Friday, December 31, 2010

CaTatan 2010,...WelCome 2011,..


Alhamdulillah....syukurilah nikmat kesihatan yang dikurniakan Nya kepada kita,....esok insyaAllah masuk tahun baru 2011,...dan insyaAllah ana akan balik menuntut ke bumi kesayangan UTM Skudai insyaAllah ahad,....rindu rasa kat sahabat-sahabat semua,..(^_^)...

apa azam sahabat-sahabat semua ya ,.hehehe,..dan sudah tercapaikah azam yang lepas,...apa ya azam ana,..??....ermmmm,,,,,,,ana berdoa semoga tahun 2011 dan 1432H kita sentiasa berusaha menjadi hamba serta khalifah yang diredhai,....juga berdoa agar kita ditetapkan iman ,... nikmat islam serta iman,...bermohon kepadaNya agar rasa kehambaan dan rasa manisnya iman sentiasa ada,...insyaAllah,...berazam untuk sentiasa ingat,..berzikir kepada Nya,..agar kita tidak jauh darinya,..

Ana berdoa agar tahun 2011 ini akan ade satu pengalaman atau kenangan yang akan tercipta ,..insyaAllah,......berdoa agar semester baru nie berjalan dengan baik,..dan sentiasa berfikiran terbuka (bersangka baik)....agar setiap tindakan didahului dengan akal bukan nya emosi,..

Ana harap semua azam-azam kita dapat kita realisasikan dengan baik,..insyaAllah,..salam perjuangan semua,...moga kita sentiasa di dalam rahmatNya,...amin~~.(^_^)

Wednesday, December 29, 2010

Boring!!,...Bosan!!

Ada suara yang mengungkapkan: "boring la hidup nie!" ,..kalimah "bosan" dilontarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya,...

Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamat. Jiwa itulah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.
Seorang lelaki berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan.

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia. mereka hamba, mereka jualah pemimpin (khalifah). 

Ingatlah firman Allah s.w.t yang bermaksud:  "Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah." (Surah al-Dhariyat 51:56)

Allah juga berfirman yang bermaksud: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepda para malaikat: 'Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (Surah al-Baqarah 2:30)
Dua misi inilah yang akan membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat.

(sumber: majalah SOLUSI isu No.26)



 

Thursday, December 9, 2010

Untukmu WaNiTa,..

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum...

Entry kali ini ana nak berkongsi tentang UNTUKMU WANITA,...tersentuh ana baca,...ana ambil dari iluvislam...ana nak berkongsi dengan semua insyaAllah,...mudah-mudahan kita sentiasa berusaha menjadi hamba yang diredhaiNya,....InsyaAllah,....selamat membaca !! (^_^)



Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." 

Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.

Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.

Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. 

Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.

Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. 

Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, 
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.

Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.

Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."  
Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.

Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat

Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.

Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.

Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.

Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.

Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.

Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.

"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya."
(Surah Al-Ahzab, 33)

Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.

Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS. 
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.

Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.

Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS rumahnya.

Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.

Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.

Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).

Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.

Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.

Saidina Umar r.a berkata,
 "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.

Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?

Maka, labuhkanlah tudungmu.

Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab.

Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"

Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT." 

Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.

Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.

Saudariku,

Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.

Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.

Matanglah dalam urusan akhiratmu. 
Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.

Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.

Saudariku,

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.

Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

Wednesday, December 8, 2010

KliNik keSiHaTan,..

Bismillahirrahmanirrahim,……

Assalamualaikum….

Pada entry kali nie ana nak berkongsi mengenai pengalaman ataupun pendapat ana, dari apa yang ana perhatikan,….sebagai iktabar kepada kita semua insyaAllah,…….baru-baru nie ana menemani ibu ke klinik kesihatan,…..awal juga la sampai ketika itu,…kelihatan warga tua, muda pelbagai bangsa,……..mereka kelihatan menunggu giliran masing-masing,…ada yang termenung, senyum, muram dan lain-lain,…….macam-macam gelagat masyarakat yang boleh kita lihat disekililing untuk dijadikan iktibar serta bermuhasabah,…….

PERTAMA

Ana berjumpa dengan jiran sekampung ana,…ana agak terperanjat melihat makcik Y,…rupanya beliau sudah tiada kaki sebelah,..kaki makcik Y sudah dipotong akibat menyakit kencing manis yang dihidapinya,…dan sekarang penglihatannya pula makin kabur,..sebelah mata nya sudah tidak boleh melihat dan sebelah lagi hanya nampak bayang-bayang,…..makcik Y ditemani oleh suaminya,……ana akui ana kurang mengambil berat mengenai jiran kerana jarang berada di kampung kecuali cuti,..tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak mengambil tahu akan jiran kita,….betul tak??.......ada 2 perkara yang boleh dilihat iaitu kehilangan nikmat yang Allah kurniakan dan pengorbanan seorang suami,……..ana memperingatkan diri ini dan sahabat semua,….kita perlulah beringat 5 perkara sebelum 5 perkara….

1. Nikmat sihat sebelum sakit
2. Nikmat masa muda sebelum masa tua
3. Nikmat lapang sebelum sempit
4. Nikmat kaya sebelum miskin
5. Nikmat hidup sebelum mati

Adakah kita telah menggunakannya dengan sebaiknya,…sedarilah wahai diri,….kemudian, ana terharu melihat pengorbanan seorang suami,..subhanallah….ana juga dapat melihat seorang anak muda menyorong bapanya yang sakit(uzur),…..jadilah kita anak-anak yang soleh insyaAllah…..akhir sekali adab-adab berjiran,…..jangan lah kita hidup seperti katak di bawah tempurung,……dalam Islam juga sangat menitik berat akan adab-adab berjiran…….


KEDUA

Ada seorang pekerja di klinik kesihatan itu yang menjaga di bahagian ubat-ubatan,….dia sedang memahami tulisan doktor (arahan) untuk memberi ubat kepada pesakit….pesakit itu warga tua dan pekerja itu seorang wanita……situasi yang berlaku adalah warga tua itu menyatakan perkara berbeza dengan apa yang ditulis pada arahan doktor di buku kesihatannya………pekerja wanita itu mengambil masa juga untuk menerangkan kepada warga tua itu,…dia menerangkan dengan nada suara yang agak tinggi (hampir seluruh klinik dengar,..klinik kesihatan tak besar sangat), tidak senyum pun…apa yang ana nak sampaikan ,..ini hanya pandangan ana…..seharusnya pekerja wanita itu perlu menggunakan nada yang rendah dan mudah difahami mungkin tahap pemahaman warga tua sudah kurang berbanding orang muda……mungkin juga warga tua itu kurang tahap pendengarannya,… erm,…bergantung pada situasi,.. namun berbudi bahasa jangan pula diketepikan dan perlulah senyum,…dengan senyuman, pada hemat ana penyampaian akan menjadi lebih mudah dan mesra pelanggan,…..bukankah senyuman itu suatu sedekah yang mudah………..(^_^)..


p/s : mungkin pandangan sahabat semua berbeza,…..dipersilakan komen agar kita bersama memperingatkan antara satu sama lain….insyaAllah…………


Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah,..1432H...

Bismillahirahmanirahim,..
Assalamualaikum,..

Alhamdulillah,....da lama ana tak update blog nie,..hehe,...kat rumah nie ,...internet slow sedikit,...hehe,..SALAM MAAL HIJRAH  semua,...semoga tahun baru ini kita menjadi khalifah yang lebih baik lagi insyaAllah......

Pada akhir zaman ini,...kita dapat lihat dalam kehidupan bermasyarakat sekarang,.....masing-masing bermusuhan,..sifat hasad dengki dalam diri dan ingin menjatuhkan antara satu sama lain,....ada sampai sanggup menggunakan bomoh untuk menjatuhkan orang lain,..Islam menjadi asing dalam kehidupan,....inilah senario masyarakat sekarang,...tiada nilai kasih sayang,.....ana ingin mengajak semua untuk membaca tentang Hijrah pencetus muafakat membangunkan Islam oleh Nik Mustapha Nik Hassan
iaitu Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).


Kewibawaan Rasulullah membina masyarakat bersatu padu wajar dijadikan teladan

PERISTIWA Maal Hijrah yang disambut sebagai permulaan takwim Islam pada 1 Muharam, adalah peristiwa penuh bersejarah kepada umat Islam khususnya dan umat manusia amnya.

Peristiwa penghijrahan umat Islam dari Kota Makkah ke Madinah adalah satu strategi yang mengambil kira perancangan jangka panjang untuk menterjemahkan gagasan dan wawasan Islam dalam bentuk penyusunan masyarakat bernegara. 
Islam diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW bermula di Makkah sejak 13 tahun sebelum hijrah. Dalam usia pengikut Nabi yang masih mentah dengan Islam ketika di Makkah, banyak rintangan terpaksa mereka hadapi.......


Pendekatan hidup Islam yang dihayati masyarakat awal Islam ini dianggap pembesar Quraisy pada masa itu sebagai satu ancaman merbahaya kepada sistem hidup jahiliah di Makkah. Sistem bermasyarakat jahiliah masa itu akan dapat mengekal kedudukan keistimewaan mereka.

Mereka akan terus berkuasa dan meneruskan penindasan terhadap masyarakat massa Makkah tanpa penentangan. Masyarakat yang khayal dengan kehidupan berlandaskan nafsu, struktur masyarakat berpuak-puak dengan sistem perhambaan membolehkan pimpinan jahiliah Quraish meneruskan penindasan.

Penyembahan kepada patung berhala adalah sesuatu untuk masyarakat massa terus berkhayal kepada keadaan realiti.

Selain itu, sebagai pusat perniagaan dan ibadat yang dikunjungi ramai masyarakat Arab, penguasaan golongan berkuasa terhadap kota Makkah membolehkan mereka mengaut keuntungan besar.
Oleh itu, masyarakat awal Islam ditindas, dizalimi dan dipencilkan masyarakat jahiliah di Makkah. Namun, keimanan yang mantap disertai kepemimpinan, keilmuan dan teladan perilaku Rasulullah sebagai model ikutan, mereka mampu menghadapi cabaran penuh keyakinan dan mencapai kemenangan.

Mereka dididik dengan keimanan yang mantap disertai keilmuan Islam. Ayat al-Quran yang diturun di Makkah bukan saja membina keimanan manusia kepada keesaan hanya kepada Allah tetapi sekali gus mendidik pentingnya hidup bermuafakat dalam masyarakat untuk menegak kebenaran.

Islam membawa suatu misi untuk membangun masyarakat Makkah ke arah suatu sistem yang mendukung kebenaran melalui pengabdian kepada perintah Pencipta manusia. Allah menganjur penyusunan umat manusia hendaklah berasaskan semangat keadilan dalam bermasyarakat. Dasar ini sudah pasti memberi peluang yang sama untuk masyarakat massa Makkah pada masa itu.

Gagasan Islam ini memerlukan kepada kepemimpinan yang adil dan berusaha membina personaliti atau sahsiah manusia yang murni dan merdeka. Semangat keadilan dan peningkatan akhlak manusia mendukung kebenaran tidak boleh di terima pembesar Makkah pada masa itu.

Walaupun kian hari Islam makin bertambah kuat, namun permusuhan Quraisy terhadap pengikut Islam kian meningkat dengan lebih terancang. Mereka memutuskan untuk membunuh Nabi dengan menggembleng semua suku kaum Quraisy di Makkah.

Quraisy jahiliah merancang, Rasulullah dan pengikutnya turut merancang. Dalam suasana sedemikian, Allah membuat penentuan Rasulullah berhijrah ke Madinah. Penghijrahan Rasulullah dan Muhajirin Makkah di terima baik oleh golongan Ansar Madinah.

Penghayatan prinsip bermasyarakat secara Islam di Madinah adalah kemuncak kepada kejayaan Islam. Masyarakat majmuk Madinah mampu dan bersedia tunduk kepada nilai Ilahi.

Umat Islam pada awal penghijrahan adalah masyarakat minoriti. Namun dengan kewibawaan kepemimpinan Rasulullah SAW dalam melaksanakan prinsip Islam, umat bukan Islam merasai mereka turut maju dengan Islam.

Peristiwa hijrah yang menjadi asas kepada takwim Islam perlu dikaji dan direnungi umat manusia dewasa ini kerana dalam membina dan menyusun umat manusia dengan berpaksikan nilai Ilahi yang berteraskan kebenaran melalui roh keadilan, halangan yang besar sudah pasti menjadi lumrah.

Peristiwa hijrah mengajar kita erti pengorbanan
. Kejayaan umat Islam Makkah (muhajirin) yang terpaksa berhijrah demi untuk menegak keadilan Ilahi dan seterusnya usaha muafakat membangun Islam dengan kaum Ansar di Madinah menjadi satu pengajaran yang penuh erti.

Peristiwa hijrah adalah tindakan strategik untuk membangun Islam secara komprehensif. Bagi Islam, setiap masa berlalu perlu untuk menilai kepada usaha silam dan mengatur langkah menempuh masa depan.

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...