~SELAMAT BERJUANG, POSITIFKAN DIRI AGAR SENTIASA BERSEMANGAT INSYALLAH~
Manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Maka, apa yang boleh kita belajar dari kesilapan yang telah kita lakukan. Kita seharusnya bangkit daripada sering melakukan kesilapan dalam kehidupan.
3 langkah yang perlu dilakukan supaya kita belajar dari kesilapan yang kita lakukan :
- Kita perlulah mengakui kesilapan yang telah kita lakukan. Jika kita tak akui kesilapan itu bagaimana untuk kita belajar dari kesilapan. Akui lah kerana ia suatu kenyataan, jika kita tidak mengakui kesilapan itu mungkin diri kita something wrong kat mana-mana,..so akui kesilapan agar kita dapat menjadi insan yang cemerlang,..insyaAllah....
- kita perlu yakini bahawa perbuatan yang silap kita itu suatu kezaliman yang tidak patut kita lakukan pada diri. sebagai contoh, sifat mengumpat. Mengumpat adalah berdosa, maka seseorang yang mengumpat telah menzalimi diri sendiri (meletakkan diri ke lembah kehinaan,..berdosa)...maka dengan keyakinan iaitu sifat itu bukan sebahagian dari diri kita maka haruslah kita bertaubat dan sesali kesilapan itu.
- Kita perlu cipta alternatif supaya kita tidak melakukan kesilapan itu lagi (tidak mengulangi). maksudnya, cmne kita nak atasi supaya kita tak mengumpat...sebagai contoh keluar daripada kelompok yang suka mengumpat (kawan-kawan)...
perbaiki diri supaya kita sentiasa ceria dan terus bersemangat dalam kehidupan seharian,....Jadilah seorang khalifah yang boleh memberi manfaat pada orang lain...insyaAllah...ana harap kita dapat mengamalkannya & msg yang ana nak sampaikan sampai...insyaAllah,..Salam Imtihan,..!!
No comments:
Post a Comment