tidak boleh dicipta tetapi terbina dengan sendiri tanpa disedari....betul tak???
Ana nak berkongsi sedikit tentang adab bersahabat. Ana ambil ilmu ini daripada sebuah buku terbitan Telaga Biru yang bertajuk INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT dikarang oleh Dato’ Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid.
Banyak panduan telah diberikan oleh syrak dalam pemilihan sahabat ini. Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi: 28 yang bermaksud : “Dan janganlah engkau menurut orang yang telah kami lalaikan hatinya daripada mengingati kami, lalu ia mengikuti hawa nafsunya”.
Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
“seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan”.
Ayat-ayat ini menegah kita bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat.
Al-Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:
- Jika engkau memintta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
-Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
-Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.
Sayidina Ali k.m.h. pernah berkata:
“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu.”
Abu Sulaiman Al-Darani mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan:
i. Orang yang mudah kamu berurusan dalam kehidupan seharian.
ii. Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.
Sememanhnya Allah SWT menegaskan betapa pentingnya dijalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang yang beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia yang dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, menyuruh manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran.
Inilah yang ditegaskan Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: Berpegang teguhlah dengan tali (agama) Allah bersama-sama dan janganlah pula berpecah-belah. (Surah Ali Imran:103)
Di samping itu, hak seseorang individu dengan sahabat itu meliputi beberapa bidang seperti hak dibidang harta, hak memberi bantuan rohani dan jasmani, hak memelihara lisan, hak mendoakan, hak memberi salam hak menepati janji dan lain-lain.
p/s : marilah bersama kita berfikir bagaimana kita hendak memilih sahabat dan dari segi apa yang dinilai.

Sunday, January 31, 2010
MaSa
Dr. Hashim al-Talib (1991) Training Guide for Islamic Workers. lllT Washington, antara lain menyebutkan agar kita :
Gunakan masa untuk berfikir, sesungguhnya ia sumber kekuatan.
Gunakan masa untuk bermain, sesungguhnya ia menyegarkan.
Gunakan masa untuk membaca, sesungguhnya ia asas hikmah.
Gunakan masa untuk berdoa, sesungguhnya ia merupakan kuasa terkuat di dunia.
Gunakan masa untuk sayang-menyayangi, sesungguhnya iman itu adalah kecintaan.
Gunakan masa untuk bersahabat, sesungguhnya itu jalan menuju kebahagiaan penenang yang baik.
Gunakan masa untuk bersedekah, sesungguhnya masa hidup terlalu singkat untuk mementingkan diri sendiri sahaja.
Gunakan masa untuk bekerja, sesungguhnya ia syarat untuk kejayaan dan jangan membazir masa.
Ingat pesanan Rasulullah S.A.W,” sesiapa yang hari-hari hidupnyaadalah sama (dalam mencapai sesuatu) tergolong dalam mereka yang tewas.

Friday, January 15, 2010
Cinta Allah
Ibn Qayyim mengibaratkan cinta kepada Allah seperti sepohon pokok:
AKAR adalah simbol ketundukan kepada Allah.
BATANG adalah pengenalan mendalam tentangNya.
RANTING adalah perasaan takut kepadaNya.
DAUN adalah rasa malu kepadaNya.
BUAH adalah ketaatan kepadaNya.
UNSUR LAIN seperti matahari, air dan tanah adalah ingat kepadaNya.
Andai salah satu daripada elemen ini tiada atau hilang maka berkuranglah kadar cinta tersebut.Maka...marilah kita bersama-sama menilai..bermuhasabah bagaimana cinta kita kepada Allah.
(sumber:majalah SOLUSI ISU NO.15)

Saturday, January 2, 2010
Langkah Tercipta
Aku telah melontarkan kehidupanku,
Ke dalam jurang tanggungjawab,jurang amanah,
Ini yang harus ku pikul,
Bukan aku hendak mengeluh,
Bukan pula aku menyesal,
Kerana ia adalah sebuah jalan yang aku pilih sendiri,
Berlandaskan bisikan hati daripada Ilahi.
Aku insan biasa,
Yang tidak punya apa-apa,
Mengharungi hidup yang penuh badai,
Berbekalkan kudrat Ilahi,
Yang sangat aku dambakan.
Aku mulai berfikir,
Benarkah langkah yang kupilih ini,
Apa yang terjadi sekiranya ‘pointer’ ku jatuh,
Apa yang berlaku andai tiada lagi keikhlasan di hati ini,
Wajarkah aku tersungkur,
Adakah harusku mengalah dan terus alpa,
Aku harapkan bimbingan dariNya,
Serta taufik dan hidayah sepanjang danau yang ku lalui.
Aku sedar keikhlasan yang dinilai,
Zikrullah adalah makananku,
Kebergantungan pada Ilahi dari hati,
Agar amal ini menjadi bahagian yang akan ku bawa ke sana kelak,
Keampunan yang kuharapkan,
Andai tersilap langkah.
Aku percaya akan kuasa Ilahi,
InsyaAllah,dalam badai,
Laluan yang ku tempuh,
Akan ada lingkaran pelangi yang indah,
Disebalik cabang-cabang liku yang tajam.
Rayuku kepada Ilahi,
Bimbinglah diri ini kejalan redhaMu,
Jangan biarkan diri ini mengalah,berputus asa,
Lemah dan alpa,
Percaya dan yakinlah pada kehendakNya,
Yang Maha Agung,
PertolonganNya sentiasa mengiringi kita,
AMIN.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Emosi seorang Ibu
Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...
-
Bismillahhirrahmanirahim,,, Assalamualaikum,.... Alhamdulillah semester 4 nie bermula dengan lancar hanya sedikit masalah pada sistem penda...
-
Bismillah Assalamualaikum... Alhamdulillah syukur yang tak terhingga dipangjatkan apabila program kemuncak kolej pada bulan ramadhan tahun...
-
Assalamualaikum,...... Just nak share gambar,...alhamdulillah 26/11/2011 pergi field trip ke Putrajaya,...melawat Taman Botani dan Taman ...