Thursday, November 26, 2015

Keluar Dari Zon Selesa

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Zon Selasa adalah sebuah zon yang kita merasakan tiada apa-apa gangguan. Kita tenang dan bahagia dengan urusan seharian kita. (mengikut definisi aku lah...). Namun, adakah ketenangan itu yang kita inginkan. Aku juga ingin sekali berada dalam keadaan zon selesa ini. Tapi, apabila aku berada dalam keadaan ini. Aku berasa serba salah. Banyak lagi masalah yang harus aku fikirkan. Dengan status aku seorang guru, masih seorang pelajar, isteri dan seorang ummi. 

Seorang sahabat ada mengingatkan, kalau kita tak berani keluar dari zon selesa, kita pasti tidak nampak kemampuan kita. Kita tidak nampak kehebatan Tuhan dalam mencipta kita sebagai khalifah.
Saat kita hendak keluar dari comfort zone ini, kadang kala kita mudah putus asa. PUTUS ASA??...
Ya.. kerana kita merasakan perkara yang kita lakukan itu sukar, susah, boleh ke aku melakukannya. Allahuakbar. Pada hemat aku, itu semua bisikan negatif (syaitan) yang datang menerjah. Perjalanan kehidupan keluar dari zon selesa perlukan sebuah mujahadah, kekuatan, sokongan, semangat dan harapan yang tidak pernah putus. Pada siapa mujahdah ini perlu disandarkan. Sudah tentu kepada yang Maha Pencipta. 

Sabahat-sahabat sekalian, 
secara jujurnya, saya mengalami kesukaran ini. Doakan saya ya teman-teman. Saya dapat keluar dari zon selesa untuk teruskan perjuangan pengajian master saya yang masih berbaki ini. Allah kurniakan saya pemikiran yang positif serta rakan-rakan yang sangat menyokong. Namun, saya hadapi masalah dalam menguruskan masa saya sendiri. Ada sahabat yang jauh lebih sukar rintangannya. Mereka berjaya hadapi ujian itu. Saya??... Allahuakbar... InshaAllah saya juga pasti boleh kan.. 

Seorang kenalan yang sangat saya kagumi. Di bawah itu pandangan beliau.....

Sesekali perlu belajar keluar daripada zon selesa, kebiasaan, kesenangan, jauh dari susah payah dan sewaktu dgnya.

At that's where we start looking for new things, new experiences, new knowledge etc2.


Belajar benda baru tak semuanya mudah... Dan lg jauh kita cabar diri kita, kadang kita tercampak dalam zon yg ekstrim. Dan kita akan panic... but it's okay... life must go on and always hope for the success.

Apa sahaja yang kita nak dalam hidup, ada disebalik 'takut'
Kalau kita 'berani' mencuba, kita akan dapat apa yang kita nak... In Shaa Allah
DUITS - Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal, Syukur

Sungguh Allah sangat menyayangi hamba-hambanya dan Allah itu sentiasa bersama-sama hambanya yang bersabar. Teruskan usaha dan melangkah. Istiqamah. Jangan berhenti. InshaAllah pasti boleh. amin....

Mohon doa kalian semua.

~ Terima kasih Sudi Membaca ~

Tuesday, November 24, 2015

Coretan Proses Kelahiran Si Kecil

Assalamualaikum....

Petang tanggal 2 Nov 2015, aku agak keletihan dengan urusan di sekolah. Selesaikan menanda kertas soalan, laporan dan sebagainya. Usia kandungan ku 35 minggu 5 hari. Esok jadual aku pergi ke klinik untuk pemeriksaan kehamilan minggu ke 36. Aku seperti biasa berjumpa dengan pengetua untuk minta pelepasan pada 3 Nov. Hari tersebut 2 Nov, aku pulang ke rumah pukul 4.30 petang kerana hadir ke CPD di sekolah. 

Sebenarnya aku mengalami sembelit (constipation), agak kritikal juga. Pukul 6.30 petang, ada cecair keluar dari faraj ku. Cecair itu agak laju keluar tanpa rasa sakit. Apabila aku bau, ia tiada bau. Ia keluar bersama lendir. Lalu, aku buka buku diari kehamilan untuk membaca tanda-tanda hendak bersalin (walaupun sebelum ini pernah baca). Berdebar hatiku. Namun, aku menidakkan (bukan tanda bersalin). Aku fikir aku terkencing. Lalu, aku masuk ke dapur hendak masak. Aku masak nasi dahulu. Cecair itu keluar juga. 

Azan maghrib berkumandang dan aku mengambil wudu’ dan solat. Semasa solat, cecair itu keluar juga. Selesai solat, ku lihat cecair itu keluar bersama darah dan aku terus menelefon bonda ku. Aku mulai berdebar. Aku cuba untuk tenang. Namun, panggilan ku tidak berjawab. Lalu aku segera mendail kak roslinah, rakan sekerjaku. Kak Ina cakap, cecair itu adalah air ketuban. Allahuakbar. Berdebar aku. Suami ku masih belum pulang. Aku cuba bertenang dan menelefon rakan sekerja ku di aras 3 untuk membawa tuala wanita (tuala wanita ku dah disiapkan di kereta) dan membawa ku ke klinik desa. Ainon dan Hanani segera naik ke rumah ku di aras 4 dan ketika itu suami ku pulang. Suami ku terus masuk dan solat maghrib. 

Manakala, ainon dan hanani membawa ku ke klinik desa. Sampai di sana, Kak nisa (jururawat desa) meminta ku terus ke Hospital Kota Tinggi (HKT). Suami ku sampai di klinik (sedang azan isyak) dan membawa ku ke HKT. Ainon dan Hanani juga menemaniku. Berbekalkan perut yang kosong, aku meminta suamiku membeli air mineral dan roti. Aku tidak lalu makan. Berbagai-bagai perasaan menerjah. Takut, gembira dan tidak percaya kerana aku tidak menyangka air ketuban pecah awal. Sampai di HKT, nurse bertugas check laluan 3 cm. Nurse meminta membuang air besar. Alhamdulillah selesai. Cuma biasa la ada segelintir nurse yang “kurang manis” bahasanya. Aku hanya mampu bersabar, bersangka baik dan banyakkan berdoa. 

Lebih kurang pukul 9.30 pm aku masuk ke labour room. Agak sunyi. Aku cuba untuk tenang sebaiknya. Nurse yang bertugas memasukkan air ke badan melalui dua-dua belah tanganku. Mungkin untuk memberi tenaga kepada ku. Nurse tak bagi makan dah masuk bilik bersalin. Doktor buat semakan terhadap denyutan jantung anakku. Alhamdulillah baik-baik sahaja. Seorang nurse yang sungguh murni budi bahasanya meminta  aku berzikir. Zikir nabi Yunus di dalam perut ikan Nun. Aku amalkan sehingga aku bersalin. 10.30 pm, perutku mulai sakit 5 minit... 5 minit... anakku mengeras. 11.30pm aku muntah. Aku kehilangan tenaga. Perutku kosong. Allahu.... pengalaman pertama. (rakan-rakan makan dulu ya... pastikan perut ada isi....). Sungguh aku tiada daya, hanya zikir meniti bibir dan hati. Lalu aku panjatkan doa. Agar disegerakan proses bersalinku. 12.30 am, sakit sekejap-sejejap.... aku cuba menahan untuk tidak menggunakan tenaga. Rasa sakit hanya di bahagian pinggang. Alhamdulillah mungkin itu yang dikatakan nikmat bersalin. Hanya zikir yang mampu memberi tenang. 

Pukul 12.55 am, aku tidak tahan. Nurse memintaku supaya tidak meneeran, nanti aku tiada tenaga. Namun, aku membalas. Nurse saya rasa nak bersalin. Dari 3 cm ke 10 cm bukaanku. Suami ku dipanggil masuk. Saat itu, aku terasa lapang. Suami ku mengusap kepala ku. 2 kali meneran, alhamdulillah anakku lahir ke dunia tanggal 3 Nov 2015 bersamaan 21 Muharam 1437H pukul 1.06 pagi. Alhamdulillah normal. Lalu, aku meraung dengan zikrullah. Bayi diletakkan di atas dadaku. Lalu, nurse meminta suami ke mengazankan anak kami. Aku mendapat banyak juga jahitan kerana aku tidak dapat mengawal diri dari mengangkat punggung (jadi korang kene betul-betul tau... jangan angkat punggung ok...)

Alhamdulillah semua dah selesai. inshaAllah ini bukan pengalaman terakhir. Mudah-mudahan ada rezeki untuk zuriat yang lain pula. Amin. Alhamdulillah ... alhamdulillah....alhamdulillah....

Hanani dan Ainon. Mereka pulang dalam pukul 11 malam lebih kurang kerana esok kan bekerja. Kasihan mereka nak menunggu lama. Esoknya sebelum ibu dan abah membawa aku pulang ke Muar. Ainon, Hanani dan Kak Zuriati datang ziarah kami semua di HKT itu. Itu lah pertemuan akhir sebelum aku bercuti pantang di kampung. 

InshaAllah next entry saya kongsikan pengalaman mengandung pula. Semoga diberi kelapangan masa. Amin.

Sunday, November 1, 2015

Perancangan Majlis Walimah

Assalamualaikum semua....

kali ini saya nak kongsikan perancangan majlis walimah saya. Secara jujurnya agak cepat masa berjalan. Saya bertunang tanggal 31 Julai 2014 bersamaan 4 Syawal 1436H dan merancang bernikah pada 20 Februari 2015 bersamaan 1 Jamadiakhir 1436H. Dalam tempuh masa itu kami dan keluarga membuat perancangan. Disebabkan saya baru mula bekerja 1 Julai 2014, jadi tidak banyak simpanan saya. Dan kalian boleh jangkakan banyak perkara perlu dijimatkan. Antara perkara yang saya cuba untuk jimat dan perkara tak berapa nak jimat juga ada :

1. Hantaran

Dulang-dulang hantaran buat sendiri. Saya, ibu dan makcik berganding bahu menyempurnakan segala bagai gubahan hantaran. Hasilnya Alhamdulillah.






2. Guest Book & Wedding Prop

2 benda ni saya buat sendiri. Guest book saya pergi ke kedai buku cari kertas lukisan dan hardcover. Kemudian saya design ikut yang saya pandai. Beli reben, butang-butang... siap!!... Alhamdulillah. 
Prop pula saya design di adobe photoshop (buat biasa-biasa jer, nak design cantik-cantik tak kreatif mana). Hantar kedai print A3, gunting lekatkan dengan batang lidi tu... Done!!.. 





3. Kad Kahwin

kad kahwin seboleh-boleh saya cari yang murah dan cantik. Pilih design dan dia akan buatkan untuk kita.  Alhamdulillah dapat. Outlet di Muar, Johor. 





4. Hiasan di meja makan & Banting

Yang ini tak wajib pun, cuma biasa la perempuan nak yang cantikkan dan tak nampak kosong. Jadi, idea saya dan ibu guna apa yang ada. Mug terpakai dan lebihan kain felt. Ini lah jadi nyer... sticker tu saya juga design sendiri, print dan gunting sendiri.... hihi.... (kenangan sungguh)


Banting ni saya design sendiri... biasa-biasa sahaja... alhamdulillah dari tiada... hihi ..layan......



5. Goodies

Goodies ini niat di hati nak beri yang special untuk kenalan terdekat. Tapi ikut baget la ya. Saya minta tolong adik kesayangan Sofia... kebetulan baru habis SPM, sedang tunggu keputusan. Jadi, saya gunakan sehabis baik kann... hihi... Dia tolong buatkan reben dan cookies. Alhamdulillah nice. Dan saya juga tempah kad doa. 



Maaf la.. cookies tak sempat nak ambil gambar. Just bekas kecil, atas bekas lekatkan sticker yang sama macam hiasan atas meja. 

6. Pelamin Nikah

Haaa... pelamin nikah ni konon-konon nak tempah la..(maklum la anak sulung). tapi harga agak mahal la..dalam RM500++  jadi ibu saya decide nak buat sendiri dengan makcik-makcik saya dan sibling laa... hasil nyer ini.... simple sahaja but nice ..alhamdulillah...


7. Pelamin, Jurugambar, Kek, DJ dan kompang

Baik lah... yang ini pula tak berapa nak jimat... tapi alhamdulillah masih dalam baget. Pelamin Utama dan photographer.




Alhamdulillah sangat berpuas hati. Saya ambil package yang ada baju pengantin, pelamin, hiasan meja beradap, makeup 2x dan termasuk bunga kat tangan tu, bantal duduk nikah.......


Manakala gambar-gambar perkahwinan di ambil oleh dua pupu saya dan kawan dia... 


(Dress nikah ni mak cik saya buatkan... manik juga... terima kasih tak terhingga.. Bik Lin & Mak Andak...)

Kek 3 tingkat ini, isteri sepupu saya buatkan. Alhamdulillah boleh la nak tolong-tolong perniagaan saudara sendiri kann.. 

FB : Qaleesya





DJ pula, saya ambil kumpulan nasyid dan ada qasidah la juga, mereka ini daripada Kampung Raja, Pagoh, Muar, Johor. Contact no. ustaz ni tak jumpa la... maaf...


Kompang pula dari kampung sebelah. Kampung Meranti Sundai. Abah yang uruskan. Alhamdulillah....




Akhir Sekali,... pengapit yang sangat baik hati... sahabat sekolah dan sahabat matrik... Aqilah dan Fariz...  serta bridesmaid yang sempoi,,, Zaimah, Haizah, Ainon & Hanani ................terima kasih korang!!...




Semoga Allah merahmati pernikahan ini... 

Terima kasih sudi membaca.. ^_^

~ Wassalam ~

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...