Bismillahirrahmanirrahim,....
Assalamualaikum,......
Alhamdulillah syukur atas nikmat di beri,......insyaAllah ana nak berkongsi sebuah kisah yang diceritakan oleh SUFIYAN AL-THAWRI sebagai iktibar kita bersama insyaAllah,....
**********************************
Ini sebuah kisah seorang lelaki yang sangat rindukan kekasih hatinya. Kerana cintanya yang mendalam dan rasa kasihnya yang tidak berbelah bahagi, dia jatuh sakit. Dia berada dalam dunia yang asing kerana sakitnya. Kemudian seseorang menawarkan untuk menemukan dia dengan kekasih hatinya itu. Sejurus mendengar perkhabaran tersebut, beliau berasa sungguh gembira, malah penyakit yang dideritainya sembuh.
Dengan sabar dia menunggu, namun oleh kerana sesuatu hal, kekasihnya tidak dapat meneruskan perjalanan dan kembali ke kampung halaman dengan perasaan kebencian yang meluap-luap. Lelaki tadi berangan-angan bahawa kekasihnya akan datang dan menemuinya untuk melepaskan rindu dendam yang tidak tertahan. Dia begitu yakin akan bersama dengan kekasih hatinya itu dan memulakan kehidupan bersama.
Mendengar perkhabaran kekasih hati yang tidak mahu bertemu, maka sakitnya datang kembali malah kian parah. Dia mula berputus asa untuk meneruskan kehidupan tanpa kekasih yang dirinduinya. Tidak lama kemudian dia meninggal dunia. Saat kematian beliau berkata : " Wahai kedamaian, wahai kenikmatan, wahai pengubat lara, datanglah kamu untuk mengubati hatiku berkat rahmat Yang Maha Pencipta dan Maha Agung!"
Kemudian dikatakan kepadanya : "Wahai si polan, katakan tidak ada Tuhan melainkan Allah s.w.t, maka takutlah kamu kepada Allah s.w.t." Sehingga dia menemui ajal dia tidak mengucapkan kalimah syahadah. Ketika tetangganya melalui rumahnya, kedengaran jeritan yang sangat menyakitkan. Akhirnya dia meninggal dunia dengan pengakhiran yang sangat buruk....(su' al-khatimah)
Apa yang kita dapat teladani adalah,....
melakukan sesuatu itu perlulah berpaksikan kepada Allah,...perlu sentiasa bermuhasabah agar kita sedar kehidupan kita ini untuk apa,...tujuannya,...matlamatnya,.....
...insyaAllah sama-sama lah kita perbaiki diri,.....

Ya Rahman ,....Engkau ampunilah dosaku,....bimbinglah diri ini kejalan redhamu,..hanya padamu hamba meminta dan menyembah,.........
No comments:
Post a Comment