Tuesday, August 31, 2010

Murni Ramadhan..!!

Bismillah 
Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur yang tak terhingga dipangjatkan apabila program kemuncak kolej pada bulan ramadhan tahun ini sudah selesai. Pada program kali ini ana memegang jawatan Ketua Unit Makanan. Ini lah kali pertama ana memegang jawatan dalam hal mamam nie,...hehe....Agak mencabar sebenarnya jawatan ini tetapi alhamdulillah ana dapat melaksanakan dengan baik. Alhamdulillah dengan bantuan rakan-rakan sejawatan JKM, pengetua kolej, felo-felo serta pembantu-pembantu felo...sayang korang semua....

******************************************************

Sahabat semua,...mana tak nyer mencabar jawatan ini...as a KU...ana kene banyak berhubung dengan pengusaha-pengusaha kafe untuk berbincangan mengenai harga makanan....actually pada permulaannya program ini agak kurang bajet nya....alhamdulillah pada penghujungnya semua bajet dalam lingkungan.......

Bagi ana, apa yang boleh ana belajar dalam memegang jawatan di dalam unit makanan ini....(actually leh apply tok semua jawatan or bidang tugas)
  • menyusun strategi dengan menyenaraikan semua tugasan (portfolio tugasan) agar kita mengetahui apa yang harus kita lakukan.....sekiranya kita ragu-ragu,...ringankan mulut anda untuk bertanya....if not sesat jalan.
  • bertindak semasa diri dalam keadaan stabil bukan menurut kehendak emosi....ana sering melakukan ini,...dan akan cuba sedaya upaya menghindarkannya....
  • pandai membahagikan tugas kepada ajk-ajk dibawah unit.....sekiranya ajk anda bermasalah cuba bertanya apa masalahnya....if something wrong banyakkan bersabar dan bersangka baik.
  • lagi.......jadilah seorang yang tegas di dalam memberi arahan dan membuat keputusan...perkara ini ana lemah sikit...kene banyak belajar lagi.....
  • jadilah seseorang yang membuat keputusan dengan bijak.....jumaat lepas ana berkesempatan pergi mendengar ceramah Dr. Farahwahida. beliau ada mengingatkan mengenai solat istikharah, solat ini adalah untuk kita di dalam ragu-ragu untuk membuat keputusan. Ia bukan sekadar untuk membuat pilihan jodoh atau sebagainya tetapi solat ini untuk memudahkan kita membuat pilihan atau keputusan di dalam kehidupan sehari-hari ini. Maka marilah kita meningkatkan amalan kita.
  • yang paling penting  pergantungan dengan Allah jangan lepas...Dia sahajalah yang memahami diri kita...orang lain tak kan dapat memahami diri kita...kerana Dia lah pencipta kita.....dan kita perlulah sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana hanya dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik buat dirimu.
  • ana juga dapat sedikit pengalaman daripada seorang pengusaha makanan,....apa yang berlaku...rasa hati seorang pengusaha kafe....ana lebih memahami sedikit kerjaya sebagai seorang peniaga....kita tahu yang 9/10 rezeki ada pada perniagaan, kita lihat cam senang je kan...tetapi cabaran dan rintangannya juga 9 kali daripada jenis pekerjaan yang lain.
  • dan akhir sekali biar orang lain buat kita dan jangan kita buat orang lain....sebab nya 'what you give, you get back'.....
Akhirnya,...ana nak ucapkan ribuan terima kasih dan memohon akan salah, silap serta keterlanjuran kata kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak......hehe...alhamdulillah...

Ana ada satu je lagi tugasan bagi unit makanan ini...hehe...laporan unit...da nak kene anto....

InsyaAllah bersamalah kita memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik lagi,..... 

p/s: if sesiapa nak bagi pandangan or nak tambah, bagi la ya...insyaAllah bersamalah kita memanfaatkannya.....

Friday, August 20, 2010

Wahai Diri,..


Assalamualaikum....
Bismillah....

alhamdulillah...pejam celik,..pejam celik,..da hari ke-10 ramadhan kita berpuasa.. Macam-macam yang berlaku pada diri ana hari ini,...

Wahai diri...
Kau sedang berada di dalam bulan ramadhan,
Janganlah engkau leka dan alpha,
Dengan nikmat dunia yang hanya sementara,
Rebutlah ganjaran yang telah Allah hidangkan sepanjang bulan ini.

Wahai diri...
Kuatkan lah dirimu untuk melaksanakan semua perintah Tuhan mu,
Jangan lah engkau mengeluh,
Jangan biarkan dirimu tersengkur ke lembah hina,
Sabarlah wahai diri untuk membina rumah di sana.. 

Wahai diri...
Memang hidup ini tidak terlepas dari dugaan,
Allah tidak menduga hambanya, sekiranya hambanya tidak mampu.

Wahai diri...
Bangkitlah,
Carilah redha Tuhanmu....
Usahalah dengan semampu-mampunya untuk mendapatkan ganjaran ramadhan kali ini,
Kerana kejayaan hanya milik orang yang berusaha.

Wahai diri...
Panjatkanlah doa kepada yang Esa,
Agar kali ini adalah ramadhan yang teristimewa buatmu,
Janganlah Engkau berputus asa,
Kerana Allah Maha Mendengar rintahan hambaNya.

Wahai diri...
Muhasabahlah selalu diri mu,
Agar engkau menyedari dimanakah dirimu sebenarnya,
Carilah...dampingilah hamba-hamba Allah yang rapat dengan Nya,
Kerana apabila diri mu melihat mereka pasti fikiranmu kepadaNya.

Wahai diri,
Bersyukurlah dengan ramadhan kali ini,
Engkau dipertemukan lagi,
Mungkin ini kesempatan terakhir.

Wahai diri...
Berusahalah tingkatkan iman di dadamu,
Ambillah peluang ramadhan ini sebagai bulan yang mentarbiah dirimu,
Jangan sekali-kali engkau meletakkan pergantungan melainkan hanya kepada Allah.

Saturday, August 7, 2010

Istimewanya Ramadhan...


Assalamualaikum....
alhamdulillah sempat juga ana nak post tok entry kali ni...asyik tertangguh je disebabkan kekangan yang tidak dapat dielakkan......

Diam tak diam kita sudah hampir ke bulan ramdhan ,....yang penuh dengan rahmatNya....
minggu lepas ana balik kg....ana terlihat di atas meja ada sebuah buku bertajuk 'Bingkisan Ramadhan' karangan Zuridan Mohd Daud....Ya Allah siapa  punyer buku la....nak baca sangat....rupa-rupa adik ana...then ana risik la nak baca blh..hehe...(sebab dia tak baca lagi)...dapat hadiah kata nya.....alhamdulillah di bagi jugak...so ana nak kongsi la kat entry kali...insyaAllah.....

Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi menjenguk kita. inilah musim di mana amal ibadah dilakukan dengan penuh kekhusyukan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran yang berlipat gandadaripada Allah SWT. Ini juga di mana pada pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja, kerana ramadhan ialah bulan limpahan ganjaran pahala yang penuh dengan kebaikan. inilah bulan di mana Allah SWT menurunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan menjadi garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan.

Ramadhan awalnya adalah rahmat, pertengahan adalah keampunan dan penghujungnya adalah pelepasan dari azab api neraka.

Nabi muhammad menyatakan kelebihan bulan melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :

"Apabila tibanya Ramadhan dibukakan pintu-pintu syurga, maka tertutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu."
Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim
apa yang dimaksudkan dalam hadis di atas dengan 'pintu-pintu syurga dibuka' , ialah tawaran ganjaran yang berlipat kali ganda bagi mereka yang beribadah sebagai galakan agar sentiasa meningkatkan amalan mereka. Maksud 'pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu' adalah kerana naluri keinginan syahwat bagi mereka yang beriman akan berkurangan dan menyebabkan maksiat di kalangan mereka pun berkurangan kerana syaitan tidak mampumenghasut mereka. ini menjadi pendinding dari dihumbankan ke dalam api neraka.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi Muhammad SWT telah bersabda yang bermaksud :


"Diberikan kepada umatKu lima kelebihan yang tidak diberikan kepada umat terdahulu, (iaitu) mulut orang yang berpuasa lebuh harum baunya di sisi Allah daripada bau kasturi. Para malaikat memohon keampunan untuk mereka sehingga mereka berbuka puasa. setiap hari pula Allah sentiasa menghiasi syurga dan berfirman :" sedikit masa lagi hamba-hambaKu yang soleh akan terlepas dari mereka beban yang kesakitan dan mereka akan menuju ke dalam mu (syurga). Para syaitan pula digari dan mereka tidak mampu melakukan apa yang boleh mereka lakukan pada waktu lain. kemudian mereka semua (orang berpuasa) akan diampunkan hingga ke akhir malam." Ditanya kepada baginda SAW,"Wahai Rasulullah apakah ia malam lailatulqadar?" Jawab Baginda, "Tidak , tetapi orang yang beramal akan diberi ganjaran jika laksanakan amalannya." Diriwayatkan Imam Ahmad dalam Musnad.

Berdasarkan hadis diatas, terdapat pelbagai keistemewaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW. Khususnya pada bulan ramadhan yang mulia ini dan antara keistemewaan tersebut ialah seperti berikut:

  1. Mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT dari bau kasturi. perkataan Khuluf bermaksud perubahan bau mulut apabila perut kosong. Baunya memang busuk pada orang ramai tetapi pada sisi Allah sangat harum, kerana ia adalah hasil dari melaksanakan ibadah kepada Allah SWT. setiap perkara yang terhasil dari ibadah kepada Allah adalah sangat disukaiNya. Seperti contoh orang yang mati syahid. Dia dikebumikan dengan kesan darah kerana pada hari kiamat, darah itu akan mengalir dan baunya harum sebagai bukti kesyahidannya mempertahankan agama Allah. Dalam ibadah haji pula,Allah SWT berbangga dengan jemaah haji tubuh mereka kotor berdebu lalu Allah berfirman (hadis Qudsi) :  maksudnya : "Lihatlah hamba-hambaku, mereka datang kepadaKu dalam keadaan berdebu". Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban di dalan kitab sahihnya.
  2. Para malaikat  memohon keampunan untuk mereka hingga waktu berbuka puasa. Pastinya doa para malaikat akan diperkenankan Allah, kerana mereka tidak pernah membuat maksiat malah mereka sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Mereka diberikan tugas mendoakan kaum muslimin yang terdiri dari kalangan umat yang sedang berpuasa sebagai tanda keistimewaan kedudukan umat Nabi Muhammad SAW.
  3. Allah sentiasa menghiasi syurga setiap hari sebagai persiapan menyambut kehadiran orang yang berpuasa dan sebagai galakan agar mereka berusaha menambah amal ibadah pada bulan ini. mereka juga akan dilepaskan dari beban dan kesusahan di dunia seterusnya mudah melaksanakan segala macam ibadah.
  4. syaitan digari dengan rantai menyebabkan mereka tidak boleh mengganggu orang-orang yang soleh. ini merupakan bantuan dari Allah kepada mereka, di mana Dia mengurung musuh umat manusia yang mengajak mereka ke lembah neraka. Justeru, ketika datangnya ramadhan, akan tmbullah keinginan beribadah yang tinggi.
  5. Allah SWT mengampuni dosa org yang berpuasa pada setiap hujung malam di bulan ini. sekiranya mereka bangun mengerjakan ibadah, bertaubat, bermunajat kepadaNya serta melaksanakan ibadah puasa di siang hari dengan penuh kekhusyukan. mudah-mudahan kita tergolong dalam hamba yang menyambut ketibaan ramadhan dengan penuh kegembiraan. 
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Menyuruh kepada yang makruf, mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli kitab neriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka di antara mereka yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq"
(Surah Ali Imran:110)

Demikianlah keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan ramadhan yang seharusnya menjadi satu galakan kuat kepada umat Islam agar bertungkus-lumus dan berlumba-lumba mengejar pahala seperti dijanjikan pada bulan yang mulia ini. Marilah kita bersama-sama berdoa, agar Allah menetapkan hati semua supaya terus istiqamah, beribadah dan beramal kepadaNya. 

p/s : selamat menyambut ramadhan ,...semoga ramadhan kali ini dapatlah kita bersama-sama merebut peluang yang diberi Allah sepanjang bulan yang penuh dengan rahmat Allah ,..insyaAllah.....


Saturday, July 17, 2010

Tidak Banyak Ketawa...

Bismillah...kali ni ana nak berkongsi tentang ketawa....mengapa ana pilih ketawa kerana ana nak mengingatkan diri yang sering leka dengan dunia disamping tue nak kongsi dengan semua....insyaAllah....

Pada dasarnya ketawa adalah sihat dan adalah naluri yang tidak dapat dihilangkan daripada diri manusia. Syariat pun tidak pernah melarangnya. Tetapi yang tidak digalakkan adalah ketawa secara berlebih-lebihan.

Ramai ulama mencela tawa ria secara berlebihan. Ini adalah kerana jika manusia dapat merenungi dirinya dan segala amal perbuatannya, sudah tentu mereka akan menangis. Mereka akan memikirkan tentang dosa yang kelak akan dibalas dengan seksaan. Malah, semakin hari, dosa semakin bertambah sedangkan umur semakin berkurang. Kesempatan untuk berubah dan menghapuskan dosa pun semakin berkurang. Menurut riwayat yang masyhur, Rasulullah SAW sendiri tidak pernah ketawa hingga terbahak-bahak dan mengeluarkan suara.

Islam mengajak umatnya meratapi dosa dan kejahatan yang pernah dilakukan. Hakikatnya, ibadah malam adalah waktu yang tepat untuk mengadu, meratapi  dosa dan memohon keampunan Allah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW berpesan,
'...Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana tertawa yang berlebihan menyebabkan hati menjadi mati.'
(At-Tirmizi)

Rasulullah SAW memberitahu dengan jelas, banyak ketawa mematikan hati. Hati yang mati adalah hati yang keras dan kering, iaitu hati yang enggan menerima petunjuk kebenaran. Malah jika hati sudah mati, kegelapan akan selalu menyelimuti jiwanya..... ketawa yang berlebihan tidak hanya mematikan hati, tetapi juga melenyapkan cahaya iman di wajah seseorang......

Sahabat semua,..Rasulullah adalah peribadi agung yang mesti dicontohi dan diteladani. Suatu ketika, Jabir bin Samurah ditanya oleh Simak, "adakah kamu sering bersama Rasulullah SAW?" Dia menjawab, "Ya. Baginda adalah seorang yang pendiam dan sedikit ketawa, maka Rasulullah SAW hanya akan tersenyum."

Bahkan dalam sebuah riwayat ,'Aisyah pernah menyatakan,

"Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW sekali pun ketawa terbahak-bahak hingga terlihat gigigeraham bawahnya. Baginda hanya sering tersenyum"
(Al-Hakim an-Naisaburi)

Sahabat semua, ketawa yang berlebihan, menurut berbagai-bagai riwayat yang disebutkan di atas, sudah tentu tidak membantu mewujudkan hati yang bersemangat mengerjakan ibadah malam.

Sahabat semua, sebenarnya, orang yang soleh paling bimbang akibat ketawa berlebihan, kerana akibat yang akan membuat hati rosak dan sukar untuk menerima cahaya iman dan petunjuk. Dengan diri yang biasa ketawa terbahak-bahak, hati yang menjadi sumber semangat untuk beribadah mudah hancur. Jadi, manusia yang paling mudah bangun malam untuk melaksanakan ibadah adalah mereka yang menjaga mulutnya daripada ternganga ketika ketawa.

ana menyeru diri ini dan sahabat semua agar bersama-samalah kita memperbaiki diri kearah redhaNya......

Sumber rujukan : Munajat Malam (Bimbingan lengkap Ibadah Malam)...pengarang YUSNI A.GHAZALI...   PTS ISLAMIKA Sdn. Bhd
                                                         

Wednesday, July 7, 2010

As a crew (part 2)

Bismillah...

Maaf la ya ,...ana lambat update...alhamdulillah selepas khusus, kami (krew) masing-masing pulang ke kolej sendiri untuk membuat persediaan....namun begitu ada sebahagiaan di antara kami berkhidmat untuk kolej lain..ini kerana jumlah krew daripada kolej tersebut tidak cukup bagi MTM nie. Kolej kediaaman yang menyumbang bilangan krew yang paling ramai iaitu 27 orang....Kolej Tun Fatimah


Pada tanggal 3 Julai 2010, beberapa kolej kediaman akan menerima kemasukan mahasiswa baru seperti KTF, KTHO, KP, K9, K11, KTGB dan FKE....selebihnya mendaftar pada 4 Julai 2010....perbezaan hari mendaftar ini untuk mengelakkan kesesakan di dalam kampus....

Sehari sebelum hari pendaftaran, semua krew sibuk dengan persiapan...bagi pengalaman ana sendiri , ana tidur pukul 1 pagi lebih kurang la....malam tu memang sibuk dengan persiapan menghias kaunter-kaunter...menggantung banner....alhamdulillah berkat kerjasama semua krew , pengetua, felo, pembantu felo semua staf KTF  kerja yang banyak tue dapat diselesaikan dengan baik.....dan pada hari pendaftaran semua berjalan dengan lancar.....cuma ada beberapa perkara yang tidak sempurna...biasa la kan....no one is perfect,,....



SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA MAHASISWA BARU KE KAMPUS UTM JB


Thursday, July 1, 2010

As a crew...

Bismillah....
Assalamualaikum...
Ana nak berkongsi sedikit pengalaman...sebenarnya bukanlah pengalaman, tetapi perkara itu ana alaminya...(pengalaman la tue...)....sekarang ana sedang mengikuti sebuah khusus iaitu Khusus Krew Minggu Tranformasi Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia....



Pada mulanya, ana ingat khusus ni biasa-biasa je ...rupa-rupanya sangkaan ana meleset. Ini adalah khusus yang pertama kali ana masuk di bawah kelolaan universiti...sebelum nie hanya khusus di bawah kolej kediaman ataupun fakulti....Minggu Tranformasi Mahasiswa (MTM) adalah sebuah minggu orientasi...nak sambut mahasiswa baru yang melanjutkan pengajian mereka di UTM....

Sebelum menyambut mahasiswa baru nie....kami yang mengikuti khusus ini (bakal krew), telah pun diberi pendedahan bagaimana untuk menjayakan Minggu Tranformasi Mahasiswa ini...khusus ini mempunyai 2 fasa,...pertama diadakan di Tiara Beach Resort, Port Dickson dan fasa kedua diadakan di Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI)....

  Tempat bermandi di Tiara Beach Resort

bersambung......




Tuesday, June 15, 2010

Rejab


Sedar atau tidak kita kita telah memasuki bulan rejab...iaitu bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Alhamdulillah kita telah diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini lagi. Bagi ana hadirnya bulan ini, ia mengingat kita akan kehadiran bulan Nabi iaitu Sya'aban serta bulan Ramadhan,..seharusnya muhasabah diri perlu dipertingkatkan pada bulan ini supaya kita dapat menempuh bulan berikutnya dengan penuh kesediaan taqwa pada Nya.

Bulan Rajab dikenali juga sebagai bulan Allah...

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa.

1. Puasa 1 hari - mendapat keredhaan yang besar daripada Allah.
2. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan daripada Allah.
3. Puasa 3 hari - diselamatkan oleh Allah daripada bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila dan fitnat syaitan serta dajal.
4. Puasa 7 hari - ditutup 7 pintu neraka.
5. Puasa 8 hari - dibuka lapan pintu syurga.
6. Puasa 10 hari - Allah akan memakbulkan permintaannya.
7. Puasa 15 hari - Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan.
8. Tambahan puasa - menambahkan pahalanya.
9. Membaca surah al-Ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih.
10. Membaca al-Quran.
11. Memperbanyakkan doa, istighfar...
12. 27hb Rejab Isra' Mi'raj...digalakkan membaca atau mendengar kisah-kisah berkenaan peristiwa ini dan mengerjakan puasa sunat.

Andai diri ini alpha sebelum ini... selain berkongsi dengan pembaca semua,..ana juga memperingatkan diri yang sering alpha dengan dunia,...semoga kita sentiasa dibawah rahmatNya,...InsyaAllah...,,

sumber daripada buku 'Indahnya Hidup Bersyariat'...

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...