Aku telah melontarkan kehidupanku,
Ke dalam jurang tanggungjawab,jurang amanah,
Ini yang harus ku pikul,
Bukan aku hendak mengeluh,
Bukan pula aku menyesal,
Kerana ia adalah sebuah jalan yang aku pilih sendiri,
Berlandaskan bisikan hati daripada Ilahi.
Aku insan biasa,
Yang tidak punya apa-apa,
Mengharungi hidup yang penuh badai,
Berbekalkan kudrat Ilahi,
Yang sangat aku dambakan.
Aku mulai berfikir,
Benarkah langkah yang kupilih ini,
Apa yang terjadi sekiranya ‘pointer’ ku jatuh,
Apa yang berlaku andai tiada lagi keikhlasan di hati ini,
Wajarkah aku tersungkur,
Adakah harusku mengalah dan terus alpa,
Aku harapkan bimbingan dariNya,
Serta taufik dan hidayah sepanjang danau yang ku lalui.
Aku sedar keikhlasan yang dinilai,
Zikrullah adalah makananku,
Kebergantungan pada Ilahi dari hati,
Agar amal ini menjadi bahagian yang akan ku bawa ke sana kelak,
Keampunan yang kuharapkan,
Andai tersilap langkah.
Aku percaya akan kuasa Ilahi,
InsyaAllah,dalam badai,
Laluan yang ku tempuh,
Akan ada lingkaran pelangi yang indah,
Disebalik cabang-cabang liku yang tajam.
Rayuku kepada Ilahi,
Bimbinglah diri ini kejalan redhaMu,
Jangan biarkan diri ini mengalah,berputus asa,
Lemah dan alpa,
Percaya dan yakinlah pada kehendakNya,
Yang Maha Agung,
PertolonganNya sentiasa mengiringi kita,
AMIN.
kecemerlangan.....bermula dari dalam.....Ledakan Iman & taqwa mampu mengubah dunia & isinya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Emosi seorang Ibu
Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...
-
Bismillah... Semasa perjalananku ke universiti, sempat aku mendengar bicara seorang ilmuan. Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 20...
-
Best Seller! Whatsapp: 0137386977 📚 Al Quran Pelangi & Tajwid Humaira Zip A6 Edisi Baru 💲RM45 POS RM8/RM12 Ke...
-
Bismillah.... Seawal pagi aku mendapat perkhabaran abang iparku kemalangan. Agak teruk di bahagian kaki kananya. Seorang wanita telah me...
No comments:
Post a Comment