Saturday, June 4, 2011

Pesanan Buat Si Dia

Assalamualaikum,...
just nak share kat semua,...ni pun ana copy & edit beberapa tempat je.....(^_^)





Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.....

Tolong beritahu di dia,
CINTA Agung adalah Cinta-Nya,....

Tolong beritahu si dia,
Cinta manusia bakal membuatnya alpa...

Tolong nasihati si dia,
Jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...

Tolong nasihati si dia,
Jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...

Tolong nasihati si dia,
Jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapa nya...

Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...

Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya serta redhaNya...

Tolong ingatkan si dia,
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa...

Tolong ingatkan si dia,
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...

Tolong ingatkan si dia,
Aku kasihinya kerana santunnya...

Tolong tegur si dia,
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya...

Tolong tegur si dia,
Andai nafsu mengawal fikirannya...

Tolong sedarkan si dia,
Aku milik Yang Maha Esa...

Tolong sedarkan si dia,
Aku masih milik keluarga...

Tolong sedarkan si dia,
Tanggungjawabnya besar pada keluarga...

Tolong sedarkan si dia,
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...

Tolong sabarkan si dia,
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya,
RINDU itu kurniaan dari Allah...

Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...

Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya...

Tolong pasan padanya,
Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...

Tolong khabarkan pada si dia,
Aku tidak mahu melekakan dirinya...

Tolong khabarkan pada si dia,
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...

Tolong khabarkan pada si dia,
Jadilah penyokong dalam kejayaanku...

Tolong sampaikan pada si dia,
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga...

Tolong sampaikan pada si dia,
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...

Tolong sampaikan pada si dia,
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.....

Tolong sampaikan pada si dia,
Kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri Ya Allah,.....




1 comment:

Anonymous said...

harrazdani - terbaeekkkkk....nice...kadang2 kita mengingati dan mencintai seseorang itu lebih dari segalanya...

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...