Thursday, December 9, 2010

Untukmu WaNiTa,..

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum...

Entry kali ini ana nak berkongsi tentang UNTUKMU WANITA,...tersentuh ana baca,...ana ambil dari iluvislam...ana nak berkongsi dengan semua insyaAllah,...mudah-mudahan kita sentiasa berusaha menjadi hamba yang diredhaiNya,....InsyaAllah,....selamat membaca !! (^_^)



Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." 

Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.

Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.

Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. 

Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.

Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. 

Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, 
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.

Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.

Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."  
Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.

Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat

Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.

Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.

Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.

Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.

Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.

Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.

"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya."
(Surah Al-Ahzab, 33)

Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.

Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS. 
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.

Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.

Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS rumahnya.

Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.

Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.

Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).

Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.

Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.

Saidina Umar r.a berkata,
 "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.

Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?

Maka, labuhkanlah tudungmu.

Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab.

Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"

Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT." 

Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.

Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.

Saudariku,

Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.

Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.

Matanglah dalam urusan akhiratmu. 
Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.

Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.

Saudariku,

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.

Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

Wednesday, December 8, 2010

KliNik keSiHaTan,..

Bismillahirrahmanirrahim,……

Assalamualaikum….

Pada entry kali nie ana nak berkongsi mengenai pengalaman ataupun pendapat ana, dari apa yang ana perhatikan,….sebagai iktabar kepada kita semua insyaAllah,…….baru-baru nie ana menemani ibu ke klinik kesihatan,…..awal juga la sampai ketika itu,…kelihatan warga tua, muda pelbagai bangsa,……..mereka kelihatan menunggu giliran masing-masing,…ada yang termenung, senyum, muram dan lain-lain,…….macam-macam gelagat masyarakat yang boleh kita lihat disekililing untuk dijadikan iktibar serta bermuhasabah,…….

PERTAMA

Ana berjumpa dengan jiran sekampung ana,…ana agak terperanjat melihat makcik Y,…rupanya beliau sudah tiada kaki sebelah,..kaki makcik Y sudah dipotong akibat menyakit kencing manis yang dihidapinya,…dan sekarang penglihatannya pula makin kabur,..sebelah mata nya sudah tidak boleh melihat dan sebelah lagi hanya nampak bayang-bayang,…..makcik Y ditemani oleh suaminya,……ana akui ana kurang mengambil berat mengenai jiran kerana jarang berada di kampung kecuali cuti,..tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak mengambil tahu akan jiran kita,….betul tak??.......ada 2 perkara yang boleh dilihat iaitu kehilangan nikmat yang Allah kurniakan dan pengorbanan seorang suami,……..ana memperingatkan diri ini dan sahabat semua,….kita perlulah beringat 5 perkara sebelum 5 perkara….

1. Nikmat sihat sebelum sakit
2. Nikmat masa muda sebelum masa tua
3. Nikmat lapang sebelum sempit
4. Nikmat kaya sebelum miskin
5. Nikmat hidup sebelum mati

Adakah kita telah menggunakannya dengan sebaiknya,…sedarilah wahai diri,….kemudian, ana terharu melihat pengorbanan seorang suami,..subhanallah….ana juga dapat melihat seorang anak muda menyorong bapanya yang sakit(uzur),…..jadilah kita anak-anak yang soleh insyaAllah…..akhir sekali adab-adab berjiran,…..jangan lah kita hidup seperti katak di bawah tempurung,……dalam Islam juga sangat menitik berat akan adab-adab berjiran…….


KEDUA

Ada seorang pekerja di klinik kesihatan itu yang menjaga di bahagian ubat-ubatan,….dia sedang memahami tulisan doktor (arahan) untuk memberi ubat kepada pesakit….pesakit itu warga tua dan pekerja itu seorang wanita……situasi yang berlaku adalah warga tua itu menyatakan perkara berbeza dengan apa yang ditulis pada arahan doktor di buku kesihatannya………pekerja wanita itu mengambil masa juga untuk menerangkan kepada warga tua itu,…dia menerangkan dengan nada suara yang agak tinggi (hampir seluruh klinik dengar,..klinik kesihatan tak besar sangat), tidak senyum pun…apa yang ana nak sampaikan ,..ini hanya pandangan ana…..seharusnya pekerja wanita itu perlu menggunakan nada yang rendah dan mudah difahami mungkin tahap pemahaman warga tua sudah kurang berbanding orang muda……mungkin juga warga tua itu kurang tahap pendengarannya,… erm,…bergantung pada situasi,.. namun berbudi bahasa jangan pula diketepikan dan perlulah senyum,…dengan senyuman, pada hemat ana penyampaian akan menjadi lebih mudah dan mesra pelanggan,…..bukankah senyuman itu suatu sedekah yang mudah………..(^_^)..


p/s : mungkin pandangan sahabat semua berbeza,…..dipersilakan komen agar kita bersama memperingatkan antara satu sama lain….insyaAllah…………


Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah,..1432H...

Bismillahirahmanirahim,..
Assalamualaikum,..

Alhamdulillah,....da lama ana tak update blog nie,..hehe,...kat rumah nie ,...internet slow sedikit,...hehe,..SALAM MAAL HIJRAH  semua,...semoga tahun baru ini kita menjadi khalifah yang lebih baik lagi insyaAllah......

Pada akhir zaman ini,...kita dapat lihat dalam kehidupan bermasyarakat sekarang,.....masing-masing bermusuhan,..sifat hasad dengki dalam diri dan ingin menjatuhkan antara satu sama lain,....ada sampai sanggup menggunakan bomoh untuk menjatuhkan orang lain,..Islam menjadi asing dalam kehidupan,....inilah senario masyarakat sekarang,...tiada nilai kasih sayang,.....ana ingin mengajak semua untuk membaca tentang Hijrah pencetus muafakat membangunkan Islam oleh Nik Mustapha Nik Hassan
iaitu Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).


Kewibawaan Rasulullah membina masyarakat bersatu padu wajar dijadikan teladan

PERISTIWA Maal Hijrah yang disambut sebagai permulaan takwim Islam pada 1 Muharam, adalah peristiwa penuh bersejarah kepada umat Islam khususnya dan umat manusia amnya.

Peristiwa penghijrahan umat Islam dari Kota Makkah ke Madinah adalah satu strategi yang mengambil kira perancangan jangka panjang untuk menterjemahkan gagasan dan wawasan Islam dalam bentuk penyusunan masyarakat bernegara. 
Islam diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW bermula di Makkah sejak 13 tahun sebelum hijrah. Dalam usia pengikut Nabi yang masih mentah dengan Islam ketika di Makkah, banyak rintangan terpaksa mereka hadapi.......


Pendekatan hidup Islam yang dihayati masyarakat awal Islam ini dianggap pembesar Quraisy pada masa itu sebagai satu ancaman merbahaya kepada sistem hidup jahiliah di Makkah. Sistem bermasyarakat jahiliah masa itu akan dapat mengekal kedudukan keistimewaan mereka.

Mereka akan terus berkuasa dan meneruskan penindasan terhadap masyarakat massa Makkah tanpa penentangan. Masyarakat yang khayal dengan kehidupan berlandaskan nafsu, struktur masyarakat berpuak-puak dengan sistem perhambaan membolehkan pimpinan jahiliah Quraish meneruskan penindasan.

Penyembahan kepada patung berhala adalah sesuatu untuk masyarakat massa terus berkhayal kepada keadaan realiti.

Selain itu, sebagai pusat perniagaan dan ibadat yang dikunjungi ramai masyarakat Arab, penguasaan golongan berkuasa terhadap kota Makkah membolehkan mereka mengaut keuntungan besar.
Oleh itu, masyarakat awal Islam ditindas, dizalimi dan dipencilkan masyarakat jahiliah di Makkah. Namun, keimanan yang mantap disertai kepemimpinan, keilmuan dan teladan perilaku Rasulullah sebagai model ikutan, mereka mampu menghadapi cabaran penuh keyakinan dan mencapai kemenangan.

Mereka dididik dengan keimanan yang mantap disertai keilmuan Islam. Ayat al-Quran yang diturun di Makkah bukan saja membina keimanan manusia kepada keesaan hanya kepada Allah tetapi sekali gus mendidik pentingnya hidup bermuafakat dalam masyarakat untuk menegak kebenaran.

Islam membawa suatu misi untuk membangun masyarakat Makkah ke arah suatu sistem yang mendukung kebenaran melalui pengabdian kepada perintah Pencipta manusia. Allah menganjur penyusunan umat manusia hendaklah berasaskan semangat keadilan dalam bermasyarakat. Dasar ini sudah pasti memberi peluang yang sama untuk masyarakat massa Makkah pada masa itu.

Gagasan Islam ini memerlukan kepada kepemimpinan yang adil dan berusaha membina personaliti atau sahsiah manusia yang murni dan merdeka. Semangat keadilan dan peningkatan akhlak manusia mendukung kebenaran tidak boleh di terima pembesar Makkah pada masa itu.

Walaupun kian hari Islam makin bertambah kuat, namun permusuhan Quraisy terhadap pengikut Islam kian meningkat dengan lebih terancang. Mereka memutuskan untuk membunuh Nabi dengan menggembleng semua suku kaum Quraisy di Makkah.

Quraisy jahiliah merancang, Rasulullah dan pengikutnya turut merancang. Dalam suasana sedemikian, Allah membuat penentuan Rasulullah berhijrah ke Madinah. Penghijrahan Rasulullah dan Muhajirin Makkah di terima baik oleh golongan Ansar Madinah.

Penghayatan prinsip bermasyarakat secara Islam di Madinah adalah kemuncak kepada kejayaan Islam. Masyarakat majmuk Madinah mampu dan bersedia tunduk kepada nilai Ilahi.

Umat Islam pada awal penghijrahan adalah masyarakat minoriti. Namun dengan kewibawaan kepemimpinan Rasulullah SAW dalam melaksanakan prinsip Islam, umat bukan Islam merasai mereka turut maju dengan Islam.

Peristiwa hijrah yang menjadi asas kepada takwim Islam perlu dikaji dan direnungi umat manusia dewasa ini kerana dalam membina dan menyusun umat manusia dengan berpaksikan nilai Ilahi yang berteraskan kebenaran melalui roh keadilan, halangan yang besar sudah pasti menjadi lumrah.

Peristiwa hijrah mengajar kita erti pengorbanan
. Kejayaan umat Islam Makkah (muhajirin) yang terpaksa berhijrah demi untuk menegak keadilan Ilahi dan seterusnya usaha muafakat membangun Islam dengan kaum Ansar di Madinah menjadi satu pengajaran yang penuh erti.

Peristiwa hijrah adalah tindakan strategik untuk membangun Islam secara komprehensif. Bagi Islam, setiap masa berlalu perlu untuk menilai kepada usaha silam dan mengatur langkah menempuh masa depan.

Thursday, November 11, 2010

Headache,,,

Bismillahhirrahmanirhim,
Assalamualaikum,...
Alhamdulillah syukur akan rahmatnya telah meberikan kita nikmat hidup, nikmat untuk bernafas, melihat, mendengar dan pelbagai lagi,....bagaimana untuk kita halakan rasa bersyukur kita ini,..?....bersama kita fikirkan...

alhamdulillah selesai sudah 1st paper untuk final exam,...insyaAllah ada 6 lagi paper yang menanti,...
2 paper akan menyusul sebelum ana bercuti bagi hari raya aldiladha,.iaitu Penilaian dan Pengukuran dlm PTV dan Pengantar PTV....(^_^)...

semalam sahabat ana mengajak untuk pergi ke PK (pusat kesihatan UTM)..kata nya pening kepala yang amat sangat....ana tanpa memberi alasan,...pergi menemaninya,..risau juga kalau dia ada apa-apa,...sebenarnya ana pun ada niat nak pergi PK, just nak check,..sebab 2 minggu nie rasa pening kepala,..rasa melayang tetiba,...masa ana menjawab paper pertama pun kene jugak,..Allahuakbar,...risau juga dibuatnya,.....

Ana pun jumpa doktor,...ni lah pertama kali nya ana berjumpa doktor di UTM ni atas urusan kesihatan,..hehehe,.....ana pun ceritakan masalah ana,..doktor kata 'awak tido pukul berapa ya'.....ana da agak da mesti soalan tue yang akan ditanya,...ibu ana da mengagak juga,....tapi ana rasa cam biasa je,meaning nya...tak la study heavy sangat kan......ana suka sangat nasihat yang diberikan oleh doktor,...(penuh ngan sifat keibuan)...

Beliau berkata,'tulah orang melayu,....suka wat kerja last minute,...cuba awak lihat bangsa lain....'...ana hanya mengangguk,...kami berbual panjang la juga,..mcm2 ana tnya,.ana jumpa doktor dlu,..sahabat ana da keluar dlu,(dari jmpe dr.)...hehe,...ni antara nasihat yang diberi......

kemudian beliau menyambung lagi,'baiklah selepas ini awak tidur awal dalam pukul 10, bangun pukul 4...tetapi sebelum awak sambung belajar,...buat solat tahajud dan witir 3 rakaat,...sebab kita manusia biasa yang lemah,..sekuat mana kita belajar tapi Allah yang akan membantu,..mintalah pertolongan dariNya'....

Subhanallah,...doktor telah mengingatkan ana,....kita sebagai manusia sering alpha dengan dunia,...dengan kejayaan yang sementara,..kita sering lupa akan pencipta kita,...Allah yang memberi kita ingatan untuk mengingat,..Dia beri kita kefahaman untuk memahami,...if kita tak bergantung dengan Nya ,.boleh ke kita berjaya,..if berjaya pun tanpa keberkatan...tiada gunanya,....Allahuakbar,....

Beliau juga menambah jika kita nak tidur awal,..jgn menonton televisyen sebab ia boleh meningkatkan hormon dalam diri (ana tak ingat hormon ape) yang boleh kita tidak mengantuk...berdasarkan kajian la,..alhamdulillah dapat ilmu,....

Ana memperingatkan diri ini dan sahabat semua insyaAllah,...bersamalah kita berusaha menjadi insan cemerlang bagi meraih kejayaan di dunia dan akhirat,..insyaAllah.....one more thing,..jaga kesihatan kita,..terutamanya minggu exam nie kan..kekadang kita abaikan sebab sibuk dengan study,.makan, minum kene jaga dan perkara paling penting tidur dengan secukupnya tau tapi jgn terlebih tidur pulak.....(^^),....

Ya Allah,..ampunilah dosa-dosa hamba,dosa-dosa kedua ibu bapa hamba....kurniakan hamab taufik dan hidayahMu dalam menjalani kehidupan yang penuh liku ini,....berikanlah hamba kesihatan yang baik sepanjang minggu peperiksaan ini bagi hamba menjawab dengan baik....

Ya Rahman, hamba ini hamba Mu yang lemah, yang hina, yang sering menzalimi diri sendiri,..peliharalah hamba dengan rahmatmu,...golongkan hamba dalam golongan yang sedikit iaitu golongan yang bersyukur atas segala nikmatMu,..Amin amin amin Ya rabbal'alamin.

Friday, November 5, 2010

Salam Jumaat

Bismillahhirahmanirrahim,....alhamdulillah ,..syukur dipanjatkan kepada Allah yang masih memberi kita peluang untuk terus berada di bumi ini,..apa khabar?...hehe...salam jumaat semua,..jumaat penghulu segala hari,..semoga kita bersemangat untuk memulakan hari ini,...dan ayuh!!...terus berjuang,..insyaAllah.....


 ~SELAMAT BERJUANG, POSITIFKAN DIRI AGAR SENTIASA BERSEMANGAT INSYALLAH~

Hari ini, insyaAllah ana nak berkongsi sedikit ilmu iaitu motivasi pagi la kiranya yang disampaikan oleh Hj Fadzli Yusof daripada radio ikim.fm,...ana tak berapa pandai untuk mengolah apa yang ana dengar tetapi insyaAllah ana cuba yang terbaik,..agar kita boleh berkongsi bersama...(^_^)

Manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Maka, apa yang boleh kita belajar dari kesilapan yang telah kita lakukan. Kita seharusnya bangkit daripada sering melakukan kesilapan dalam kehidupan.

3 langkah yang perlu dilakukan supaya kita belajar dari kesilapan yang kita lakukan :
  1.  Kita perlulah mengakui kesilapan yang telah kita lakukan. Jika kita tak akui kesilapan itu bagaimana untuk kita belajar dari kesilapan. Akui lah kerana ia suatu kenyataan, jika kita tidak mengakui kesilapan itu mungkin diri kita something wrong kat mana-mana,..so akui kesilapan agar kita dapat menjadi insan yang cemerlang,..insyaAllah....
  2. kita perlu yakini bahawa perbuatan yang silap kita itu suatu kezaliman yang tidak patut kita lakukan pada diri. sebagai contoh, sifat mengumpat. Mengumpat adalah berdosa, maka seseorang yang mengumpat telah menzalimi diri sendiri (meletakkan diri ke lembah kehinaan,..berdosa)...maka dengan keyakinan iaitu sifat itu bukan sebahagian dari diri kita maka haruslah kita bertaubat dan sesali kesilapan itu.
  3. Kita perlu cipta alternatif supaya kita tidak melakukan kesilapan itu lagi (tidak mengulangi). maksudnya, cmne kita nak atasi supaya kita tak mengumpat...sebagai contoh keluar daripada kelompok yang suka mengumpat (kawan-kawan)...
Maka jadikanlah diri sentiasa inginkan kebaikan,...jangan biarkan diri mengulangi kesilapan itu,...
perbaiki diri supaya kita sentiasa ceria dan terus bersemangat dalam kehidupan seharian,....Jadilah seorang khalifah yang boleh memberi manfaat pada orang lain...insyaAllah...ana harap kita dapat mengamalkannya & msg yang ana nak sampaikan sampai...insyaAllah,..Salam Imtihan,..!!

Thursday, November 4, 2010

Secebis rasa,..

Kehadapan hambamu yang jahil ini,

Alhamdulillah hamba panjatkan padamu,…
Yang telah memberi nikmat pda ku,
Untuk terus bernafas, melihat ciptaanmu dan berjuang dijalanMu.

Wahai Pencipta,
Hamba mu yang serba lemah dan kekurangan ini,
Mengharapkan bantuan mu kasih mu belasmu,


Wahai Pencipta,
Jadikanlah hari ini hari yang diisi dengan tindakan yang enkau redhai,
Jangan biarkan hamba alpha dengan dunia,
Kalah dengan nafsu sendiri,
Ego yang ditegakkan,
Ya Rahman kuatkan diri ini menempuhinya.

Wahai Pencipta,
Positifkan diriku,
Agar hari ini lebih baik,
Hadirkan lah rasa syukur atas segala nikmatmu.

p/s: wahai diriku...terus berusaha jgn biarkan dirimu jatuh,..ayuh bangun....perbanyakkan zikir serta letakkan pergantungan dengan Allah,...

 

Wednesday, November 3, 2010

MOOD final exam..!



Assalamualaikum semua,...pejam celik pejam lagi n celik lagi...hehehe..final exam da hampir.....Ya Rahman begitu cepat masa berlalu,...ana nak ucapkan Salam Imtihan kat semua...semoga Allah permudahkan urusan semasa exam.,..diberi kesihatan fizikal dan mental yang baik...amin....

Pesanan buat diri ini,..gunakanlah masa yang Allah beri dengan sebaiknya,...anggaplah ujian sebuah peluang untuk kita terus maju kehadapan...jangan letakkan diri ke tahap kehinaan,...sentiasa bermuhasabah dan terus memotivasikan diri menuju kejayaan,.....ikhlaskan dirimu mencari, menyusuri dan meneroka ke jalan redha Nya,....


~ Salam imtihan, biltaufiq wa an-najah, amiin ~

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...