Wednesday, May 15, 2013

Aku Rindu Zaman Diuji


Aku rindu zaman diuji,
Meski air mata mengalir laju di pipi,
Namun itu lebih kusukai,
Dari zaman aku hidup lalai,
Bersukaria dan Tuhan pun mula aku lupai.

Aku rindu zaman diuji,
Zaman ku sentak jiwa,
Terjaga dari panjangnya lena,
Mengingatkan diri pada fananya dunia,
Bahawa aku perlu lekas bersedia
Sebelum nanti kembali pada-Nya.

Aku rindu zaman diuji,
Zaman aku belajar menghargai,
Erti cinta, korban kedua orang tua,
Yang kala aku senang aku melupakan mereka,
Kala ku susah,
Tiada pernah mereka menjauh memisah.

Aku rindu zaman diuji,
Zaman ku kenal siapa sahabat siapa bukan,
Kala tawa menjemput ramai kenalan,
Tangis duka telah mengenalkanku pada teman perjuangan.

Aku rindu zaman diuji.
Sungguh, aku rindu.


Puisi Aku Rindu Zaman Diuji
[140513] Irbid,
Jordan.
Fatrah Final Exam.

credit to :  Afdholul Rahman 

 itulah fitrah insan ,..bila diuji itulah sebenarnya kasih dan rahmat Allah yang sentiasa bersama,..
berbaiklah sangka di setiap ujian menimpa,..insyaa Allah ada bahagiannya,..

Thursday, May 9, 2013

Tangisan

Tangisan buat aku lapang
Tika ia ditahan 
Terasa perit teramat
Tidak tahu datang dari mana
Mungkin tandusnya cinta pada Tuhan

Pabila bersujud padaNya
Menadah tangan
Aku lemparkan semua rasa dalam ungkapan doa

Terasa hilang
Aku lepas segala tangisan
Mungkin kekhilafan diri insan dalam harungi dunia

Indahnya rasa cinta Tuhan itu
Tidak dapat aku gambar
Dipukul perasaan cinta dan kasih Nya

Bersama Mu Tuhan 
Indah itu masa
Engkau tidak pernah meninggalkan aku walau seketika
Tapi aku sering alpa dalam tipuan dunia 

Hanya pada Mu Tuhan 
Aku harapkan cinta....


Nurul Izzati Atan
090513
19:02
UTMJB

Wednesday, May 1, 2013

Ajak saya keluar?!..

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum...

alhamdulillah,..masih diberi kekuatan untuk terus berada dijalanNya,..apa khabar kalian semua,...harapnya semua baik-baik ya,..sempat la ...saya melihat satu post dari seorang insan hebat berkaitan cinta di facebook,..tertarik saya nak membacanya....

Jom kita baca post dari beliau,..


Sedikit motivasi untuk adik-adik yang sedang diuji dengan cinta :

Kerapkali kita didesak untuk mentafsirkan cinta dengan perbuatan kita, sedang ia cuma dorongan rasa yang kita sendiri keliru tentangnya.

Bila dia ajak berbual di telefon, sedangkan tiada apa perkara penting yang hendak dibincang dengannya, maka anda mengelak atau menolak. Dia mungkin marah, atau kecewa, atau merajuk, tetapi anda perlu yakin bahawa itulah cara sebenar mempertahankan cinta, jika ada ikhlas antara anda dan dia.

Bila dia ajak berjumpa, tanpa mahram yang ikut serta, diminta pula mengikutnya ke sini sana, maka anda membantah dan memberi saranan yang lebih selamat untuk anda dan dia ( agar Syaitan tidak menjadi pihak ketiga ). Dia mungkin marah, kecewa, atau merajuk dengan anda, tetapi yakinlah bahawa itulah cara terbaik untuk anda menjaga maruah dan ketinggian nilai cinta, jika benar nilai itu dihormati oleh anda dan dia.

Bila dia berjaya pujuk anda keluar bersama buat pertama kali, ataupun anda dan dia terlalai seketika dari menjaga hubungan yang sepatutnya masing-masing peka akan batasnya, maka anda pun meminta untuk mengambil sedikit masa berhenti berhubungan atau berjumpa, atau mengajaknya kembali bertaubat dan perbetulkan semula perhubungan pada landasannya. Dia mungkin bersikap acuh tak acuh, atau kurang setuju dengan anda, atau masih tegar merasakan apa yang berlaku masih 'okey' dan 'biasa sahaja' di kalangan orang yang sedang bercinta, tetapi yakinlah dengan menjauhinya seketika dan kembali memperbetulkan halatuju dan niat semata-mata kerana-Nya, itulah sebaik-baik cara untuk anda menjadikan sorak tawa syaitan kembali berkalut hiba.

Ada ketikanya anda diugut untuk ditinggalkan. Ada ketikanya anda dituduh tidak serius dengan perhubungan. Ada ketikanya dia mengeluh ketegasan anda itu 'kaku' lagi membosankan. Ada ketikanya dia melenting apabila ditegur dan diberi peringatan.

Yakinlah bahawa anda di pihak yang benar. Cinta di hati anda itu benar, namun cara yang diajak olehnya itu salah lagi bathil. Justeru sudah tentulah mempertahankan suatu yang suci dari dicemari oleh kemabukan nafsu itu lebih bermakna atas nama cinta, daripada membiarkannya hanyut atau bersama-sama mengotorinya dengan memperjudikan nama cinta.

Jika benar akhirnya anda ditinggalkan, yakinlah bahawa Allah tidak pernah meninggalkan anda. Bahkan saat anda ditinggalkan itu, sebenarnya adalah saatnya Allah menunjukkan kasih sayang-Nya Yang Maha Agung kepada anda. DIA telah menyelamatkan anda dari hanyut dengan keseronokan yang sementara. DIA juga telah menunjukkan kepada anda bahawa yang dalam hati anda itu namanya cinta, sedang perbuatan maksiat yang anda tolak itu namanya nafsu.

Sehebat-hebat kasih sayang manusia, hebat lagi kasih sayang Allah kepada kita. Orang yang ikhlas Allah sayang, Allah akan sentiasa tolong. Moga Allah merahmati setiap jiwa yang sedang bermujahadah mempertahankan kesucian cinta mereka, dari tersungkur di pintu maksiat dan dosa.

Amin.


Moga kalian mendapat manfaat ya....kalau korang nak lagi motivasi cinta Bersyari'at ini ,..meh klik kat sini...
myilham ....

Semoga hari-hari kita sentiasa di dalam redha dan kasih sayang Allah,..
terima kasih sudi membaca...(^_^)

Friday, April 26, 2013

Itu Rasa


Sangka baik itu bukan mudah jika tiada rasa,
Kekadang kita rasa kita upaya hadapi tapi sebaliknya,
Kekadang aku terfikir mengapa sukar untuk bicara,
Tidak semua orang serupa penanya.
Apa yang engkau fikir…tidak sama dengan apa yang difikir,
Anggaplah itu karma hidup berTuhan,
sentiasa tiada jalan indah selagi belum sampai matlamat.

Sang pendidik pernah bicara, hidup ini tidak pernah ada jangan mudah selagi kita belum sampai ke busar.
Doakan kebaikan temanmu.
 Jika benar ikhlasmu melihat mereka gembira, 
Allah akan gantikan dengan nikmat yang lebih indah.

Sukar untuk ku mengungkap kata,
takut-takut bicara hina,
namun aku tiada daya
untuk terus bertahan dengan ini semua.

Duhai sang hati, sabarlah dalam menempuh segala….
Benar ia bukan mudah, namun itu bukan alasan engkau rebah…
Pasaklah jiwa hamba dalam diri insan
Agar langkah mu sehaluan dengan tutur kalam Tuhan.

~Nurul Izzati Atan~
~260413~
~21:24~
KTF,UTM

hanya sebuah coretan rasa hati kehidupan.....
Segalanya kerana Allah...Moga Allah redha dipersimpangan kehidupan ini.....

Tuesday, March 26, 2013

Itu Masa



Itu masa
Sebuah amanah yang besar,
Sia-sia dibiar hilang,
Saat itu tidak kembali dengan saat yang sama,
Waktu itu tidak akan kembali dengan waktu yang sama,
Andai ia hilang sia, maka rugilah kita.

Itu masa,
Terasa singkat,
Dirasakan setahun seperti sebulan,
Sebulan dirasakan seminggu,
Dan seminggu dirasakan sehari,
Benar bicaramu Ya Rasulallah.

Itu masa,
Aku takut akan hilangnya,
Kerana kelak aku ditanya akan gunanya,
Tapi, aku sering alpa dengan pergi nya begitu saja.

Itu masa,
Pintalah kepada pemilik nya,
Agar engkau diberi daya untuk menakluki nya,
Kerana engkau hambaNya yang tiada apa-apa,
Hidup mati hanya bergantung harap semata-mata padaNya.

Ayuh diri!
Itu masa emas,
Barangkali bukan emas, ia nyawa.
Eratlahnya sebaiknya agar jalanmu disusuri redha dariNya.

Nurul Izzati Atan
260313
0100
KTF




Sunday, March 24, 2013

Semester 8

Assalamualaikum....

Rasa nya agak lambat untuk saya menceritakan tentang semester 8 ini kerana sekarang sudah masuk minggu ke 7 kuliah....tetapi  saya nak kongsi kan juga....(^_^)
alhamdulillah...syukur...seperti tidak percaya sudah 8 sem. saya menuntut di bumi UTM.............

Semester ini saya mengambil 7 subjek utama iaitu 

TEKNOLOGI PEMBUATAN
TEKNOLOGI AUTOMOTIF
TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN II
AGROTEKNOLOGI 
ASAS PENGURUSAN INOVASI & PENGELUARAN PRODUK
PENGAJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR
PROJEK SARJANA MUDA II

agak mencabar subjek-subjek ini..maklumlah da akhir....kekadang saya terfikir...terutama subjek automotif...huhu.....Ya Allah kenapa aku kene belajar automotif...kurang minat secara jujur nya....minat itu perlu tanam.... itu lah ilmu...dari tidak tahu kepada tahu...tidak faham kepada faham...insyaa Allah sentiasa perbetulkan niat kerana itu ilmu Allah...insyaa Allah ia sangat bermanfaat bagi hamba yang mahu berfikir...so positif....!!

~Ini lah suasana di dalam bengkel automotif....~


Agroteknologi pula.....syukur,..banyak ilmu dipelajari....daripada sem 1 hingga sem 8 ini ...kami tak pernah terpisah daripada ladang....menjalinkan hubungan dengan alam sekeliling....jom kita lihat gambar kami nyer projek...

~membuat baja kompos~

 ~buat batas nak tanam sayur~

~ni bukan buat lubang kubur ok.....ini proses double digging..~

Sem ini juga ada cooking,...banyak yang dipelajari...ia lebih pada proses membuat bahan makanan ..sebagai contoh membuat mee kuning, laksa, air soya.....

~Dr Rizal sedang memberi markah..buat mee kuning, laksa & dadih~

~membuat air soya, taufu fa & tapai~

PSM pula...sangat mencabar diri ku,..perlu berjumpa dengan insan-insan yang berpengalaman di dalam dunia pendidikan..kebanyakkan daripada universiti lain....alhamdulillah...Allah mudahkan urusan ku....love Allah...terima kasih buat adik ku yang sudi menemani ....


~ Daripada kanan...Dr Hanizah Hamzah ...Pegawai di Lembaga Peperiksaan KPT
PM Dr Ahmad Esa...UTHM dan PM Dr Shatar Sabran UPM....
Semoga Kalian sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Nya~

Cukup setakat ini...insyaa Allah ada kelapangan saya cerita lagi ya....doakan saya dipermudahkan urusan semester akhir ini....terima kasih membaca story saya ini....semoga kita sentiasa berusaha menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari....

~wassalam~


"Wahai Allah....ampunilah segala dosaku....Engkau berilah hamba sesungguhan di dalam setiap apa yang hamba lakukan,...jangan Engkau biarkan hamba leka dengan dunia yang sementara ini....berilah hamba kesungguhan dan kekuatan untuk menamatkan pengajian di dalam masa yang telah ditetapkan dengan cemerlang...kuatkan semangat hamba...hanya padaMu hamba meminta Ya Rab..."





Buat mu Teman



Teman
Kehidupan sememangnya dipenuhi dengan liku-liku
Tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji
Ambil lah pengajaran di sebalik ujian yang Allah beri

Teman
Kekadang kita merasakan diri kita lah yang terbaik, terhebat
Kita lupa akan sebuah kuasa yang Maha Luas
Sebuah kuasa yang infiniti yang tiada pengakhiran
Kita mudah lupa diri
Kembali lah mengingati diri akan seorang hamba di muka bumi

Teman
Jangan sesekali engkau mencari buruk insan lain
Jangan engkau mudah rasakan engkau cukup nilai insani
Takut-takut buruk itu akan menempel pada dirimu kembali
Sedar lah tiada insan yang sempurna di muka bumi
Berkasih sayang lah hidup dipersinggahan ini

Teman
Andai engkau mudah berkecil hati, mudah terasa hati
Sedarlah, jiwa mu belum cukup besar
Hati mu belum kenal erti jatuh bangun
Usahlah dilayan akan rasa itu
Kelak memakan dirimu


Teman
Seringlah kau mengkoreksi
Melihat akan kelemahan diri
Baiki lah dalaman jiwa yang sering tewas dengan duniawi
Andai engkau diuji lihatlah dirimu kembali
Usah menuding jari, melempar keji.

Teman
Bangkitlah jiwa merdeka mu
dengan rindu mu pada kalamNya
dengan mentaati suruhan dan meninggal laranganNya
Jadikan lah yang Rasulullah tinggal itu iaitu Quran & Hadis
Sebagai tunjang dalam langkahmu

Teman
Jangan biarkan diri dibelenggu
Kesamaran yang tiada kesudahan
Bangkitlah dengan kalimah Allah untuk meneruskan perjuangan kehidupan
Jadilah khalifah yang diredhai

Teman
Pesanan ini buat mengingati diriku jua
Diri yang sering alpha
Marilah kita bangkit dengan sebarkanlah cinta Allah.

Nurul Izzati Atan
230313
UTMJB

~Saya Sayang kalian kerana Allah (^_^)~


Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...