Saturday, June 18, 2011

Menakar Iman Kepada???....

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur padaNya di beri kekuatan untuk update blog nie,....(^_^)
Kepada siapakah perlu untuk kita menakar iman kita,....kepada ALLAH & RASUL....
Baca sampai habis ya,......semoga kita mendapat manfaat dan bermuhasabah,.......insyaAllah,....

Cinta kepada Rasulullah bukan setakat mengucapkannya tetapi mesti dibuktikan dengan mengenali, memahami  sirah, mentaati, mempertahankan, mengamalkan sunah, mengharafkan syafaat, termasuklah mengikuti, menyebarkan dan memperjuangkan risalahnya. Rasulullah adalah fokus kecintaan kita melebihi segala kecintaan yang lain termasuklah kecintaan kita pada diri kita sendiri. pernahkan kita merasai begitu??....

untuk itu mari kita renungi dialog cinta ini....


Sayidina Umar al- Faruq pernah berkata kepada Nabi s.a.w.: " Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku". Maka nabi s.a.w. menjawab: " Bukan begitu. Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri". Maka Umar menjawab : " Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri". Maka Nabi s.a.w. menjawab : "sekarang Umar". (Riwayat al-Bukhari)


Al-Syaikahani meriwayatkan daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak beriman salah seorang antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia."  (Muttafaq 'alaih)


Dua hadis di atas sudah cukup dijadikan kayu ukur apakah kita telah benar-benar mencintai Rasulullah. Malu rasanya kalau sekadar mengakui cinta, tetapi cinta itu belum dibuktikan.

Mana mungkin kita mencintai Allah dan Rasu-Nya jika sistem hidup kita belum mengikut landasan yang termaktub dalam al-Quran dan sunah sepenuhnya? Banyak perkara yang diharamkan malah dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya masih dilakukan malah diuar-uarkan oleh orang yang mengaku cintakan Allah dan Rasul. Apabila ditanya mengapa?Alasan yang selalu kita dengar adalah tidak mampu, tunggulah dulu, mungkin suatu hari nanti, tidak mahu hipokrit dan lain-lain lagi. Padahal, bukankah mengakui cinta tetapi tidak dibuktikan itu pun sudah satu sikap yang hipokrit???.....

Jadi, marilah kita amalkan Islam sebagai satu cara hidup, daripada soal makan minum, berpakaian sehingga mengatur urusan atau sistem dalam sebuah negara. 

Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Dapat merasai kemanisan iman, orang yang meredhai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul." 
(Riwayat Muslim)

teringat ana di dalam sebuah lirik lagu,...

CINTA KEPADA ALLAH 
CINTA RASUL
CINTA IBU BAPA
CINTA KEPADA UMMAH 
CINTA KEPADA KECEMERLANGAN
MARI KITA SEMUA ,..CINTA 5 PERKARA.......

sumber: majalah SOLUSI ISU NO. 30 Memburu Kemanisan Iman

perasaan cinta adalah fitrah manusia,..namun kepada siapakah cinta yang utama itu perlu disandarkan,??...bersamalah kita pertingkatkan tahap iman kita dan cinta kita kepadaNya,....agar setiap langkah dan hela nafas diberkati dan diredhaiNya,.ameen...insyaAllah,......(^_^) 

Monday, June 13, 2011

Di Langit ada Cinta

Assalamualaikum...
entry kali ini,..ana nak berkongsi tentang cinta Allah,....ana copy dari blog http://nahdahmuslim.blogspot.com 


Bismillahirahmanirrahim…
Sunyi sepi rasanya hari ini, terasa tenang menyelinap masuk kedalam hati. Muhasabah…muhasabah…muhasabah… dalam diri ada cinta…tapi cinta siapa???
Ku tercari-cari siapa ingin ku berikan cinta ini… memori-memori silam mengajar diriku akan cinta. Hari ini aku berjalan-berjalan menelurusi lorong-lorong taman di sekitar tempat ku menimba ilmu dibumi yang penuh barakah dan sarat dengan ilmu itu.
Ku terpandang sekawan burung yang bebas berterbangan mencari sesuap makanan di pagi-pagi hari. Oh… alangkah indahnya hidup mereka, tiada bebanan yang perlu ditanggung seperti diriku yang menanggung taklifah di atas muka bumi ini.
"Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir ". surah al Hasyr:21
Allah… Allah…Allah… diriku menghampiri sebatang pohon yang daunnya kian layu berguguran… tiba-tiba hatiku terasa sebak memikirkannya. Aku menangis bukan kerana ianya semakin layu berguguran tetapi aku menangisi akan diriku yang dipertanggujawabkan memakmurkan bumi Allah ini.
Tapi apa sumbangan yang telah aku berikan, aku lalai ya Allah… aku terfikir bagaimanakah nasibku nanti diakhirat kelak, adakah iman ku sekarang ini berguguran seperti gugurnya daun-daun dari pepohonan itu, yang semakin hari semakin mengering dan jatuh bertaburan ditiup angin dan mengikut tanpa hala tuju.
Angin pagi menampar-nampar pipiku dengan lembut dan mendamaikan hati, aku terus merenung akan pohon itu memikirkan apakah nasib pohon itu setelah keguguran semua daun dari rantingnya. Ya Allah kematian itu semakin hari semakin menghampiri akan diriku ibarat pohon itu.

Tiba-tiba ada seorang anak kecil menghampiriku. Dia mengelarkan diriku abang… abang tengok apa? Aku menjawab…”xd apa-apa dik” adik tu bertanya kembali, tapi kenapa mata abang merah? Lagi tadi adik Nampak abang asyik tengok pokok tu je? Aku lantas menjawab, agak-agak adiklah… setelah pokok tu mati, agak-agaknya apa yang orang akan buat? Kanak-kanak itu terus menjawab... kan dia masih boleh dibuat kayu api…


Allah..Allah…subhanallah adik… Allah…aku terpana sebentar mendengar jawapan kanak-kanak itu tadi, aku terus memangkunya di bawah pohon yang semakin menghampiri kematian tadi, dan aku menceritakan serba sedikit kemanisan mengenal Allah melalui kejadian alam dengan kehidupan kita seharian.

Adik nak dengar citer tak? Adik itu hanya mengangguk sahaja… adik… kalau kita lihat pokok itu tadi kalau dia mati, masih lagi memberi manfaat kepada orang lain walaupun dia sudah tidak bernyawa lagi. Tapi adakah kita boleh menjadi seperti pokok itu? Yang mana sudah mati pun masih berguna dan diharapkan orang lagi. Bila dibakar ia menjadi abu dan abu itu pula akan menjadi baja kepada tumbuhan disekelilingnya.
Begitulah perumpamaan hidup kita didunia ini. Apakah sumbangan kita pada perjuangan agama ini? Adakah kita mampu menandingi kehidupan seperti pohon itu tadi? Yang mana setiap hidupnya dihabiskan dengan menurut perintah dan berjasa kepada Allah.
Tetapi kita?
Apa yang kita lakukan dalam hidup ini?
Kemana sisa-sisa hidup kita perhabiskan?
Berapa banyak langkah kita dalam menegakkan perjuangan? Fikir-fikirkanlah…
Yang semakin hari semakin kelam dinikmati kecintaaan kepada dunia, seringkali mengeluh dengan ujian yang kecil tidak seberapa, yang selalu alpa dengan kelalaian dunia, yang selalu setia dengan arena kehidupan nafsunya, yang sentiasa merungut tidak kira dek masa…astagfirullah…astagfirullah… astagfirullah…
Aku bangun dan terus berjalan menikmati suasana alam, beriteraksi dengan alam itu indah…banyak perkara yang dapat ku pelajari dengan menghayati kehidupan-kehidupan makhlik ciptaan Allah… dan benarlah kata-kata Allah yang berbunyi…
Sesungguhnya dalam penciptaan langit langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”. Surah ali imran:190-191
Subhanallah… begitu hebat ciptaan Allah…tika keseorangan juga Allah memberikan ku teman iaitu berteman dengan alam yang mana lagi mudah untuk kita mengingati Allah kerana mereka tidak pernah ingkar walaupun sejenak…
Akhir kalam buat ingatan diri ini dan teman semua serta pembaca blog ini
USAHLAH BIMBANG JIKA DIRI KITA
TIDAK DIHARGAI
AKAN TETAPI KITA PERLU BIMBANG JIKA DIRI KITA
TIDAK BERHARGA LAGI…
Wallahua’lam…

p/s: semoga kita sentiasa bermuhasabah diri ini untuk menjadi hamba Allah yang terbaik insyaAllah......terima kasih buat NAHDAHMUSLIM

Tuesday, June 7, 2011

Lirik Lagu,....HambaMU,.....


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa 
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pastu akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang,....Allah
Tunjukkan jalan seandainya hilang......Allah
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ke berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekira takdir menguji 
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi 
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang.....Allah
Tunjukkan jalan seandainya hilang ....Allah
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh 
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Ilahi 
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang....Allah
Tunjukkan jalan seandainya hilang ...Allah
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh 
Tegakkan semangat bila runtuh 
Setibanya di sisiMu ku berserah 

Terimalahku hambaMu Allah

HambaMu   Allah
HambaMu    Allah


Saturday, June 4, 2011

Pesanan Buat Si Dia

Assalamualaikum,...
just nak share kat semua,...ni pun ana copy & edit beberapa tempat je.....(^_^)





Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.....

Tolong beritahu di dia,
CINTA Agung adalah Cinta-Nya,....

Tolong beritahu si dia,
Cinta manusia bakal membuatnya alpa...

Tolong nasihati si dia,
Jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...

Tolong nasihati si dia,
Jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...

Tolong nasihati si dia,
Jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapa nya...

Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...

Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya serta redhaNya...

Tolong ingatkan si dia,
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa...

Tolong ingatkan si dia,
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...

Tolong ingatkan si dia,
Aku kasihinya kerana santunnya...

Tolong tegur si dia,
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya...

Tolong tegur si dia,
Andai nafsu mengawal fikirannya...

Tolong sedarkan si dia,
Aku milik Yang Maha Esa...

Tolong sedarkan si dia,
Aku masih milik keluarga...

Tolong sedarkan si dia,
Tanggungjawabnya besar pada keluarga...

Tolong sedarkan si dia,
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...

Tolong sabarkan si dia,
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya,
RINDU itu kurniaan dari Allah...

Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...

Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya...

Tolong pasan padanya,
Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...

Tolong khabarkan pada si dia,
Aku tidak mahu melekakan dirinya...

Tolong khabarkan pada si dia,
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...

Tolong khabarkan pada si dia,
Jadilah penyokong dalam kejayaanku...

Tolong sampaikan pada si dia,
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga...

Tolong sampaikan pada si dia,
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...

Tolong sampaikan pada si dia,
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.....

Tolong sampaikan pada si dia,
Kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri Ya Allah,.....




Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...